Wednesday, February 18, 2026

Happy Birthday Iyman Amalea


15 tahun sudah usiamu. Masih segar di ingatan ketika itu hari Jumaat, ayahmu sedang solat Jumaat di masjid.

Waktu itulah air ketuban nak pecah. Keluar seperti air kencing yang tak tertahan.

Semua sibuk mencari ayah kat masjid. Tak jumpa 😂 😂 😂

Selesai solat Jumaat, bergegas ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar menaiki kancil coklat JGX. Mak Ngah (Kak Dik) yang teman. Habis semua lampu merah ayah langgar. Al maklumlah anak pertama, tak ada pengalaman. Berbeza dengan anak keempat, siap drive sendiri ke hospital 😂 😂 😂

Sampai di hospital seperti biasa cek itu ini, tukar baju pink. Tak lama tu katanya dah 4cm boleh masuk labour room. 

Rasa lama menahan sakit contraction seorang. Ditemani pelajar houseman yang keluar masuk buat pelbagai eksperimen. Semua tu dah tak dapat nak fikir. Misi utama, mesti beranak hari ini 🤣 🤣 🤣

Ayahnya pula tak masuk, katanya mabuk darah. Ah biarlah, nanti pengsan satu hal nak jaga dia pulak kan 😜

Alhamdulillah, setelah sorakan penuh katil, lahirlah seorang anak perempuan yang dinanti-nantikan. 3.7 kg kalau tak silap, dengan 2nd degree tear 😂 😂 😂 

Sambung jahit dekat 2 jam rasanya. Rasanyalah sebab asyik beraduh aduh dan dilayan elok oleh jururawat yang sabar. Alhamdulillah. Tiada lagi sorakan para doktor. Hanya mama dan jururawat yang penuh sabar.

(Selepas itu no more hospital kerajaan walaupun caj RM0 guna guarantee letter kerja gomen 😢). Bukan tak elok, cuma trauma sorakan para houseman yang masa tu tak mampu nak cakap no. Semoga diampunkan segala dosa mama atas ketidakmampuan berkata tidak.

Assalamualaikum Iyman Amalea. Semoga membesar dengan penuh cahaya iman di dada. Mama minta maaf sekiranya Iyman banyak terasa hati dan banyak mengalah dengan adik-adik. Terima kasih banyak tolong jaga adik-adik. 

Mama doakan Iyman membesar dengan baik, gembira, berjaya mencapai apa yang diimpikan. Semoga segala gerak langkahmu dipandu oleh Al-Quran dan sunnah. Moga hari-harimu tidak sunyi apabila diisi dengan petunjuk al-Quran. Moga mudah beramal dengan apa yang dipelajari dan mempunyai kekuatan untuk menyampaikannya pula pada yang lain.

I love you so much walaupun mama tak selalu mengucapkannya. You are always be my number one 💖 



Mama
1 Ramadan 1447H
Jitra Kedah