Wednesday, August 19, 2015

Terima Kasih Tuan


Hari ini berpeluang menyertai tim Tuan Syed Azmi menyantuni pekerja di IDAMAN Jitra. Walaupun di kampung halaman sendiri, tak pernah jejak lagi ke Jalan Istana, sampai sesat-sesat dibuatnya. 


Tujuan utama program ini adalah sebagai tanda "Terima Kasih". Mereka yang bertungkus-lumus memastikan kawasan sekitar Kubang Pasu sentiasa bersih. Sukarelawan yang datang membantu menghulurkan makanan. Saya mula-mula agak 'blur' nak buat apa, maklumkah kali pertama.

Tiba-tiba terdengar Cikpuan Alia Marini Abdul Majid memulakan bicara, "Terima kasih Tuan", sambil menghulurkan sebungkus makanan, lengkap dengan sudu dan tisu.

Saya pun terus meniru sahaja, menghulurkan makanan dan mengucapkan ayat yang sama.

Setelah selesai tugasan, tiba-tiba datang seorang lelaki menghulurkan duit kepada Ali Ilman. Allah. "Terima kasih, Allah murahkan rezeki Tok Wan", kata saya apabila terpandang lelaki ini seusia ayah mertua yang dipanggil Tok Wan oleh Ali.

Tuan Syed Azmi yang meminta untuk merakamkan gambar ini. Katanya lebih kurang begini, "you won't get this moment always".

Saya pulang dengan memakai kaca mata berbeza.



******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

2 comments:

  1. Terbaik. Aku rasa aku pun kena join kerja-kerja amal begini. banyak sangat aura negatif dalam badan

    ReplyDelete