Saturday, June 27, 2020

Siri Buku Cerdas Mengurus Emosi

Selalu lihat buku bahasa Inggeris ada buku cerita yang membantu anak kecil mengurus emosi melalui penceritaan. Kali ini, ada buku Bahasa Melayu, terbitan Awal.

Dalam siri ini ada 11 buku. Dulu dah beli 4 buku yang kucing. Minggu ni tambah dah 7 buku lagi.

Dani sangat suka bermain mangkuk putar. Tetapi dia tidak suka berkongsi dengan kawan-kawan lain. Setiap kali ada kawan yang mendekati mainan tersebut, Dani akan memukulnya. Akhirnya dia bermain bersendirian sehingga terjatuh. Oleh kerana takut dengan sifat pemarahnya, tiada kawan yang berani mendekatinya. Lama kelamaan, Dani berasa bosan. Apakah tindakan Dani seterusnya
Sekarang ada diskaun 40%, berganda murah. Nanti dah sampai kita review lain insya-Allah. Nak sangat baca Gajet Oh Gajet. Khas untuk Ali yang dah mula pandai mengamuk bila tak beri tengok telefon. 






Itulah, memang bagi depa telefon, tapi masa nak guna, ambil balik. Baru-baru ni dia jadi mengamuk, siap tendang kerusi. Lepas tu  Luqman pun dah jadi perangai sama mengamuk, siap baring kat lantai. Lepas tu boleh Ali kata, "Luqman pun dah gila gajet!".

Boleh beli satu satu atau beli semua. Klik add to cart dan bayar macam biasa :D


Ok, boleh beli di sini. Selamat membaca!


Nurul Fauzana
Wang Tepus
27.6.2020




Chef Ana In The House : Nasi Ayam Original Tanpa Kiub Ayam






Tengah sibuk Chef Ana masak, rupa-rupanya si Nuh ni pun memasak juga :)



RESIPI NASI AYAM ORIGINAL

Bahan untuk nasi:

2 cawan beras
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar mentega
dan sedikit garam

Bahan untuk ayam dan sup:

500g ayam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
20g lobak jeruk
1 inci halia dihiris panjang
1 ulas bawang putih juga dihiris panjang
dan sedikit garam

Bahan-bahan untuk air lada:

6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
½ cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula
dan sedikit garam


Akhirnya jumpa resipi tak perlu guna kiub ayam.


Cubaan ke-2

Nampaknya dah cuba kali ke-2, rasa nasi tak berapa umph. Kena gaul dengan sup baru rasa. Lagipun memang rebus sahaja ayam tu, letak garam, rempah lain tak ada. Jika Nasi Qidra ada tomato, rempah 4 sekawan, daun salam, bawang putih selabu semua. 

Mungkin lepas ni kita letak selabu bawang putih baru ada rasa kot hehe.

Tapi ayamnya sedapla bila gaul macam tu, letak madu sikit pun ngam.

Kali kedua buat lada tak ngam pula. Rasanya kurang cili padi. Tak berapa pedas. Ok lepas ni kita kasi ganda hehehe.

Masak kali ni sampai 2 hari baru habis. 500 gram beras, 500 ml air rebusan sup, 500ml air masak. Masak kali kedua guna nasi basmathi, guna teknik masak Nasi Qidra, memang elok kejadiannya. Masa awal dulu pakai beras biasa, sukat air macam dalam video tak jadi, nasi jelantah. 

Kawan pesan masak nasi berperisa, 2 cawan beras, air tu tak boleh 2 cawan juga (macam dalam video), kena 2 setengah.

Begitulah memasak, nak ingat kena tulis, dah tulis kena berlatih.

Lepas ni nak cuba resipi apa pula ek?

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
27 Jun 2020
Wang Tepus


Thursday, June 18, 2020

Chef Ana In The House : The Perfect Agar-agar Gula Merah



Agar-agar Santan Gula Merah. Yang ini masa guna 6 cawan air. Yang perfect tak dan ambil gambar, masuk ke mulut semua orang dengan perfectnya. Hehehe.

Kisahnya bermula di sini.

Entah dah berapa peket agar-agar dibeli sejak PKP. Akhirnya, mendapat resipi sempurna agar-agar merah. Sempurna di mata dan tekak sendiri :D

Dah jadi macam eksperimen. Selagi tak dapat output yang memuaskan hati. Nampak sangat masa dulu tak banyak memasak kan, dia jadi ciwi (jakun) semacam.

