Kredit : FB SMH |
Tashil pada bahasa asalnya bererti : mudah; iaitu menyebut huruf hamzah di antara sebutan huruf hamzah dan alif; seolah-olah menyebut huruf hamzah dan alif sekaligus, tidak terhenti-henti dan tidak memanjangkan sebutannya.
Hanya satu kalimah yang wajib dibaca dengan tashil: Surah Fussilat: 44
Untuk lebih jelas, boleh tonton video Ustaz Asraff di bawah.
Ini pun baru tahu. Mungkin dulu Ustaz atau Ustazah dah ajar, tapi tak masuk dalam kepala.
Alhamdulillah, kelas mengaji sepanjang Ramadan bersama Ustazah Khadijah Gani telah banyak membuka mata tentang kepentingan membaca al-Quran secara berguru.
Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Apabila anak murid sudah bersedia, Allah akan hantarkan gurunya.
Semoga catatan ini membantu diri ini agar tidak mudah lupa.
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
Nurul Fauzana
4 Syawal 1441HWang Tepus
***
No comments:
Post a Comment