Wednesday, September 10, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 8

Betul Ke Murah ?

sumber : Google

Rata-rata bila dengar jom borong ke China membayangkan harga yang sangat murah. Betul memang murah, kebiasaannya harga adalah separuh harga atau 1/3 harga pasaran.

Contohnya powerbank sekiranya RM120 di Malaysia, harga di China biasanya adalah RMB120 (Formula 120/1.9 = RM63). Ada juga lebih murah, bergantung kepada barang dan kuantiti yang dibeli.

3 Tip Sebelum Memborong Di Guangzhou

1. Dapatkan pelanggan

Mula kumpulkan kawan-kawan yang berminat dengan borong di China di dalam 1 Whatsapp Group contohnya. Tanya pelanggan apa yang diminati dengan bajet harga. Kumpul info-info tersebut dan lakukan kajian barangan apa yang mendapat permintaan tinggi. Di China, Whatsapp Group sangat berguna kerana kita boleh terus ambil tempahan secara 'live' supaya apabila barang sampai, semua telah terjual. Saya pernah terbaca satu tulisan, "Biar barang tak cukup, jangan sampai barang terlebih-lebih sampai terpaksa sorok bawah katil". Ada betulnya kan ?

2. Kajian pasaran

Kaji dahulu harga barang yang hendak diborong contohnya di Kenanga Wholesale, GM Klang, Mudah.my dan Lelong.my. Nota : Fokus, fokus, fokus. Bimbang rambang mata bila tiba di China, akibatnya bawa balik barang lagi yang harganya lebih mahal berbanding jika dibeli di Malaysia.

3. Anggaran bajet

Pastinya setelah perkara 1 & 2 dibuat, terlalu banyak barang hendak dibeli. Senaraikan anggaran dan had setiap barangan supaya anda senang nak membuat pertukaran wang dari RM ke RMB dan juga tidak perlu mengeluarkan duit melalui ATM di China. Pengalaman suami semasa pergi kali pertama, kawan beri pinjam duit (sebab tak aktifkan kad bank) dan pengalaman kami, terpaksa keluar duit di ATM, rasanya dekat 4 kali. 

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1

Ok bertemu lagi di kisah seterusnya, semoga tulisan ini ada manfaatnya.

Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


3 comments:

  1. kereta pusing2 tu hang beli kan ke tak? heheh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha yang ni lambat sikit, dalam minggu depan baru sampai insya-Allah.

      Delete
  2. Tempahan Tiket Penerbangan Murah ke Guangzhou bagi Tahun 2016 kini dibuka.

    Keistimewaan Tiket Ini:-
    Harga RM650, lebih rendah berbanding harga Tiket Biasa.
    Harga Tiket (Pergi & Balik) Termasuk Airport Tax + Baggage 20kg (Pergi & Balik)
    Sesuai bagi Mereka yang ingin membeli barangan harga murah di China.

    Untuk Keterangan lanjut Sila Sms/Whatsapp Mohammad :0177120867

    ReplyDelete