Friday, May 22, 2020

Siri Nota Kelas Mengaji (5) : Wakaf & Ibtida'

Kredit AlMukhlisin Home Quran

Bagaimana nak wakaf dan ibtida' dalam al-Quran? Terutamanya bagi orang awam yang setakat belajar raksun ๐Ÿ’†, junjumatun ๐Ÿ’€

Memang nafas pendek betul, asyik nak berhenti sahaja. Ada baca tip, bacalah al-Quran sebelum Subuh. Haaa ambikkk mendapat nasihat terbaik ๐Ÿ˜‚

Setelah digugel dan diutiub,

Ustaz Asraff kata tak boleh suka suki berhenti macam tengah memandu dekat lebuhraya.

Melainkan emergency macam tayar pancit ke.

Jika dah darurat, berhenti dekat tempat yang kecemasan tu. Kemudian ambil 1 perkataan di belakang. Tapi ini pun kena tengok juga perkataan.

Ada beberapa perkataan yang boleh dijadikan kata kunci. Foto di bawah ini contoh kata kunci yang diberikan oleh Ustazah.

Kredit https://www.instagram.com/p/B_hGYVtHH7G/
Kata Ustazah, apabila sudah terberhenti di tengah ayat atau tempat yang tiada tanda wakaf, sebaiknya bermula dengan mengambil beberapa kalimah ke belakang dengan mencari perkataan di dalam bulatan kuning atau putih.

Elakkan bermula dengan perkataan di dalam bulatan biru dalam foto di atas kerana perkataan di dalam bulatan biru memerlukan subjek dan predikatnya secara keseluruhan supaya makna ayat tidak terjejas.

Juga boleh juga berhenti pada hukum mad lin atau mad 'iwadh atau pada kata kerja. Mulakan semula dengan perkataan yang bermula di dalam bulatan kuning atau putih.

Seeloknya, tarik nafas panjang sebelum mula baca. Ada terlihat video Qariah Ustazah Farhah sebut dia bernafas melalui mulut dan hidung. Fuh. Kena berlatih lagi ni.

Ustazah juga ada berpesan, seeloknya jika masih belum akhir tajwid, gunakan Quran tajwid berwarna dan ada juga Quran Wakaf Ibtida' jika sejenis nafas tak panjang :D. Nampaknya kena cari juga Quran Wakaf Ibtida' yang ada tajwid warna. Sebelum ni ada beli wakaf ibtida' tapi rasanya yang versi pertama tak ada tajwid.



Quran Wakaf Ibtida' Tajwid Berwarna

Alhamdulillah, banyak betul belajar baharu + belajar semula apa yang belajar masa sekolah.

Didoakan Allah mudahkan urusan Ustazah Khadijah Gani dan keluarga atas asbab meluangkan masa setiap hari sejam lebih juga mengajar kami membaca dengan bertajwid. Amin.


"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana 
30 Ramadan 1441H
Wang Tepus

0 comments:

Post a Comment