Monday, June 29, 2015

Kisah Penceramah Motivasi Tidak Bertauliah

Rentetan tulisan Carian 5 Perkara Yang Menggembiran Diri Sendiri tempoh hari, beberapa langkah awal telah diteruskan, FB IymanCantik dan Web IymanCantik telah mula beroperasi dan mula mendapat beberapa tempahan. Walaupun tempahan masih boleh dikira dengan sebelah tangan, namun semangat sudah mula berkobar-kobar. Yay! Ha kan dah gembira.

Contoh Poster Iklan Kelas Membaca
Bahasa Inggeris
Tadika ABS Kembara Bijak

Apabila terasa sedih, pandang kanan, kiri, depan, belakang, atas dan bawah. Pastinya di sebalik kesedihan, tersembunyi banyak kegembiraan yang mungkin kita tidak sedar dek kerana asyik bersedih. 

Berhenti menaip dahulu, sebelum saya mula bertukar watak menjadi seorang penceramah motivasi. 

Nota : 34 'post', lagi 10 'post' menuju angka 44, berusahalah!

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Tuesday, June 23, 2015

Carian 5 Perkara Yang Menggembirakan Diri Sendiri


44 cerita yang patut disiapkan di dalam blog ini nampaknya telah tertunda lama. 2015 merupakan tahun mencabar diri sendiri. Kadang-kala terasa seperti hilang arah tuju.



Saya terasa seperti hilang arah tuju kerana dahulu saya sudah terbiasa dengan kesibukan. Bangun pagi perlu bergegas buat pelbagai perkara kerana saya perlu tiba ke mesin perakam waktu sebelum atau tepat jam 8.00 pagi. Paling menyeronokkan apabila tiba di hadapan mesin perakam waktu, jam menunjukkan tepat jam 8.01 pagi. Tahniah, merah lagi.

Sejak 2015, rutin itu tidak lagi perlu dilalui. Mungkin bagi sesetengah orang, itu adalah perkara yang paling diidam-idamkan.

Namun setelah melaluinya lebih 6 bulan, ianya jadi seperti tidak keruan. Hilang arah tuju.

Kalau beginilah ceritanya, memang ada yang tidak kena. Pasti.

Pagi ini saya terasa seperti mendapat satu idea. Saya perlu memulakan semula rutin kesibukan saya. Sibuk seperti orang tidak cukup masa. Itulah yang membuatkan hati gembira, agakan saya. Berlawan dengan waktu. Buat A di masa sedang buat B. Buat C di masa sedang sibuk buat B. Sebab itulah ada yang suka buat kerja 'part time' ketika sudah ada kerja 'full time' yang menjanjikan gaji tetap setiap bulan. Gaji tetap bukan ratusan ringgit, malah ribuan ringgit. 

Pagi ini saya terasa seperti mendapat satu idea. Saya perlu mencari 5 perkara yang menggembirakan diri. Saya perlu berlawan dengan masa.

1. Menulis kembali blog yang sudah bersawang ini dan menyiapkan 44 cerita untuk tamat pengajian di Akademi Bekerja Di Rumah

2. Mengaktifkan semula perkhidmatan membuat blog/fb cover page/rekabentuk poster dan seangkatan dengannya IymanCantik Design 

3. Mengemaskini secara gigih web http://www.tadikakb.com dan blog http://www.tadikakembarabijak.blogspot.com/

4. Mengulangkaji ilmu pensyarikatan dan SOP kewangan.

5. Menamatkan siri youtube Ustaz Nouman Ali Khan


Istiqamah, disiplan dan seangkatan waktu dengannya. Itulah kelemahan saya. 

Sejak di bangku sekolah, saya suka tidur di kelas, lewat ke sekolah. Muka inilah yang sering ditunggu oleh pengawas asrama. Rahimah, Priscilla dan Masitah mesti ingat muka saya. Sinul Mardeela teman seangkatan 'superman' dengan saya.

Saya boleh buat kerja dengan cepat 'last minute' dan yang tidak 'disuruh-suruh'. Sekiranya disuruh-suruh, saya masih boleh buat walaupun terpaksa. Itulah saya. 

Sudah jumpa apa yang menggembirakan diri anda? Sudi kongsikan?

Nota : 33 'post', lagi 11 'post' menuju angka 44

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com