Jadi, setelah berjaya mendapatkan resipi sempurna, kita tulislah ilmunya di sini, agar lepas ni dah tak buang masa mencuba-cuba.



20 gram agar-agar tali (sentiasa tengok di paket agar-agar, ada 30 gram, 10 gram).
7 cawan air (tak termasuk sukatan santan 200 ml). 

Secara ringkasnya resipinya begini :

Agar-agar tali 1 pek 20 gram (perhatikan agar-agar kita beli, ada jenis 10 gram/20 gram/30 gram)
Air 5 cawan untuk cairkan agar-agar. 2 cawan untuk cairkan gula merah. Jumlah 7 cawan. Saiz cawan rujuk gambar di atas.
Gula merah 1 cawan (manis buah), 1 cawan setengah, just nice di lidah orang kuat makan gula ni. + 2 sudu gula putih.
1 cawan santan segar atau santan kotak 200 ml (saya guna santan kotak sahaja) 
 Garam 1 sudu (mungkin kena cuba kurangkan lepas ni, hari tu ikut sahaja resipi).


Cara semua ada dekat sini.

Oh ya, ada kawan cuba lapisan lemak santan dan agar-agar macam tak naik tinggi. Tengok ada satu video tu, caranya masa akhir sekali sebelum tutup api, guna api kuat dalam 2 minit, sampai buih naik ke atas periuk, tapi janganlah sampai melimpah.

Agar-agar Bunga Telang. Cantik wajahnya, malang sekali rasanya ke laut dalam. Hahaha! Mungkin banyak sangat letak bunga nak bagi warna pekat. Jadi rasa daun. Gula pula tak letak banyak. Santan pun habis. Pendek kata serba tak kena. Pertama kali agar-agar masuk dalam tong bokashi.

Kenapa siap ada gambar cawan dan timbangannya? Awal dulu masa tengok youtube Puan Pavi, beliau guna sukatan cawan. Cawannya lebih kurang cawan di gambar ni lah. Macam cawan ikea tu, tapi yang ini bukan ikealah, acme, beli kedai plastik.

Lepas tu video kedua, beliau tak guna cawan dah plak. Guna sukatan kat paket. Jammed!

Jadi kita ambillah gambar sukatan air dengan cawan tu, supaya para pembaca yang nak mencuba resipi ni dapat anggar cawan yang ada di rumah dengan cawan yang diperkatakan di dalam post ini. Jadi tak perlulah cuba sampai berkali-kali macam Chef Ana ni haaaa.

Guna resipi Puan Pavi, agar-agar jadi jenis kenyal, Boleh pegang dengan tangan tanpa ragu. Anak kecil pegang pun tak hancur. Beliau guna 4 cawan air, 20 gram agar-agar tali. Ok je tekstur begini bagi yang suka.

Tapi tekak ni nak yang lembut sikit, rasa lebih nyaman gitu. Sebelum ni dah cuba 6 cawan, masih kenyal-kenyal. Lepas tu untuk agar-agar bunga telang tu, cuba lah 8 cawan. 

Lepas dah cuba 8 cawan, fuh jadi terlebih lembik pula. Makan tu boleh elok, cuma bila simpan dalam peti ais dia jadi berair. I don't like. Dah la dengan 20 gram ni boleh dapat dalam 3 pinggan kecil. Jadi 3 hari la juga baru boleh habis. Jadi berair dalam peti ais tu tak syok.

Berbekalkan stok agar-agar terakhir, kita cuba 7 cawan pula.

Fuh, akhirnya, the perfect agar-agar Gula Merah :D (di mata dan tekakku). Cuba masuk dekat peti ais, ada la sikitttt sahaja air bertakung. Tak macam yang sebelum ni guna 8 cawan, banjir!

Begitulah kisah Chef Ana dan agar-agarnya. Bismillah, banyakkan berzikir. Bak kata Puan Roza, masakan yang dimasak dengan memperbanyakkan zikir tak akan tersalah resipi, insya-Allah.

Selamat mencuba!

