Sunday, August 31, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 7

Alamak, Tak Cukup Duit

Tak perlu risau sekiranya tak cukup duit. Boleh aktifkan kad atm di mesin atm bank masing-masing semasa di Malaysia.

Setibanya di China, perlu cari bank yang ada simbol Plus. Kami mula-mula pun cuba keluarkan di salah sebuah bank, tapi transaksi tak berjaya. Lepas tu cuba di bank lain, alhamdulillah boleh. Oh ya, ada had pengeluaran setiap hari dan juga ada caj setiap kali pengeluaran. Memang agak rugi tetapi inilah penyelamat ketika duit tak cukup. Oleh itu, rancanglah perbelanjaan anda dan berlatih kemahiran menepis penyakit rambang mata dari sekarang.

1. Maybank : Di ATM boleh cari LAIN-LAIN PERKHIDMATAN > ATM PLUS atau boleh rujuk di laman web Maybank


Visa Plus

2. CIMB, boleh dibuat di ATM atau CIMB Click. Di CIMB Click, klik pada Settings > ATM/Debit Card Services > Overseas ATM Usage.



Pesanan penaja, rancanglah perbelanjaan anda dan berlatih kemahiran menepis penyakit rambang mata dari sekarang. Bertemu lagi di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 8.  

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1


Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Wednesday, August 27, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 6

Duit Oh Duit, Dari RM ke RMB


Sumber : Google
1. Nak Tukar Duit Di Mana ?

Duit Ringgit Malaysia (RM) boleh ditukar ke Renminbi (RMB) di mana-mana Pengurup Wang Berlesen atau lebih dikenali sebagai  ' Licensed Money Changer'. Di China, mereka menyebut RMB sebagai Yuan. Mengikut pengalaman, kadar tukaran di Pengurup Wang Berlesen lebih tinggi berbanding di bank. Kadar di setiap tempat juga berbeza-beza. Anda boleh cuba telefon dan tanya kadar sebelum menukar wang.  Biasanya tukar di Malaysia lebih menguntungkan berbanding tukar di China, melainkan anda bawa duit USD ke China.

Kami mendapat tips tempat tukar wang yang agak tinggi berbanding tempat lain daripada seorang kawan yang juga seorang peniaga dan biasa ke China. Setelah suami cuba telefon beberapa tempat, ternyata memang agak berbeza. Jadi, tipsnya di sini, rajin-rajin berkawan dengan orang yang biasa pergi ke China untuk tips-tips berguna. Untuk semakan umum di internet, boleh lawati Laman Web Bank Negara Malaysia. Cuma kadar ni takkan sama la dengan yang Pengurup Wang Berlesen tawarkan.


Bagi yang tinggal sekitar Pulau Pinang, kami cadangkan boleh tukar di Rashidiya Trading.



2. Berapa Banyak Nak Tukar ?

Jumlah nak tukar tu, bergantung la berapa banyak nak diborong. Kalau nak ikutkan hati, sentiasa tak cukup kan.  Semuanya nak diborong.

Cikgu Kursus Borong Ke China kami maklumkan seorang boleh bawa RM30 000. Kalau lebih, kemungkinan ditahan tinggi. Oleh kerana kami pun tak pernah bawa lebih RM30 000 seorang, jadi tak pastilah betul atau tidak teori tersebut.

Google punya google, di Laman Web BNM, ada info yang kita perlu isytihar jika bawa duit asing lebih  USD10 000, jadi lebih kurang RM31 000. Jadi sahlah tak boleh lebih RM30 000 seorang, kalau nak lebih kena aktifkan kad bank. 
Bab aktifkan kad bank saya akan kongsikan dalam siri berikutnya.



Boleh didenda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

3. Tips Tukar Duit

a) Kebiasaannya, pekerja di Pengurup Wang Berlesen akan sebut kadar tukaran 1.9 iaitu 1 titik perpuluhan sahaja. Minta kadar tukaran sampai 3 titik perpuluhan supaya kadar tukaran lebih tinggi. Cuba tengok beza seperti di bawah. Bagi setiap RM1,000 tukar, dah beza RMB 22. 




RMB 22 dah boleh dapat sepinggan mee tarik di Guangzhou

b) Sekiranya tiba di China dan terpaksa tukar duit, pastikan jangan tukar di peniaga jalanan. Biasanya akan diselit dengan duit palsu. Biasanya peniaga di China akan berhati-hati dan boleh cam dengan senang duit palsu. Rugi besar jawabnya. 

Dah tak sabar nak ke Guangzhou ? Berjumpa lagi di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 7.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


Monday, August 25, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 5

Hotel, Tempah Atau Walk-In?


Memandangkan ini kali kedua suami ke sini dan masa kami pergi bukannya cuti sekolah, jadi kemungkinan besar tak ramai orang, maka kami walk-in sahaja. Kalau nak tempah, boleh gunakan Booking.com atau Agoda. Harga semalam dalam RM80-100. Masa kami check-in, harga RMB188, lebih kurang RM100. 


Google Map, teman setia anda. Lapangan Terbang Ke East Asia Hotel dalam 25 km.



Gunakan kad ini untuk tunjuk kepada pemandu teksi di lapangan terbang. Naik teksi bermeter yang disediakan (kena beratur di luar lapangan terbang), jangan naik teksi sapu yang ala-ala orang tahan tepi jalan. Nanti masa nak naik cakap murah, dah sampai dia 'up' harga.



Belakang kad ada peta ke hotel



Harga di Booking.com



Harga di Agoda



3 SEBAB KENAPA KAMI PILIH EAST ASIA HOTEL, GUANGZHOU

1. Berdekatan dengan Onelink International Plaza (tempat nak borong cadar cotton patchwork).  Jalan kaki sahaja.


10 minit sahaja kalau jalan dengan penuh semangat


2. Berdekatan dengan Internation Electronic & Digital City. Jalan kaki juga.



8 minit sahaja. Dekat kan ?

3. Paling penting, dekat dengan restoran muslim. Ada 2 restoran di sini, Casablanca dan satu lagi nama tak tau. Casablanca ini ala-ala restoran siam menu dia. Restoran taktau nama tu ala-ala warung sikit menu dia. Ala-ala warung pun, nasi goreng paling murah RMB15, dalam RM7 la gitu. Tapi 1 pinggan boleh makan 2 orang, banyakkkkkkkkkk.



Ok, bertemu lagi di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 6. 


Nurul Fauzana
nurufauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com






Friday, August 22, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 4

Mohon Visa Ke China, Susah Ke ?

sumber : google

Kalau ditanya susah ke nak mohon visa ke China, jawapan saya tak susah. Senang sebab saya pakai ejen sahaja. Memandangkan pejabat untuk memohon visa ada di Kuala Lumpur dan Kuching sahaja, jadi kami yang tinggal di Sungai Petani ni agak sukar dan tinggi kosnya jika nak buat sendiri. Kami buat dalam tempoh sebulan sebelum pergi.

Bayaran setakat September 2014 adalah RM85 (single entry). Ini kalau uruskan sendiri. Untuk ejen, bayaran berbeza mengikut ejen, bermula RM130-RM180. 

Kalau yang duduk KL, agak-agak nak cari pendapatan tambahan, boleh jadi ejen buat visa. Macam kami pergi berempat, satu kepala ejen caj RM130, dah boleh untung RM45. Kalau 4 kepala? Kalau 10 kepala? Ha congak jangan tak congak.


Foto : VisaForChina


Bagi yang nak cuba sendiri, boleh ikuti panduan berikut :

a) Muat turun borang di Laman Web Kedutaan China atau VisaForChina. Di VisaForChina ni ada boleh isi online. Cuma tak pernah cuba, takut nanti buat ajaran sesat pula.

b) Pastikan borang diisi dengan lengkap :

  1. Sediakan sekeping gambar berukuran pasport berlatar cerah
  2. Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
  3. Salinan  muka depan pasport pemohon (yang ada gambar kita)
  4. Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah ditempah.
  5. Sertakan salinan tempahan hotel atau alamat hotel sekiranya tidak membuat tempahan.
  6. Isikan di borang permohonan anda sama ada single entry atau double entry (double entry bermaksud 2 lawatan dalam tempoh 6 bulan)

c) Alamat Pejabat Permohonan Visa Ke China :

Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm). 

sumber : VisaForChina

d) Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja. Sekiranya anda ingin membuat pungutan pada hari yang sama, anda boleh memohon Ekspress Visa (harga lebih mahal).

