Mohon Visa Ke China, Susah Ke ?
sumber : google
Kalau ditanya susah ke nak mohon visa ke China, jawapan saya tak susah. Senang sebab saya pakai ejen sahaja. Memandangkan pejabat untuk memohon visa ada di Kuala Lumpur dan Kuching sahaja, jadi kami yang tinggal di Sungai Petani ni agak sukar dan tinggi kosnya jika nak buat sendiri. Kami buat dalam tempoh sebulan sebelum pergi.
Bayaran setakat September 2014 adalah RM85 (single entry). Ini kalau uruskan sendiri. Untuk ejen, bayaran berbeza mengikut ejen, bermula RM130-RM180.
Kalau yang duduk KL, agak-agak nak cari pendapatan tambahan, boleh jadi ejen buat visa. Macam kami pergi berempat, satu kepala ejen caj RM130, dah boleh untung RM45. Kalau 4 kepala? Kalau 10 kepala? Ha congak jangan tak congak.
Foto : VisaForChina
Bagi yang nak cuba sendiri, boleh ikuti panduan berikut :
a) Muat turun borang di Laman Web Kedutaan China atau VisaForChina. Di VisaForChina ni ada boleh isi online. Cuma tak pernah cuba, takut nanti buat ajaran sesat pula.
b) Pastikan borang diisi dengan lengkap :
- Sediakan sekeping gambar berukuran pasport berlatar cerah
- Pasport asal dan sah laku sekurang kurangnya 6 bulan sebelum luput.
- Salinan muka depan pasport pemohon (yang ada gambar kita)
- Salinan tiket penerbangan anda ke China yg telah ditempah.
- Sertakan salinan tempahan hotel atau alamat hotel sekiranya tidak membuat tempahan.
- Isikan di borang permohonan anda sama ada single entry atau double entry (double entry bermaksud 2 lawatan dalam tempoh 6 bulan)
c) Alamat Pejabat Permohonan Visa Ke China :
Chinese Visa Application Service Center Kuala Lumpur,
Level 5 (Application) & Level 6 (Collection).
Hamsphire Place Office,
Jalan Mayang Sari,
50450 Kuala Lumpur.
Business Hours : Mon-Fri. Submission : (9am -3pm)
Collection : (9am-4pm).
sumber : VisaForChina
d) Waktu pungutan adalah 4 hari waktu bekerja. Sekiranya anda ingin membuat pungutan pada hari yang sama, anda boleh memohon Ekspress Visa (harga lebih mahal).
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
No comments:
Post a Comment