Monday, August 31, 2015

Andai Ku Mampu Ubah Dunia


Kadang-kadang angan-angan memang setinggi langit, kalau boleh hingga langit ke tujuh tingginya.

Hari ini belajar ilmu baru, ilmu pasang khemah. Kelakar juga bila teringat-ingat, tarik tutup besi lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Akhirnya minta tolong kepada yang pakar dekat tapak niaga sebelah.

"Cari yang hujung ni letak kat sini. Lepas tu yang tengah ni bla bla bla"

Mudah je rupa-rupanya kalau tahu cara. Kalau ada ilmu semua benda boleh buat dengan cepat. Kalau tak tahu janganlah bersedih sampai banjir satu kampung. Belajar daripada yang pandai. Mana ada orang yang lahir-lahir pandai pasang khemah kan? (ayat cover tak pandai pasang khemah).

Hari ini ‪#‎FreeMarketJitra‬ terlaksana atas kerjasama banyak tangan. Ada yang baru kenal hari ini. Dari Perlis dan Penang. Kagum.

Hari ini juga banyak benda yang boleh diinsafi, rupa-rupanya ramai yang memerlukan. Ada seorang pakcik ni siap ambilkan untuk orang rumah baju dan tudung sepasang. So sweet kata orang putih.

"Besar orang rumah ni pakcik ni, taktaula muat ke tak", kata pakcik.

Saya ambil satu baju dari hanger dan cuba berlagak macam penjual baju.

"Besar juga ni, bolehlah cuba. Kalau tak muat boleh bagi kat jiran", kata saya.

Berulang-ulang pakcik ni mendoakan pemberi-pemberi barangan hari ini. Kami "aminkan" kuat-kuat.

Antara sukarelawan yang bekerjasama hari ini

Yang nyatanya, kita buat hari ini sebenarnya bukan untuk bantu mereka. Sebenarnya mereka yang bantu jiwa-jiwa kami agar mampu merdeka di bumi sendiri.
Ini yang selalu diperjuangkan oleh Tuan Syed Azmi. Enough kesian. Be a doer.
"Aku mungkin tak mampu mengubah dunia, yang pastinya aku mampu ubah diriku sendiri"
-Nurul Fauzana, Jitra
31 Ogos 2015

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************
Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

1 comment: