Semalam ada sorang kakak ni nak minta tolong pindahkan duit sebab kawannya nak guna. Katanya hari hujan nak ke kedai pajak emas.
Oleh kerana jumlah yang diminta pun agak tinggi tengah-tengah bulan ni, tak dapat nak tolong. Tapi boleh tolong ambil dia di rumahla untuk ke kedai emas. Akak ni pajakkan barang kemasnya untuk tolong kawan, katanya boleh letak 2 tahun, bayar sikit-sikit.
Begitu sekali kan baiknya hati akak ni menolong kawan.
Cerita pasal emas ni, memang semua orang simpan emas ke? Ada tanya kawan dia lagi suka barang kemas sebab boleh pakai.
Saya pun ada akaun emas dengan PG dan KAB tapiiiii tak konsisten simpan. Jadi ingat nak mula semula simpan. Gelabah cari password nak masuk sistem sebab lama tak buka. Fuh ada lagi duit raya anakku dalam bentuk emas, alhamdulillah
Boleh share siapa geng emas kat sini?
***
Tulis ni di Facebook, dapat banyak komen. Mari kita copy apa kata-kata geng emas.
Wanie Abdullah
Saya suka barang kemas. Every year mesti beli walau hanya sebentuk cincin. Tahun ni 2x pergi Eurotrip so tiada budget untuk beli gelang or rantai so beli cincin instead.
Rabiatul Adawiyah
Saya dealer PG. Simpan gakla sikit2 sebab saya tak suka pakai barang kemas. Sebulan simpan 100 ja. Baru2 ni tgk akaun GAP ada 5g dh.....Pelan2 kayuh la nk simpan emas ni.
Azleen Rahim
Saya suka. Heheeh. Masa keje dulu, tiap bulan dapat gaji terus oergi kedai emas anuar. Sampai pekerja kedai pun dah kenal muka, maybe sebab selalu datang tapi beli brg kecik2 je. Masa pkp baru belajar simpan emas dalam bentuk dinar dan bar. Skrg simpan digital jer.
Zarah Al' Khadri
Aku mmg simpan gold. Simpan jugak cash outside bank utk emergency. Tp gold ku beli physical. Aku tak trus gold saving or yg mcm PG tu sbb aku dh terkena masa pkp tak bole withdraw sbb tak vax. And gold tu ku kumpul utk beli tanah.
Asmaniza Ibrahim
saya cikgu. PG dah lama. KAB baru ja jumpa. jom konsisten menyimpan.
Noraminah Omar
Mulalah...belum terlambat.
Kita sendiri kena kenal kekuatan dan kelemahan kita. Pilih portfolio mana sesuai. Kaedahnya.... "You do you".
Shidazz Isa
Sama.. Br2 nie ja try konsisten blk simpan emas dlm PG...plg minima ja dpt simpan... Rm100 ja.. Hrp2 dpt lh simpan byk2, xberani pgg gold bar sendiri sb jns pelupa & leliaq (ltk merata, pastu lupa)
Mel Melaty
Dulu achik simpan brg kemas, Al kunun sebln 1grm. TP sejak2 emas Mahal terus bertukar kumpul GB pulak sbb rs lbh tenang . Ada act PG TP Masih berkira nk menyimpan sejenis bayar terus nk pegang , lebih suka memburu GB preluv yg org letgo. 2024 insyaallah nk try simpan dinar pulak
Anoi Sambri
Saya hadir cikgu Nurul Fauzana ..
PG je utk simpanan sebab bila simpan duit selalu duitnya tak nampak jadi tabungan..bila simpan emas terasa duit tak ada..jadi sedar diri..kalau tidak habis korek sana sini...jujurkan pengakuan saya
Say tak suka barang kemas..serabut naik bot rasa..jadi emas 999 adalah alternatif utk saya
0 comments:
Post a Comment