Kredit FB : Puan Salwa |
Dari kerana mataaaaa.
Selaku orang yang kuat visual, memandang gambar Nasi Qidra ini di FB seorang rakan yang baru dikenali semasa Kelas Mengaji, hati ini tertarik untuk mencuba.
Bukan tak pernah lihat Puan Roza mempromosikannya sebelum ini. Memang sudah mengikuti beliau sejak lama. Apa yang lagi nak dijadikan cerita, rupa-rupanya resipi ini ada dalam buku Aroma Antara Benua yang sudah dibeli lama dahulu.
PKP. Covid 19. Salah satu hikmahnya menjadikan asbab tak pandai jadi pandai. Tak pandai memasak, tiba-tiba je keyakinan memuncak.
Nasi ayam pun selama hidup di muka bumi ini tidak pernah masak dek kerana melihat akan kerenyahannya, tiba-tiba entah apa angin nak cuba masak Nasi Qidra ni. Dek kerana sekeping gambar.
Antara cerita di sebalik gambar |
Maka bersungguhlah lihat video youtube Chef Amirul memasak, sambil ulang baca langkah demi langkah.
Jika dilihat rempah yang diberikan, nampak sangat ringkas. Macam tak percaya sikit sangat.
Bahan rebusan Sup Qidra :
1-2 kg daging bercampur tulang atau 1 ekor ayam (belah 4)
1/4 cawan minyak zaiton
1 biji bawang besar (hiris)
3 labu bawang putih (biar bersama kulitnya)
1 set bahan rebusan sup arab (disertakan di dalam pek)
1 bungkus rempah Qidra Palestine (disertakan di dalam pek)
2 biji buah tomato saiz besar (cincang)
2 batang lobak merah saiz besar (potong besar)
4 biji kentang saiz sederhana (belah 2)
Garam secukupnya.
Cari di youtube, rupa-rupanya ada juga 1 video yang dibuat oleh pelanggan Nasi Qidra ni. Jika video di atas menggunakan cara tradisional, yang video ini guna Noxxa. Aduh membara tengok 7 minit je dia masak. Haha! Tapi sebenarnya jika pakai tradisional pun tak lama, sebab guna api besar. Dah kering tu baru kecilkan api.
"Jangan nak gila gadget sangatlah jika memasak biasa pun tak reti", pesan Chef Ana kepada diri sendiri :D
Guna Noxxa
Untuk 1 pek ini, ada 500 gram beras arab. Anggaran hidangan boleh 7-8 orang makan tak bertambah dengan portion suku-suku separuh.
Jadi rasa banyak sangat kan, masak separuh sahaja daripada hidangan. Siap timbang beras tu, punya la takut tak menjadi.
Rempah sup dan rempah arab tu pun bahagikan dua.
Cara-cara memasak, bolehlah lihat di video di atas. Tunggu Chef Ana buat video tak tau bila akan muncul. Hehehe.
Mula-mula rendam dulu beras tu dengan 1/2 sudu kecil garam. Sekurang-kurangnya mesti 2 jam sebelum nak masak. Jadi jika cadang nak makan pukul 1 tengah hari, jam 10 tu dah mula rendam beras. Jam 11 tu dah boleh masak ayam/daging. Air rebusan tu akan digunakan untuk masak nasi nanti.
Jangan risau, semua cara langkah demi langkah disertakan di dalam pek. Hanya perlu Bismillah, dan ikutlah langkah demi langkah.
Akhirnya, beginilah rupa Nasi Qidra Palestine kali pertama yang dimasak semasa Ramadan 1441H.
Nampak macam alamak sikitnya, tak cukup untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak 7,9 dan 2 tahun.
Ni portion dewasa. Nampak macam sikit, tak macam yang beli Nasi Mandy dekat kedai kan. |
Pertama kali rasa, alhamdulillah sedap. Just nice rasanya, tak berempah macam Nasi Kabsah. Nak kata macam Nasi Beriyani pun idak. Nasi Mandy la lebih kurang agaknya. Aduh tak dapat beza dah.
Yang penting, Tuan Suami kata sedap. Hehehe. Ayam tu je la masa mula tak goreng, jadi macam agak muak makan yang direbus sahaja. Patutnya diajar goreng, tapi macam tak tergoreng, hehe.
Kali kedua masa, ayam perap dengan sos bbq, bakar dalam pasu. |
Kali kedua masak lagi dalam masa Ramadan. Kali ini Tuan Suami rajin nak membakar ayam di dalam pasu. Alhamdulillah, rasanya masih sama, tak lari gitu.
Ini kali ketiga. |
Ikut resipi di youtube.
Hanya potong timun, tomato, perahan lemon. Letakkan garam, gula dan tuang sedikit minyak zaiton. Simpan dalam peti ais. Oleh kerana daun ketumbar tak ada, seperti biasa kita masukkan Bayam Brazil. Senang rupa-rupanya ya. Rasa pun sedap, alhamdulillah.
Oh ya, buat yang sukakan sup, air rebusan ayam tu, setelah diambil jadikan air tanak nasi, boleh dijadikan sup.
Shattah (sos pedas) je tak pernah buat lagi, cari dulu la dekat youtube, insya-Allah kali ke-4 boleh buat pula.
Simpan dulu cara membuatnya di sini.
Berita baiknya, Chef Ana telah memohon izin Puan Roza untuk menjadi ejen jualan set Qidra Palestine. Boleh klik di gambar untuk wassap Chef Ana untuk tempahan. Benda baik kena kongsi kan :D
Jangan risau jika tak pernah masak nasi ayam atau tomato. Insya-Allah boleh. Puan Roza kata caranya untuk masak nasi ayam juga akan lebih kurang sama. Makanan yang dimasak dengan banyak menyebut nama Allah tidak akan tersalah resipi, insya-Allah.
Klik di gambar untuk tempahan terus ke pintu rumah dan menusuk ke hatimu :D |
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
Nurul Fauzana
7 Jun 2020
Wang Tepus
No comments:
Post a Comment