Friday, September 26, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 9

5 Perkara Yang Nampak Kecil Tetapi Penting Sebelum Ke China

 Di Lapangan Terbang China, Menunggu Waktu Pulang

  1. Waktu Solat & Arah Kiblat
    Cari di internet waktu solat bagi memudahkan kita merancang waktu memborong dan solat. Di hotel tiada penunjuk arah kiblat seperti di Malaysia. Pastikan telefon bimbit dilengkapi perisian arah kiblat. Sejadah kecil juga berguna bagi memudahkan kita solat di mana sahaja.

  2. Makanan Ringan
    Kebanyakan restoran halal dibuka hanya sekitar 10.00 pagi. Makanan ringan seperti roti, biskut dan air kotak dapat membantu kita mengalas perut. Mee segera juga berguna terutama ketika berada di Lapangan Terbang China sewaktu perjalanan pulang ke Malaysia.

  3. Card Holder
    Memudahkan kita menyimpan business card. Di dalam business card biasanya tercatat QQ ID peniaga. QQ ini seakan-akan aplikasi Whatsapp. Peniaga China jarang mengguna Whatsapp, sebaliknya mereka menggunakan QQ atau WeChat. 

    Biasanya saya akan buka perisian WeChat dan meminta peniaga memasukkan no. telefon mereka. Urus niaga selepas ini boleh dilakukan melalui WeChat sahaja. Setelah pulang dari China, saya telah membuat tempahan Baju Kanak-kanak Frozen dan Cadar Cotton Patchwork melalui WeChat sahaja.

    Business card juga penting sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan pemandu teksi. Sekiranya tiada business card, kita juga boleh meminta petugas di kaunter hotel untuk menuliskan nama tempat yang hendak dituju dalam tulisan cina. Kebiasaannya petugas hotel fasih berbahasa inggeris. Semuanya akan menjadi mudah sahaja bila kita sudah tahu caranya, kan ?
  4. Adaptor Plug dan Power Bank
    Di China, plug pengecasan untuk telefon bimbit adalah berbeza. Bawa dari Malaysia bagi memudahkan kita mengecas sebaik tiba di hotel. Sim kad China boleh dibeli di sekitar hotel. Kami tidak roaming memandangkan kemudahan Whatsapp boleh digunakan untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia. Power Bank juga perlu kerana sekiranya kita mengikuti trip, kita akan jarang berada di bilik hotel. Sekiranya tiada tidak mengapa, beli sahaja di Digital City nanti.
  5. Pakaian
    Sebelum pergi, semak cuaca di China. Kebiasaannya hujung tahun adalah musim sejuk dan memerlukan pakaian tebal. Semasa kami pergi pada bulan Ogos, cuaca seakan-akan di Malaysia sahaja. Sekiranya ingin memborong pakaian kanak-kanak contohnya, elakkan pergi pada musim sejuk kerana pada waktu ini kedai-kedai hanya menjual pakaian tebal yang tidak sesuai dipakai di Malaysia.
Alhamdulillah, akhirnya 7 persediaan penting sebelum memborong di Guangzhou telah berjaya disiapkan. Terasa nak ke China sekali lagi. Rindu dengan suasana 'rambang mata' di sana.

Selepas ini, saya akan cuba berkongsi pengalaman semasa memborong pula. Saya cuba pecahkan dalam beberapa entri supaya mudah dibaca.

3 Tip Memborong Di Guangzhou Yang Anda Mungkin Ingin Tahu

1. One Or Many-many ?
2. Rambangnya Mata, Nak Beli Semua
3. Tolong, Banyaknya Barang ! Nak Pos Udara Ke Pos Laut ?

Semoga tulisan ini ada manfaatnya. Doakan saya terus rajin menaip ya !

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

0 comments:

Post a Comment