Pagi tadi saya terbaca posting Puan Ainon Mohd, pengasas Ainon Business School (ABS). Saya suka membaca tip bisnes dari ABS, ringkas, padat dan praktikal.
Saya mengambil contoh perang harga di kalangan peniaga cadar cotton patchwork. Bermula daripada harga RM180 hingga sekarang ada yang menjual dengan harga RM100. Ramai ejen mula rasa tercabar dengan harga-harga yang semakin murah. Ramai pelanggan lari katanya. Murah memang antara faktor pelanggan ramai namun bukan faktor utama.
Jual barang kepada orang kaya dah berduit kerana matlamat berniaga adalah untuk mendapat keutungan. Apabila banyak untungnya, pasti banyak zakatnya.
Sekiranya kita sebagai ejen dropship dan kita tidak dapat menurunkan harga, cuba kita tawarkan nilai istimewa produk kita. Contohnya mungkin harga kita sedikit tinggi, tetapi cadar kita pelbagai warna dan corak . Kebiasaannya penjual yang menjual dengan harga murah akan hanya tinggal iklan sahaja dan produk mereka cepat kehabisan stok.
Tawarkan nilai-nilai baik produk kita tanpa perlu memburuk-burukkan produk orang lain. Peniaga beretika tinggi adalah lebih tinggi nilainya di mata pelanggan. Apabila pelanggan mempercayai kita, kitalah orang pertama dicari sekiranya mereka memerlukan sebarang produk. Cari kepercayaan, duit akan datang kemudian, insya-Allah.
Semoga tulisan ini ada manfaatnya.
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
No comments:
Post a Comment