Thursday, October 2, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 10

Bahasa Memborong Yang Perlu Anda Tahu : One Or Many-many

7 persediaan penting sebelum ke Guangzhou telah saya kongsikan sebelum ini. Kini bayangkan kita semua telah selamat tiba di Guangzhou dan bersedia untuk memborong. Hip hip horey!

Yoyo Car - Permainan Kanak-kanak Tanpa Minyak / Bateri

Kebanyakan peniaga di pusat borong boleh berbahasa Inggeris. Apabila anda ingin membeli, boleh gunakan skrip sebegini.

Iyman : How much ?
Ah Cheong : 90 yuan 
Iyman : Many-many ? (Maksudnya kalau beli banyak)
Ah Cheong : 75 yuan (atau biasanya mereka akan menekan kalkulator)

Bilangan minimum Many-many kadang-kala boleh serendah 2 atau 3 unit sahaja. Sama ada cuba minta beli 1 dengan harga Many-many atau ajak kawan-kawan berkongsi. Inilah gunanya whatsapp group yang telah saya ceritakan di dalam Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 8 : Betul Ke Murah ?

Sebagai contoh, mainan Yoyo Car di atas adalah berharga RMB90 (kira-kira RM47) sekiranya dibeli 1 unit. Sekiranya dibeli 10 unit, harganya RMB75 (kira-kira RM40). Harga ini tidak termasuk kos penghantaran ke Malaysia. Saya akan kongsikan kisah pos dalam siri ke 12 nanti. Kebiasaannya peniaga Malaysia menetapkan harga jualan menggunakan angka
RMB tetapi ditukar kepada RM. Ini bermakna keuntungan adalah 100% (belum termasuk harga penghantaran ke Malaysia). Contohnya Yoyo Car ini, di Malaysia, harga pasarannya adalah RM90-RM100.


Untuk lebih mudah difahami, harga 1 unit Yoyo Car di China RMB 90. Maka harga jualan 1 unit di Malaysia RM90.

Pada permulaan, sekiranya kita hanya membeli 10 unit yoyo car, keuntungan sebenar setelah ditolak dengan kos penghantaran dan lain-lain mungkin hanya sekitar RM15-20. Itupun dengan mengambil kira kita menghantar 10 unit yoyo car bersama barang-barang lain kerana minimum caj penghantaran melalui kapal laut adalah bersaiz 1 meter cube.

Pengalaman kami, pada awalnya untung memang akan kelihatan sedikit, tetapi dalam konsep trading, kita perlu tekankan volume dan bukannya margin. Sekiranya keuntungan hanya RM20, tetapi kita berjaya mengambil pre-order 50 unit setelah 10 unit Yoyo Car tadi sampai, maka kita boleh mendapat keuntungan sekitar RM1000 untuk jualan seterusnya dan dengan konsep pre-order, peratusan untuk barang tidak laku adalah amat nipis sekali.

Sebelum pulang dari kedai, ingat 3 perkara ini :

1. Ambil gambar produk dijangka laku beserta harga.
2. Ambil kad bisnes peniaga dan buka WeChat untuk peniaga memasukkan nombor telefon mereka.
3. Ucapkan Thank You atau Xie-xie (terima kasih dalam Bahasa Mandarin).

Yoyo Car pun baru sahaja sampai minggu ini. Agak lewat tiba memandangkan terdapat kelewatan peralatan tadika diperolehi dari kilang. Kami 'tumpang'kan Yoyo Car dari kedai lain untuk dihantar bersama peralatan tadika.

Esok si kakak tidak sabar nak 'test drive'. Oh ya, 10 unit Yoyo Car yang sampai ini semua sudah bertuan. Ada yang masuk 'waiting list' sekiranya ada yang tak jadi beli. Kena buka pre-order nampak gayanya. Ada juga yang bertanya, lepas ni nak tempah barang kena pergi China ke ? Tidak perlu, itulah gunanya WeChat ID

Berjumpa lagi di siri seterusnya berkisar tentang "Tolong, Banyaknya Barang ! Nak Pos Udara Ke Pos Laut ?"

No comments:

Post a Comment