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana 
19 Jun 2020
Wang Tepus


Saturday, June 6, 2020

Chef Ana In The House : Kangkung Masak Lemak Putih Bertempe


Petik segar dari Kebun Sayur PKP

"Kangkung boleh masak lemak tak?", tanya si isteri kepada sang suami?
"Cuba tengok utiub...", balasnya.
Haih tengok utiub ada pula resipi Kangkung Masak Putih.
Hanya tumbuk cili padi, ikan bilis, bawang putih. Masukkan santan segar atau santan kotak. Jika guna santan kotak, tambahlah air.
Tak perlu tumis, masukkan santan, hasil tumbukan tadi. Apabila dah mendidih, masukkan kangkung. Perasakan dengan garam.


Kebun Sayur PKP yang sudah mulai semak :(

Teringat mak masak lemak pucuk ubi letak tempe, aduh sedapnya.
Jadi sebelum tambah kangkung, letaklah tempe.

Rasa sikit, dalam hati, eh ini sikit lagi boleh jadi lodeh atau ayam lemak cili padi Kak Yatie 😂😂😂
Boleh tengok video yang dijumpai di Youtube. Siap ada cara nak  masak.


Lagi seronok apabila Tuan Suami berkata,

"Letak cili padi e? Macam rasa makan apa tu kat Johor?"

Haaa. Kan seronok apabila dikaitkan makanan ini dengan negeri kelahiranku.

Memang ada rasa macam masak lemak pucuk ubi yang selalu dimakan masa kat kampung halaman tercinta, JDT :D

Taraaaa... dah siap!

Alhamdulillah. Bak kata Puan Roza, mulakan dengan bismillah dan banyak berzikir. Makanan yang dimasak insya-Allah tidak akan tersalah resipi.❤️

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

 Nurul Fauzana
7 Jun 2020
Wang Tepus

***
Peminat ikan bilis mata biru Sabah? Klik

Chef Ana In The House : Nasi Qidra Palestine



Kredit FB : Puan Salwa

Dari kerana mataaaaa.


Selaku orang yang kuat visual, memandang gambar Nasi Qidra ini di FB seorang rakan yang baru dikenali semasa Kelas Mengaji, hati ini tertarik untuk mencuba.

Bukan tak pernah lihat Puan Roza mempromosikannya sebelum ini. Memang sudah mengikuti beliau sejak lama. Apa yang lagi nak dijadikan cerita, rupa-rupanya resipi ini ada dalam buku Aroma Antara Benua yang sudah dibeli lama dahulu.

PKP. Covid 19. Salah satu hikmahnya menjadikan asbab tak pandai jadi pandai. Tak pandai memasak, tiba-tiba je keyakinan memuncak.

Nasi ayam pun selama hidup di muka bumi ini tidak pernah masak dek kerana melihat akan kerenyahannya, tiba-tiba entah apa angin nak cuba masak Nasi Qidra ni. Dek kerana sekeping gambar.

Antara cerita di sebalik gambar
Maka, setelah tempahan dibuat dalam bulan Ramadan, maka tibalah set Nasi Qidra yang dinantikan. Berdebar-debar juga sebenarnya nak masak. Dah la tak boleh rasa.

Maka bersungguhlah lihat video youtube Chef Amirul memasak, sambil ulang baca langkah demi langkah.



Jika dilihat rempah yang diberikan, nampak sangat ringkas. Macam tak percaya sikit sangat.

Bahan rebusan Sup Qidra :

1-2 kg daging bercampur tulang atau 1 ekor ayam (belah 4)
1/4 cawan minyak zaiton
1 biji bawang besar (hiris)
3 labu bawang putih (biar bersama kulitnya)
1 set bahan rebusan sup arab (disertakan di dalam pek)
1 bungkus rempah Qidra Palestine (disertakan di dalam pek)
2 biji buah tomato saiz besar (cincang)
2 batang lobak merah saiz besar (potong besar)
4 biji kentang saiz sederhana (belah 2)
Garam secukupnya.

Cari di youtube, rupa-rupanya ada juga 1 video yang dibuat oleh pelanggan Nasi Qidra ni. Jika video di atas menggunakan cara tradisional, yang video ini guna Noxxa. Aduh membara tengok 7 minit je dia masak. Haha! Tapi sebenarnya jika pakai tradisional pun tak lama, sebab guna api besar. Dah kering tu baru kecilkan api.