Semakin bersemangat nak ke Guangzhou ? 
Berjumpa lagi di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 5.



Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 3

Nak Naik Kapal Terbang Apa ?

Bergantung kepada bajet dan kesesuaian tarikh masing-masing. Boleh intai-intai dari sekarang promosi-promosi yang ditawarkan oleh MAS Airlines dan Air Asia. Berangan itu percuma kan ?

Kami pergi menaiki Air Asia dari Penang ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Ghuangzhou. Pengalaman kami, 2 tiket berasingan lebih murah berbanding tiket terus Penang ke Ghuangzhou.

Sekadar mengambil contoh, tiket ke Guangzhou pada 18 September 2014 hingga 23 September 2014 untuk MAS dan Air Asia.


Anggaran sebelum tax menaiki MAS : RM 549 (pergi) + RM 549 (balik) 
= RM 1,098


Anggaran sebelum tax menaiki Air Asia : RM 189 (pergi) + RM 267 (balik) 
= RM 456


Walaupun nampak murah dengan Air Asia, kena ingat juga fakta MAS bagasi dapat 30 kg percuma dan makanan pun disediakan, Air Asia harga belum termasuk bagasi dan makan. Cuba-cubalah buat perbandingan di laman web. Berangan itu percuma kan ? 

Makanan & Minuman

Pengalaman menaiki Air Asia, jangan lupa tempah siap-siap makanan. Kadang-kadang bukan duit jadi masalah, yang masalahnya bila duit ada tapi makanannya yang tiada. Kelaparanla jawabnya hampir 4 jam. Masa pergi memang saya dah tempah siap-siap, bila balik tu rupa-rupanya saya terlupa nak tempah. Suami dengan yakin pegang tiket nak tunjuk kat pramugara, rupa-rupanya tak ada pun dalam senarai tempahan makanan. Bila nak tempah, ada nasi lemak sahaja, tu pun memang 3 bekas terakhir. Rezeki.

Hampir terlepas kapal terbang

Masa nak balik dari Ghuangzhou ke Kuala Lumpur, kami duduk membelakangkan pintu masuk. Masing-masing dok layan Facebook. Kapal terbang nampak kat luar tu je. Tiba-tiba saya tanya suami, entah-entah semua dah masuk. Terus cepat-cepat ke pintu masuk, tengok kat skrin dah tulis FINAL CALL. Nampaknya kena sambung memborong la jawabnya kalau dah tertinggal kapal terbang.



Kesimpulannya di entri kali ni :

1) Intai-intai harga promosi di MAS & Air Asia
2) Tempah makanan/minuman siap-siap sekiranya naik Air Asia
3) Perhatikan betul-betul waktu berlepas dan duduk biar betul-betul depan pintu masuk (atau jangan asyik sangat dengan Facebook)

Bersambung di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 4.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com



Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 2

7 Persediaan Penting Sebelum Memborong Di Guangzhou


Gambar : Antara barangan di Plaza Borong Permainan

Seperti yang diceritakan dalam Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1, saya akan cuba berkongsi kisah memborong di Guangzhou secara bersiri bermula daripada persediaan pergi sehingga proses menghantar barang yang diborong melalui pos udara dan kapal laut. Semua kisah ini adalah berdasarkan pengalaman kami sekeluarga memborong sambil melancong pada 14 Ogos 2014 hingga 19 Ogos 2014.

Memandangkan kami pernah mengikuti Kursus Borong Ke China anjuran ABS Prima dan suami juga telah pernah mengikuti rombongan ke sana bersama cikgu kursus tersebut, maka perjalanan kali ini hanya kami berempat, saya, suami dan 2 orang anak (3 tahun dan 9 bulan). Saya serahkan kepada suami untuk menjadi pemandu pelancong. Saya dah anak-anak menjadi pelancongnya.

