Sunday, August 9, 2020

Apa Yang Terjadi Apabila Kita Meninggalkan Media Sosial. 6 Perkara Yang Saya Belajar.

Bukan saya. Belum lagi. Eh saya ke aku? Haha!

Sebelum ini aku memang ada akaun instagram. Lepas tu rasa macam arghh apa aku buat ni. Asyik klik FB, klik Insta. Circle of friends pun kebanyakannya sama. Kadang apa yang nampak di FB, ada juga di Insta. Argh!

Jadi biasanya yang akan dibuat adalah uninstall apps Insta di telefon, hanya kembali apabila Hari Raya! Kenapa Raya? Kan banyak gambar nak share :D

Seperti gula, susu. Ada yang kata, ok je nak minum, hanya hadkan. Hanya yang adakalanya kita tidak sedar, ianya menyebabkan ketagihan. Sebagai seorang yang 'aku tak kuat', maka akan berterusanlah fasa manis manis manis. Nampak teh ais ketagih tepi jalan, nak berhenti dan beli. Dalam hati, 'cheat day', hari ni sekali je la.

Begitulah analogi media sosial pada pandangan diri aku.

Jadi, dengan algoritma FB yang berubah bagi memenuhi kehendak pencipta FB itu sendiri, maka banyak cerita rakan-rakan  yang tak muncul. Post sendiri pun juga seperti tidak muncul di wall kawan, atau kawan sendiri pun dah menyampah dengan orang yang post 25 kali sehari, hahaha!

Sambil membaca artikel di https://www.makeuseof.com/tag/what-happens-when-you-quit-social-media-i-found-out/

dan mendengar Ted-x mengapa sosial media ini sememangnya menyebabkan ketagihan seperti berada di kasino, semuanya memang 'make sense'.


Jadi, sejak habis PKP dan uninsttall instagram di telefon. Akaun masih ada, tapi hanya tidak dikunjungi.

"Life after social media can be quite positive!", kata Dr. yang di dalam Ted-x ni.

Jadi sebenarnya nak tulis apa ni?

Merujuk kepada artikel di atas, ada 6 perkara yang penulis belajar apabila dia meninggalkan media sosial.

1. Reaksi daripada rakan di FB

Ada yang akan tercari-cari kita di FB. Ada juga yang akan kata, eh kau akan kembali beberapa minggu lagi :D

Memang ada juga tercari-cari kawan lama, nak tag dah tak ada! End up cari di Insta, boleh DM, lepas tu sambung di wassap! Maksudnya jika ada kawan yang nak bersosial dengan kita, dia akan sebenarnya cari kita walau di mana kita berada. Jadi tak perlu risau pun akan hilang kawan. Hehehe.

2. Terasa hilang arah 

Setiap kali memegang telefon, biasanya ikon yang diketik adalah FB, Wassap. Jika dulu ada insta, habis semua nak klik. Apss Quran tak pula klik sebegitu banyak kan? Huhu. Itu aku lah. 

Penulis artikel ada berkongsi yang apabila kita berhenti di media sosial, kita akan seperti hilang arah. FB, Twitter, semua tak ada dah! Tapi ini semua tidak akan kekal lama, otak kita akan mula mencari hobi baru! Penulis juga sudah beralih kepada melanggan newsletters dan feeds sebagai pengganti media sosial.

3. Tidak berada dalam 'loop'

Apabila kita sudah tidak berada lagi dalam sosial media, pasti akan ada 'moment' - eh kan viral kat fb, tak baca ke? apabila kita berjumpa dengan orang di dunia sebenar. 

Aku pun sebenarnya dah lama 'unfollow' orang yang aku tak nak baca. Masih 'friends' tapi I choose what I want to read. Bukan sombong. Sebab 'aku tak kuat'. Aku boleh scroll dan scroll dan scroll. Ulang 100x.

Jadi kadang-kadang memang akan ada benda tertinggal. Macam eh isu apa ni, 'super ring?', 'Abang Burger?'. Kadang tu sampai search kat fb dengan kata kunci yang orang dok tulis kat status. Nak tanya nampak sangat macam membawang. Ha ha ha! I'm a not that naive. Penyebok juga nak tahu. Hehe. 

Ala, macam apabila ada kawan tiba-tiba tersebut satu benda, lepas tu dia kata, eh takyah la tahu. Ha kan geram kan geram kan? Rasa nak dush je hahaha.

4. Capaian terhad ke sesuatu web/aplikasi

Adakalanya ada web seperti shopee dll akan memudahkan kita login hanya dengan menggunakan akaun FB. Jadi, kemungkinan capaian kita akan lebih lambat atau terhad jika kita tak ada akaun sosial media. Begitulah. Memang ada kawan yang tak ada akaun shopee dan lagi mengejutkan, akaun online banking pun tak ada ok! Nak duit atau apa-apa akan ke bank untuk keluarkan dan bagi tunai! Wow, I am so impressed. Nak beli kat shopee pun suruh orang belikan.