"Jangan nak gila gadget sangatlah jika memasak biasa pun tak reti", pesan Chef Ana kepada diri sendiri :D



Guna Noxxa



Untuk 1 pek ini, ada 500 gram beras arab. Anggaran hidangan boleh 7-8 orang makan tak bertambah dengan portion suku-suku separuh.

Jadi rasa banyak sangat kan, masak separuh sahaja daripada hidangan. Siap timbang beras tu, punya la takut tak menjadi.

Rempah sup dan rempah arab tu pun bahagikan dua.

Cara-cara memasak, bolehlah lihat di video di atas. Tunggu Chef Ana buat video tak tau bila akan muncul. Hehehe. 

Mula-mula rendam dulu beras tu dengan 1/2 sudu kecil garam. Sekurang-kurangnya mesti 2 jam sebelum nak masak. Jadi jika cadang nak makan pukul 1 tengah hari, jam 10 tu dah mula rendam beras. Jam 11 tu dah boleh masak ayam/daging. Air rebusan tu akan digunakan untuk masak nasi nanti.

Jangan risau, semua cara langkah demi langkah disertakan di dalam pek. Hanya perlu Bismillah, dan ikutlah langkah demi langkah.

Akhirnya, beginilah rupa Nasi Qidra Palestine kali pertama yang dimasak semasa Ramadan 1441H.


Nampak macam alamak sikitnya, tak cukup untuk 2 dewasa, 3 kanak-kanak 7,9 dan 2 tahun.

Ni portion dewasa. Nampak macam sikit, tak macam yang beli Nasi Mandy dekat kedai kan.

Pertama kali rasa, alhamdulillah sedap. Just nice rasanya, tak berempah macam Nasi Kabsah. Nak kata macam Nasi Beriyani pun idak. Nasi Mandy la lebih kurang agaknya. Aduh tak dapat beza dah.

Yang penting, Tuan Suami kata sedap. Hehehe. Ayam tu je la masa mula tak goreng, jadi macam agak muak makan yang direbus sahaja. Patutnya diajar goreng, tapi macam tak tergoreng, hehe. 


Kali kedua masa, ayam perap dengan sos bbq, bakar dalam pasu.

Kali kedua masak lagi dalam masa Ramadan. Kali ini Tuan Suami rajin nak membakar ayam di dalam pasu. Alhamdulillah, rasanya masih sama, tak lari gitu.


Ini kali ketiga.

Kali ketiga masak masa 3 hari lepas. Bahan semakin kurang, carrot pun tak ada. Alhamdulillah ada timun dari Kebun Sayur PKP, berjaya buat salad yang selalu jadi pelengkap.

Ikut resipi di youtube.






Hanya potong timun, tomato, perahan lemon. Letakkan garam, gula dan tuang sedikit minyak zaiton. Simpan dalam peti ais. Oleh kerana daun ketumbar tak ada, seperti biasa kita masukkan Bayam Brazil. Senang rupa-rupanya ya. Rasa pun sedap, alhamdulillah.

Oh ya, buat yang sukakan sup, air rebusan ayam tu, setelah diambil jadikan air tanak nasi, boleh dijadikan sup. 

Shattah (sos pedas) je tak pernah buat lagi, cari dulu la dekat youtube, insya-Allah kali ke-4 boleh buat pula.

Simpan dulu cara membuatnya di sini.



Berita baiknya, Chef Ana telah memohon izin Puan Roza untuk menjadi ejen jualan set Qidra Palestine. Boleh klik di gambar untuk wassap Chef Ana untuk tempahan. Benda baik kena kongsi kan :D

Jangan risau jika tak pernah masak nasi ayam atau tomato. Insya-Allah boleh. Puan Roza kata caranya untuk masak nasi ayam juga akan lebih kurang sama. Makanan yang dimasak dengan banyak menyebut nama Allah tidak akan tersalah resipi, insya-Allah.

Klik di gambar untuk tempahan terus ke pintu rumah dan menusuk ke hatimu :D


"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
7 Jun 2020
Wang Tepus


Friday, June 5, 2020

Chef Ana In The House : Resipi Agar-agar Lumut

Agar-agar Lumut

Memasak. Satu perkara yang memang tidak digemari. Sama macam menanam.

Namun, sejak Covid 19 melanda. Semuanya seakan berubah 360 darjah.