7 persediaan penting sebelum menjejak kaki ke Guangzhou :





        5. Alamak, Duit Tak Cukup 



Saya akan ceritakan kisah setiap persediaan di entri berbeza agar lebih mudah dibaca dan difahami. Wah, wah, wah, ini baru persediaan nak pergi. Belum termasuk tips semasa memborong dan menghantar barangan. Nampaknya 'kerja rumah' 44 Entri Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) akan cepat siap :)

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Thursday, August 21, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1


Alhamdulillah, dengan izin-Nya, pada 14 Ogos 2014 hingga 19 Ogos 2014, saya sekeluarga telah ke Guangzhou untuk memborong sambil melancong. Saya ingin mencatatkan kisah perjalanan tersebut dalam pelbagai sudut pandangan saya sendiri seperti persediaan, tips memborong dan pengalaman. Saya cuba catatkan seringkas mungkin supaya sedikit sebanyak kisah ini dapat memberi gambaran awal kepada yang berhajat ke Ghuangzhou. Impian dan realiti sebenarnya tidak sejauh yang disangka, asalkan kita berusaha ke arahnya.

Dalam 5 hari, antara tempat yang berjaya dilawati adalah :

$ New Asia International Electronic & Digital City (Powerbank, Monopod, Aksesori Telefon)
$ Onelink International Plaza (Cadar Cotton Patchwork, Hiasan Rumah)
$ KidsCity (Pakaian Kanak-kanak)
$ Plaza Borong Permainan (Permainan Kanak-kanak, Kolam Mandi)
$ Beijing Lu (Barangan Berjenama, Kota Lama China)
$ Masjid Saad bin Abi Waqas

Setiap tempat terdapat banyak kedai. Kalau yang dah biasa ke GM Klang atau Kenanga Wholesale, bayangkan di setiap tempat di atas, ibarat 1 GM Klang. 

Oleh kerana blog  www.nurulfauzana.com yang sepatutnya diisi dengan 44 entri setiap hari telah lama ditinggalkan, saya bercadang untuk mengisi Kisah Memborong Di Ghuangzhou secara bersiri. Boleh ya Cikgu Anys Idayu Zakaria ? 

Peluang dah depan mata, platform Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dah disertai, tinggal rajin tak rajin sahaja. Kadang-kadang kita nampak orang buat macam senang, kita pun nak ikut jejak langkah mereka. Bila dah diberi peluang, kadang-kadang kita yang sia-siakan peluang tu. Mungkin dalam fikiran kita nak yang 'senang' sahaja, bila rasa 'susah', kita cuba cari peluang lain yang 'senang'. 'Kita' dalam tulisan ini adalah saya.

Saya teringat dulu masa tingkatan 3, ada sertai Kem Motivasi PMR. Macam biasa, duduk dalam kumpulan. Semua meluahkan hala tuju selepas PMR. Saya teringin sangat nak masuk Kolej Islam Klang (KIK), sebab masa tu persepsi berjaya adalah dari Sekolah Maahad akan ke KIK. Saya mengadu penat berjalan di dalam kem motivasi tu, jauh dan sakit kaki. Fasilitator berkata lebih kurang begini kepada saya, memang awal-awal rasa penat, lama-lama senang la, kena sabar sikit, sama juga macam belajar nak dapat 9A, nak masuk KIK. Saya pula kata waktu tu, naik bukit tu lain, belajar lain, ni kaki sakit.

Sekarang, setelah hampir 20 tahun, saya faham apa fasilitator tu cuba sampaikan.




Electronic & Digital City, powerbank pelbagai jenis ada di sini



Di Onelink, Iyman dan rambang mata nak mana satu 


KidsCity, tempat baju kanak-kanak


Salah satu kedai di Beijing Lu

Setakat ini dahulu, berjumpa lagi di Kisah Memborong Di Ghuangzhou Siri 2 pula ya.

