Sebelum ni dah berangan nak tulis pasal current hobby, soap making. Tapi itulah janji tinggal janji. Kena alih icon Blogger ni ke depan supaya tak lupa (mengaku je la dah tua ðŸ¤)
Ok yang 3 ketul ni namanya Melt & Pour soap. Atau bahasa mudah, cairkan, letak pewarna dan pewangi jika mahu, kemudian tuang dalam acuan. Siap!
Dalam pembuatan sabun ni, secara umumnya ada 3 cara,
1. Melt & Pour
2. Cold Process
3. Hot Process
Cara pertama memang paling mudah, sesuai dengan anak seawal umur ke tadika, 4 tahun. Cuma tak bolehlah biar anak tu buat sendiri hokey!
Boleh bagi task mudah seperti potong soap base, letak pewarna dan pewangi, kacau dan letak dalam acuan.
Part nak cairkan tu yang paling mudah guna microwave, seminit dua dah cair. Atau yang paling seronok guna konsep double boil. Seronok sebab dapat tengok daripada ketulan jadi cecair. Haa kan dah konsep fizik tu, pepejal menjadi cecair. Hehehe.
Yang panas memanas ni kena la tolong anak. Gituuu.
Soap base? Apa tu?
Masuk Shopee, taip soap base, keluarlah ia.
Cuma itulah, setelah bertemu lutut dengan ramai pengajar, ada banyak jenis soap base. Ada yang konfiden kata soap base dia halal (tapi minta senarai bahan, diam sampai sudah), ada yang kata beli dekat founder dia yang itu ini, trusted. Ada yang pesan jangan beli yang murah sangat!
Apa yang penting, cuba chat dengan seller, minta ingredient penuh soap base tu. Ada jenis yang free sls tapi ada sles. Ada yang masih ada sls dan sles. Ada yang ramuan kimia pelik sampai kena gugel. Hehe.
Melalui pengalaman sendiri, buat kajian sikit, lepas tu beli dulu 1 yang diyakini bahan-bahannya, kemudian cuba buat dan pakai.
Kemudian, upgrade ilmu dengan hadir kursus bersama para guru yang dah biasa buat sabun.
Ada yang buat konsep sharing, yuran serendah RM30. Malah ada yang sehingga mencecah 1 ribu untuk 4 resipi. Ini guna melt & pour tau, bukan proses 2&3 yang kat atas tu.
Dari situ, kita boleh tambah baik ilmu dan kemudian dapat pilih soap base terbaik sebelum mula dijual kepada orang lain. Kalau bertuah, para guru tu akan kongsi terus nama pembekal soap base yang bagus ðŸ¤ðŸ¤ðŸ¤
Nampak kan, walaupun benda mudah macam masak maggi 2 minit ni pun boleh jadi kompleks. That's the beauty of it!
Tu belum lagi nak nyatakan perasaan bila pakai sabun yang dibuat oleh jejari gemuk sendiri, yang selalu typo kalau taip laju.
The feeling is real, lol 😂😂😂
Untuk proses membuat sabun cara 2&3, fuh, mencabar nak tulis. Mungkin kena buat video atau lukis? 😆😆😆
Sampai bertemu lagi. Ini sabun yang baru buat semalam, sementara Nuh Luqman lena.
Dari atas, bauan Lemon, Sweet Lime Kafe dan Ylang Ylang (Kenanga). Kali ni cuba campur warna, menjadi juga buat warna biru muda nak ke turqoise, yay! (eh tengok sekali lagi, tang mana turqoisenya, biru je haha!). Ini semua salah kamera.
Ala kulli hal, alhamdulillah. Allah berikan nikmat masa dan ilham. Semuanya kembali kepada Dia yang satu.
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
Nurul Fauzana
Kampung Tok Yom, Wang Tepus
5.24 pagi
0 comments:
Post a Comment