Agar-agar ni memang nampak apalah sangat kan. Dulu ada kenangan cuba masak guna agar-agar tali. Dulu la masa dekat Prt Yusof. Lepas tu rasanya banyak sangat air ke apa macam tak membeku agar-agar tu.

Jadi sampai ke sudah tanam dalam minda, susahnya masak agar-agar.

Lepas tu ada juga cuba beli agar-agar serbuk. Masukkan dalam peti beku tu, rasanya lama sangat ke terlebih air ke tak tau la. Jadi aiskrim ha ha ha!

Begitulah, agar-agar punya penangan.

Agar-agar lumut ni memang suka sangatlah. Nak nak bulan Ramadan, tak boleh nak ke bazar pada musim PKP ni. Youtube Puan Pavithra pula tengah viral. Pergh, dengan peralatan 'sempoi', dapur bersih, kuali berkilat dan penggunaan Bahasa Melayu yang fasih, memang rasa eh senangnya.

Satu lagi yang suka sebab apabila ditunjukkan bahannya, 4 cawan air, dia tunjuk guna cawan. Jadi berguna buat orang yang tak reti masak ni, yang tak ada common sense. Tengok video orang lain, apabila cakap cawan, ada yang tuang dalam mangkuk. Jadi macam tak dapat agak berapa besar cawan. Haaa haaa. Hanya orang yang faham akan faham kesukaran ini :D



Jadi, setelah memesan santan, pandan dari rumah mak mertua, agar-agar tali dan sebiji telur , maka bermulalah percubaan Chef Ana memasak agar-agar.

Bahan-bahannya mudah, ikut dalam video sahaja :

Agar-agar tali 1 pek 20 gram (perhatikan agar-agar kita beli, ada jenis 10 gram/20 gram/30 gram)
Air 4 cawan
Telur 1 biji
Gula 1 cawan
1 cawan santan segar atau santan kotak 200 ml (saya guna santan kotak sahaja)
Daun pandan 5 helai (+ setengah cawan air, kisar dan tapis)
Garam 1 sudu
Pewarna hijau (saya tak ada jadi tak letak)

Cara memasak, sila lihat di video.

Percubaan pertama, agar-agar tak berapa tinggi sebab masuk kat dua bekas. Tapi rasanya fuh. Secukup rasa. Kah kah kah! Punya la perasan.

Lepas tu esoknya Tuan Suami bawa balik agar-agar dari pejabat. Macam berair sikit tapi eh alamak kenapa lagi sedap. Kah kah kah!

Jadi percubaan seterusnya, cuba buat lebihkan air. Tapi kali kedua kita buat agar-agar gula merah pula.


Kali ni guna sukatan air ikut di paket agar-agar. 

Untuk 20 gram = 1400ml air (macam dalam video Puan Pavithra)
Yang ada dekat rumah 30 gram, arahan di belakang 1520ml air.

Jadi kita cubalah jadi 'pembaris' kita ikut sukatan. Alhamdulillah menjadi juga. Kali ni masih keras just nice. Maksudnya boleh dipegang dengan tangan ketika makan. 

Ini maksudnya tak cukup lembik. Hahaha!


Tabur biskut lebih buat based Cheese Cake, nampak macam kole kacang kan? :D

Jadi, kali ketiga buat agar-agar (ha ketagih memasak!), kita cuba ikut sukatan jumpa dekat web.
1 paket agar-agar strips (20 gm)
2 liter air (8 cawan)
Betul cair, selalu buat 2 pinggan, kali ni dapat 3 pinggan.

Dah siap masuk peti ais bahagian atas dalam sejam, potong, memang rasa lembut la. Cuma yang tak syoknya, apabila dipotong dan disimpan dalam peti, jadi berair. I don't like :D

Jadi, begitulah cerita Chef Ana masak agar-agar. Banyak cerita betul di sebalik belajar memasak sejenis menu bernama agar-agar. Sebab itulah kena cuba banyak kali, lepas tu kita 'adjust' ikut kesukaan kita.

Itulah orang kata, resipi sama, tapi air tangan tak sama. Lepas tengok resipi, orang berpengalaman akan gunakan deria rasa dan pengalaman lama untuk adjust bagi sedap. Nak adjust bagi sedap tu la 'common sense' yang perlu ditimba melalui pelbagai cara.

Oh ya, ada cuba campur dengan 'base cheese cake', maka jadilah begini, taraaaa...

