Sunday, August 23, 2015

Hantarkan Yang Baik-baik Kepadaku Ya Allah

Ramadan yang lepas, guru-guru Tadika ABS Jitra dan Changlun berkumpul untuk sesi khatam al-Quran. Memandangkan ustazah yang dirancangkan untuk mengetuai majlis tidak dapat hadir, maka saya pun bersetuju menjadi bidan terjun untuk membaca doa khatam al-Quran.
Walaupun saya pernah bersekolah aliran agama semasa tingkatan 1 hingga 3, namun saya bukan mahir ditambah dengan kepelatan menyebut huruf R menjadikan saya sukar membaca ala-ala Sharifah Khasif. Begitu juga dengan Bahasa Arab, walaupun mendapat A dalam PMR, namun pembelajaran Bahasa Arab terhenti hanya di situ. Azam hanya tinggal azam, setiap tahun mahu belajar Bahasa Arab, tetapi tiada tindakan diambil. Tujuannya cuma satu, supaya dapat memahami al-Quran.
Berbalik kepada kisah bidan terjun di awal tadi, saya membaca doa khatam al-Quran dalam Bahasa Arab dan kemudian membaca maknanya sekali. Entah bagaimana, sepanjang membaca doa dalam Bahasa Melayu, suara saya hampir tersekat-sekat kerana sebak. Sebak kerana patah kata doa itu sendiri.
Semuanya kerana saya faham apa yang saya ucapkan; terasa Allah begitu dekat.
Apabila dimaklumkan tentang Bengkel Faham al-Quran yang akan diadakan di Sg. Petani, hati meronta-ronta mahu hadir. Sepantas kilat menggunakan kemahiran jari dikurniakan Ilahi, menaip dan meng'google' lalu berjumpa FB Pages dan FB Group berkaitan kursus ini. Ada klip video dan beberapa panduan asas yang dapat difahami. Hati tekad, perlu mengorek tabung untuk ke kursus ini.
Tempat terhad 30 orang.

3 comments:

  1. hebatnya dapat A...aku cuma mampuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu mendapat ..tak pe laa..sila PM untuk mengetahuinya..heheheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Riyak sungguh cerita dapat A. Cuma nak kaitkan dapat A pun tak berguna kalau setakat lulus periksa.

      Delete
    2. Riyak sungguh cerita dapat A. Cuma nak kaitkan dapat A pun tak berguna kalau setakat lulus periksa.

      Delete