Mungkin mereka pun 'aku tak kuat!', jadi cara untuk elakkan terjebak adalah dengan tidak memulakannya. Pilihan sendiri kan? Unik sungguh manusia ciptaan Allah. 

5. Terlepas peluang pencarian kerja

Di media sosial banyak post jawatan kosong. Jadi, apabila kita kita seorang pencari kerja dan tiada akaun media sosial, mungkin banyak iklan yang kita akan terlepas. Untuk profesional biasanya ada LinkedIn sebagai salah satu 'network'. 

Oh ya, sekarang ada inisiatif kerajaan untuk majikan yang nak cari pekerja. Boleh ke https://candidates.myfuturejobs.gov.my/. Ala-ala jobstreet. Yang lagi best, apabila kita lantik pekerja daripada sini, ada bantuan daripada kerajaan (perkeso) selama 6 bulan. Untuk pekerja biasa, RM800 sebulan bantuan. Untuk pekerja berumur 40 ke atas, RM1000 bantuan selama 6 bulan. Cuma ada la terma dan syarat yang kita perlu patuhi. Tapi memang membantu lah kan dalam waktu gawat begini. 

6. Minda yang lebih tenang

"I have saved the best for last. When you quit social media and get past the first few months of withdrawal symptoms, you’ll begin to enjoy the headspace you have reclaimed."

Apabila penulis artikel ini berhenti daripada menjebakkan diri dalam media sosial, dia rasa lebih tenang. Setuju sangatlah kan. Macam baru minggu ni aku tulis tentang sifir. Sebab selama sebulan jaga anak-anak di Akademi Kembara Bijak, bantu buat kerja sekolah. Memang kebanyakan mereka masih tidak hafal sifir. Jenuhlah tengok depa buat teknik gigi la apa la semata-mata nak tulis semula sifir. Yang paling menggeramkan, tulis sifir pun salah walaupun buat tambah satu satu. Jadi semua akan jadi salah.

Bila masa nak siap kerja sekolahnya.

Lepas menyatakan perasaan ramai anak tak hafal sifir termasuklah anak sendiri, maka pelbagai komen dan reaksi. Ada yang mengalami situasi sama, tapi ada juga yang kata, eh buat apa nak hafal sifir? Haha! Ha sudah. Lepas tu knowing me yang suka 'provoke' apabila tengah 'bosan', aku akan tanya balik, "kenapa tak perlu hafal?" 

Haha! No hard feelings na.

Ada ramai juga yang berkongsi tips. Terima kasih! I just love this kind of positive people.

Apa pun pada pendapat aku, apabila kita menghafal, otak kita ini akan laju berjalan. Macam apabila kita hafal ayat quran. Lepas tu cuba baca dalam solat, lepas tu tak ingat pulak dah! Lepas tu buka balik Quran, hafal lagi. Begitulah. Ianya menjadikan otak berjalan.

Pada aku sama juga, hafal Quran, memahami Quran, tafsir, tajwib, tadabbur, belajar Bahasa Arab. Semua tu ada fungsinya tersendiri . Jangan kita perlekehkan 'tak perlu hafal Quran' kalau hafal sahaja tak faham hanya kerana kita ni tak hafal Quran dan kita mungkin sedang belajar tadabbur atau tafsir. 

Macam aku tengok Ustaz Asraff Ayob yang Hafiz Al Quran dan sekarang giat berkongsi banyak betul ilmu tentang tajwid dan hafazan al Quran. Beliau hafal Al Quran dan pastinya banyak ujian untuk nak mengekalkan ayat suci Al Quran. Jadi dengan kemahiran dan ilmu yang beliau ada, beliau kongsi teknik menghafal Kaedah Jibril. Khas untuk orang awam macam aku ni yang aduh surah Yasin atau Al Mulk yang baca bertahun-tahun, nak hafal bukan main susah. Dah hafal lupa. Beliau kongsikan yang mengulang itu lebih penting daripada menghafal itu sendiri. Itu yang orang macam aku tak kuat nak buat. Huhuhu. 

Begitulahnya pada pendapat aku. Jadi kalau tak setuju, tulislah di blog sendiri, hahaha!

Banyak potensi anak yang boleh kita gilap apabila otaknya selalu bergerak. Proses menghafal itu yang kita tekankan, bukan output hafal semata-mata. Lepas tu, apabila dah hafal sifir, bukanke senang nak beli jajan dekat kedai runcit. Takkan nak bawa kalkulator kot atau guna jari apabila beli 3 bungkus tam tam atau mi mi.  "Noob" la kalau guna jari, bak kata anak-anak zaman sekarang. Guna sifir kan senang! Gantikan kedai runcit dengan kedai saka eko 2.10 :D

Begitulah, setiap orang ada pendapat sendiri.

Jadi, berbaloi tak nak berhenti media sosial lepas baca perkongsian penulis artikel?

....

Ah seronok betul dapat tulis blog panjang-panjang ni. Macam berjaya membebel dekat anak dan anak pandang tepat mata kita sambil angguk-angguk. Pergh!

Nurul Fauzana
10 Ogos 2020
Menaip tanpa lihat keyboard (ni takabbur ke riak?)