Macam Kek Marble pun ada rupanya

Sedap rasanya, tapi agak muak sebab ada biskut agaknya. jadi makan sikit lah. Biasanya yang agar-agar biasa tu makan banyak :D. Kali ke-empat nanti boleh cuba adjust air supaya tak terlalu keras dan tak terlalu lembik, insya-Allah.

Oh ya, alang-alang cerita tentang gula merah ni, boleh juga cuba guna gula kabong tradisi Kuala Lipis.

Macam belacan pun ada haha! Nak cuba boleh terus klik di sini

Dibuat di Benta, sebuah perkampungan di Kuala Lipis. Dapatkan di sini.

Selain tu, dok tengok dekat youtube, fuh ada banyak jenis agar-agar. Lepas tu ada loyang cantik! Patutlah dulu teringat emak ada banyak jenis loyang, bentuk bunga ros la, ikan la. Kita ni loyang apa pun tak ada!

Cuma itulah, kena belajar minimalis, tengok Puan Pavithra, loyang tak perlu pun, pakai pinggan tin tu je! Insaf!

Akhir kata, pa yang penting, Puan Roza pesan, masaklah dengan banyak berzikir, tidak akan tersalah resipi, insya-Allah.

Nak baca cerita Chef Ana masak Nasi Qidra pula? Non baked mango cheese cake?

Fuhhh... moga Allah memberikan keberkatan masa dan dapat menulis ilmu yang bermanfaat.

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
5 Jun 2020
Wang Tepus

***



Boleh cuba Santan Kelapa Salwa yang diproses menggunakan teknologi retort yang boleh bertahan selama 2 tahun (tanpa buka), selepas buka, ia perlu disimpan di tempat sejuk beku seperti santan biasa yang lain. Dapatkan di sini.



Thursday, June 4, 2020

Siri Nota Kelas Mengaji (9) : Bacaan Istimewa Di Dalam Al-Quran - Imalah

Kredit : Web Surah Hud Ayat 41


5 Bacaan Istimewa Dalam Al-Quran


Terberhenti sebelum ini nak berkongsi tentang Imalah. Ada satu sahaja tempat di dalam al-Quran iaitu dalam surah Hud ayat 41.

Cari video, ada yang sebut seperti perkataan x-ray, ada yang sebut seperti rehal atau ekor.

Boleh tonton video di atas, Ustaz ada terangkan, kedua-duanya dibolehkan. Bergantung kepada guru mana kita bertalaqi.

Jadi tanya dekat seorang kawan, disebut seperti bunyi x-ray.

Tanya dekat kawan sekolah, kena sebut seperti re-hal atau ekor.

Tanya dekat Ustazah kelas mengaji, ulasannya begini.


Bunyi imalah Di antara baris atas & bawah kak. Tak sampai RAY.
RE-hal.
Do-RE-mi.
RE-nek.
Begitulah, memang kena berguru. Lepas tu yang penting kita belajar. Tak perlu nak gaduh bunyi yang mana satu. Ikut mana guru yang kita Talaqi.


Sebab-sebab di-Imalahkannya lafadz “مَجْرٰىهَا” diantaranya adalah untuk membedakan antara lafadz “مَجْرٰىهَا” yang artinya berjalan di darat dengan lafadz “مَجْرٰىهَا” yang artinya berjalan di laut. 
Dalam salah satu kamus bahasa arab dijelaskan bahwa lafadz “مَجْرٰىهَا” berasal dari lafadz “جَرٰى” yang artinya berjalan atau mengalir dan lafadz tersebut dapat dipakai dalam arti berjalan di atas daratan maupun berjalan di atas lautan (air), namun kecenderungan perjalanan di permukaan laut (air) tidak stabil seperti halnya di daratan. Terkadang diterjang ombak kecil dan besar atau terhempas angin, sehingga sangat tepat apabila lafadz “مَجْرٰىهَا” tersebut di-Imalahkan.

Sekarang dah ada 1 group mengaji kawan sekolah. Lepas tu bercadang nak ikuti kelas di wassap dengan seorang Ustazah di Akademi An Najah, insya-Allah. Yang berminat nak join boleh klik gambar kelas di bawah. Moga Allah berikan kefahaman dan kemudahan.

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
4 Jun 2020
Wang Tepus

Kelas Online di Wassap. Klik untuk daftar.