Hari ni sambung lagi kelas mengaji. Kali ni ada kerja rumah. Ustazah Khadijah Gani tanya,
kenapa dalam Rasm Uthmani, kalimah Lafzul Jalalah (Allah), tiada alif kecil di atas macam tulisan khat tu.
Ingat lagi masa kecil beria kalau tak bagi orang curi barang mesti tulis Alif Lam Lah Ha dekat buku la, pemadam la 😂😂😂
Ustazah kata boleh tanya dekat pakcik gugel, tak boleh tanya dalam group. Katanya jarang ada kat gugel.
Selaku orang suka gugel, mustahil tak ada ni. Hehehehe.
Jadi habis kelas terus gugel sebab nak tau jawapan. Memang tak perasan kalau Ustazah tak habaq.
Jumpa jawapan, dalam Rasm Uthmani, tidak ditulis alif kecil di atas walaupun kena baca 2 harkat. Sebabnya...
Nak bezakan penulisan Al Lata (berhala). Cuba lihat ayat 19 Surah An Najm.
Ada lagi satu nota ditulis lebih panjang oleh Ustaz Asraff Ayob, boleh baca di sini.
***
Ini tambahan nota ditulis oleh Ustazah Khadijah Gani, gabungkan di sini untuk simpanan. Moga jadi ilmu bermanfaat.
***
Ini tambahan nota ditulis oleh Ustazah Khadijah Gani, gabungkan di sini untuk simpanan. Moga jadi ilmu bermanfaat.
Lafzul Jalalah.
Lafaz “ALLAH” di dalam Rasm Uthmani ditulis berbeza daripada Rasm Imal-ie yang menggunakan tanda alif kecil. Walaupun kalimah ALLAH ditulis dengan tanda baris fathah di atas huruf lam bersabdu, ia wajib dibaca dengan panjang 2 harkat dan bukannya 1 harkat. Huruf Lam pada Lafaz Jalalah adalah sebahagian hukum mad.
Di dalam Rasm Uthmani sahaja lafzul jalalah ditulis berbeza daripada fungsi baris yang kelihatan.
Ini bagi membezakan kalimah ALLAH daripada kalimah “Al-Laata” (Tuhan sembahan orang Jahiliyyah tanah Arab sebelum kedatangan Islam) yang juga terdapat di dalam Al-Quran yang ditulis dengan kebiasaan tanda panjang 2 harkat iaitu alif kecil di atas huruf Lam bersabdu.
أَفَرَءَيْتُمُ ٱللَّٰتَ وَٱلْعُزَّىٰ
(Surah an najm : 19)
Terdapat Qiraat lain yang membaca "Al- Laata" sebagai Al-Laah apabila diwaqafkan. Maka, bagi membezakan sebutan Allah apabila diwaqafkan, semua lafaz jalalah ditulis dengan tanda luar daripada kebiasaan iaitu dengan baris satu (fathah) sahaja namun, mafhum buat para pembaca wajib membacanya dengan panjang 2 harkat.
Kerana ini, lafaz jalalah adalah sangat unik dan istimewa dari segi penulisan dan cara bacaannya mengikut Rasm Uthmani.
ٱللَّهُ
Apabila diwaqafkan ianya dibaca dengan 2, 4 atau 6 harkat sama seperti hukum mad 'Aaridh Lil Sukun.
Lafaz Jalalah terbahagi kepada 2 iaitu ;
1. Tebal (tafkhim) jika sebelumnya berbaris fathah (atas) atau dhammah (hadapan).
قَالَ ٱللَّهُ اللَّهُمَّ حُدُودُ ٱللَّهِ عَلَيْهُ ٱللَّهَ
2. Nipis (tarqiq) jika huruf sebelumnya berbaris di bawah (kasrah).
وَلِلَّهِ بِٱللَّهِ يَتَّقِ ٱللَّهَ مُعْجِزِى ٱللَّهِ
***
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
Nurul Fauzana
29 Ramadan 1441H
Wang Tepus
29 Ramadan 1441H
Wang Tepus
No comments:
Post a Comment