Saturday, August 9, 2014

5 Tips Menulis Di Blog

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google


sumber : google

Blog dah ada, FB page dah ada, tetapi anda masih tidak pasti apa yang ingin dituliskan. Jangan risau, itu memang masalah biasa. Ikuti 5 tips mudah ini untuk membantu anda meneruskan perjalanan menjaga 'dusun durian' anda.

1. Dapatkan idea daripada pembaca

Anda pastinya biasa membaca status rakan-rakan di Facebook. Tuliskan di blog anda topik yang mampu menyelesaikan masalah rakan-rakan anda. Cara ini akan membantu lebih ramai pembaca di blog anda. Siapa yang tidak mahu masalah mereka selesai kan?

2. Fahami kehendak pembaca

Cuba kongsikan mutiara kata, gambar atau apa-apa yang anda rasakan menarik dan sesuai dijadikan bahan di dalam blog. Sekiranya ramai yang komen dan 'like', ini menunjukkan ramai yang sukakan topik tersebut. Ulas lebih lanjut di blog anda.

3. Tulis untuk diri sendiri dahulu

Apabila kita tidak terlalu memikirkan "ada ke orang nak baca blog ini", "ada ke orang komen nanti", kita akan dapat menulis dengan lebih baik. Idea pun akan datang mencurah-curah kerana kita tulis apa yang ada di hati tanpa mengharapkan 'balasan'. Buat untuk diri sendiri dahulu, insya-Allah setiap hari anda akan tidak sabar-sabar untuk 'publish' tulisan di blog.

4. Sayangi pembaca

Kenali pembaca blog anda iaitu mereka yang selalu meninggalkan komen dan maklum balas. Eratkan silaturrahim dengan melawat kembali blog mereka dan meninggalkan komen. Ini merupakan salah satu teknik meningkatkan trafik blog anda.

5. Konsisten

Tetapkan setiap hari berapa catatan anda perlu tulis. Anda mungkin tidak tahu ramai 'silent reader' dalam blog ada. Mereka menanti-nanti tulisan anda seterusnya. Jangan hampakan mereka.

Nota untuk 'silent reader' saya. Jumpa lagi di tulisan seterusnya ;)


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Saturday, August 2, 2014

Tukar nama blogspot.com ke .com

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google
sumber : google

Alamat blog ini pada asalnya adalah www.nurulfauzana.blogspot.com. Sekiranya anda menaip alamat tersebut, alamat blog ini akan bertukar secara automatik (redirect) ke www.nurulfauzana.com. Saya hanya membeli 'domain name' dan menukar 'setting' di blogger.com agar 'domain name' baru saya ini dapat dikenali. Selain 'setting' di blogger, terdapat juga 'setting' yang perlu dibuat di bahagian 'domain name system' (DNS). 'Setting' DNS ini biasanya dibuat ketika oleh syarikat yang menjual 'domain name'. Banyak pula jargon di sini ya.

Terdapat syarikat hosting yang menawarkan 'setting' percuma dan terdapat juga yang berbayar. Oleh kerana saya juga turut membeli 'hosting', maka saya boleh set sendiri blog saya dan beberapa blog lain dengan hanya membeli 'domain name'. 

Sekiranya anda ingin bantuan saya dalam menukarkan nama blogspot.com ke .com, bolehlah menghantar e-mel ke nurulfauzana.com[at]gmail.com dengan tajuk 'TUKAR KE DOT COM'. Anda hanya perlu membeli 'domain name' daripada www.zenpipe.com. Boleh cuba semak nama .com yang masih belum berpunya di zenpipe. 

Kini nama anda di internet pastinya lebih mudah diingati apabila telah bertukar ke .com. 


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Tips pemilihan nama kedai oleh ABS

Teks : Nurul Fauzana
Foto : ABS, SekolahBisnes.com



Saya kongsikan tips ringkas daripada ABSchool tentang pemilihan nama kedai. Boleh diaplikasikan dalam memilih nama laman web dan blog juga.

Harapnya masih tidak terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya buat semua pembaca yang beragama Islam. Saya doakan hari raya kali ini memberi kenangan manis buat semua.

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com@gmail.com
www.nurulfauzana.com