Nak Naik Kapal Terbang Apa ?
Bergantung kepada bajet dan kesesuaian tarikh masing-masing. Boleh intai-intai dari sekarang promosi-promosi yang ditawarkan oleh MAS Airlines dan Air Asia. Berangan itu percuma kan ?
Kami pergi menaiki Air Asia dari Penang ke Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur ke Ghuangzhou. Pengalaman kami, 2 tiket berasingan lebih murah berbanding tiket terus Penang ke Ghuangzhou.
Sekadar mengambil contoh, tiket ke Guangzhou pada 18 September 2014 hingga 23 September 2014 untuk MAS dan Air Asia.
Anggaran sebelum tax menaiki MAS : RM 549 (pergi) + RM 549 (balik)
= RM 1,098
Anggaran sebelum tax menaiki Air Asia : RM 189 (pergi) + RM 267 (balik)
= RM 456
Walaupun nampak murah dengan Air Asia, kena ingat juga fakta MAS bagasi dapat 30 kg percuma dan makanan pun disediakan, Air Asia harga belum termasuk bagasi dan makan. Cuba-cubalah buat perbandingan di laman web. Berangan itu percuma kan ?
Makanan & Minuman
Pengalaman menaiki Air Asia, jangan lupa tempah siap-siap makanan. Kadang-kadang bukan duit jadi masalah, yang masalahnya bila duit ada tapi makanannya yang tiada. Kelaparanla jawabnya hampir 4 jam. Masa pergi memang saya dah tempah siap-siap, bila balik tu rupa-rupanya saya terlupa nak tempah. Suami dengan yakin pegang tiket nak tunjuk kat pramugara, rupa-rupanya tak ada pun dalam senarai tempahan makanan. Bila nak tempah, ada nasi lemak sahaja, tu pun memang 3 bekas terakhir. Rezeki.
Hampir terlepas kapal terbang
Masa nak balik dari Ghuangzhou ke Kuala Lumpur, kami duduk membelakangkan pintu masuk. Masing-masing dok layan Facebook. Kapal terbang nampak kat luar tu je. Tiba-tiba saya tanya suami, entah-entah semua dah masuk. Terus cepat-cepat ke pintu masuk, tengok kat skrin dah tulis FINAL CALL. Nampaknya kena sambung memborong la jawabnya kalau dah tertinggal kapal terbang.
Kesimpulannya di entri kali ni :
1) Intai-intai harga promosi di MAS & Air Asia
2) Tempah makanan/minuman siap-siap sekiranya naik Air Asia
3) Perhatikan betul-betul waktu berlepas dan duduk biar betul-betul depan pintu masuk (atau jangan asyik sangat dengan Facebook)
Bersambung di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 4.
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
No comments:
Post a Comment