Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google
Anda ingin memulakan perniagaan tetapi masih keliru bagaimana ingin memilih nama untuk laman web ada ? Ikuti 5 tips berikut :
1. Pilih nama yang ringkas dan mudah diingat oleh bakal pelanggan anda. Contohnya ikankeli.com.
2. Elakkan menggunakan simbol dan nombor. Bayangkan anda ingin memberitahu pelanggan melalui telefon alamat laman web seperti "kuih-bangkit-4u.com".
3. Sambungan di hujung domain seperti .com adalah lebih popular berbanding .biz, .info. Sebagai pelanggan, katakan mereka ingin mencari laman web kain pasang, pelanggan kebiasaannya akan menaip "kainpasang.com".
4. Pilih penyedia "domain name" yang bagus dan cepat dalam memberikan sokongan. Faktor murah tidak lagi berguna sekiranya syarikat tersebut tidak memberikan bantuan dengan cepat dan efisyen. Minta pandangan rakan-rakan yang telah mempunyai "domain name".
5. Pastikan anda memilih nama yang bersesuaian untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, laman web seperti amazon.com mempunyai nama umum. Sekiranya anda inginkan jenama yang khusus, pilih nama yang spesifik dan senang dicari oleh pengguna, contohnya lampinmoden.com.
Saya berharap 5 tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.
Sekiranya masih belum mempunyai bajet, boleh juga gunakan tips-tips di atas semasa memilih nama untuk laman web percuma seperti blogspot. Mulakan dahulu dengan apa yang ada di tangan. Bukan .com atau .my yang menjadi ukuran, apa yang penting kita mulakan satu perjalanan. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama!
Berjumpa lagi di lain tulisan, insya-Allah.
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
No comments:
Post a Comment