Saturday, August 15, 2015

Jual Masa Dengan Gaji, Berbaloikah?

Setelah hampir 8 bulan tidak bergaji ribu-ribu, banyak yang difikir-fikirkan sendiri. Gaji ribu-ribu secara tetap tidak lewat seharipun telah membeli masa yang dimilik. 9 jam sehari, 5 kali seminggu. Itu tukarannya.


Iyman Amalea, cinta hati penguat jiwa. 

Dulu selalu sedih, maklumlah anak pertama. Sedih apabila dihitung-hitung, masa ditinggalkan dengan pengasuh seminggu lebih lama daripada masa yang ada dengan emaknya. Walaupun bekal makanan, bekal susu dibawakan setiap hari, namun siapa yang menyuapnya setiap hari. Nak dijadikan lagi sedih, apabila sampai ke pejabat, sibuk dengan kerja, jadi lupa dengan anak. Balik pun lewat sampai anak selalu tanya kenapa lambat sangat, semua orang dah balik, dia kalah. Bangun pagi esoknya anak selalu kena marah sebab anak bangun lambat, punch card emaknya pun selalu merah. Walhal bukan salah anak.

Rutin yang diulang-ulang sehingga tak ubah seperti sesuatu yang tidak boleh diubah.



Why do we act as if we’re trees and can’t “move”
Sumber : Google


Bermula tahun lepas sekitar bulan ini, dengan sokongan padu tidak berbelah bagi oleh Tuan Suami, projek-projek dijalankan untuk membeli semula masa yang telah dijual. Bukan mudah tetapi tidak susah. Impian dan realiti tidak sejauh yang disangkakan. Yang penting, mulakan langkah pertama.



Sahaja aku letak jawatan


6 tahun bagaikan semalam. 1001 kenangan manis untuk dikenang. Terima kasih sahabat.


******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

3 comments:

  1. sekarang saya dah 2 tahun kerja sendiri, nak beri masa untuk keluarga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahniah tuan, didoakan tuan sekeluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Yang Maha Esa

      Delete
    2. Tahniah tuan, didoakan tuan sekeluarga sentiasa di bawah rahmat dan perlindungan Yang Maha Esa

      Delete