Monday, October 27, 2014

3 Langkah Menukarkan Orang Asing Menjadi Kawan Dan Kawan Menjadi Pelanggan


Sebelum ini saya selalu 'membebel' kepada ejen-ejen saya supaya menggunakan teknik pemasaran berizin kepada bakal-bakal pelanggan. Jenuh karangan surat cinta saya titipkan. Rasa dah boleh buat ebook kalau dikumpulkan (otak bisnes). 

Namun, benarlah bebelan itu sungguh tidak Teknik Nabi. Tiada siapa suka dibebel walaupun diri sendiri suka membebel.

Kali ini saya ajak ejen-ejen bersama-sama buat dan tengok sendiri hasilnya. 

1. Buat ayat tawaran seperti di gambar.
Pastikan ada ayat tawaran dan ayat bertindak. 

Contoh : 

a) Mahukah tuan/cikpuan menjadi ejen cadar cotton ? Tinggalkan no. telefon di ruangan komen.

b) Mahukah tuan/cikpuan belajar membina asas blog ? Whatsapp <blog> ke xxxxxx.

c) Mahukah tuan/cikpuan belanja saya makan? Taipkan Ya di ruangan komen.

2. Sekiranya ada jawapan 'Mahu', masukkan nama-nama yang berminat ke suatu ruang khas, contohnya di group whatsapp, di group FB. Di suatu tempat khas yang membolehkan kita menawarkan info lebih terperinci. 

Tip : Walaupun saudara mara, adik beradik, dapatkan keizinan seperti di atas. Jangan sesekali buat anggapan kawan kita minat bisnes, mesti dia suka group XXX dan terus masukkan tanpa izin. 

3. Terus berikan tawaran lanjut kepada yang berminat. Berikan kebebasan untuk terus tinggal di tempat khas tersebut atau bebas meninggalkannya sekiranya tidak sesuai atau tidak berminat. 

Berikan dan terus memberi. Banjirkan mereka dengan info-info yang berguna berkaitan perkhidmatan, produk. Kongsikan pelbagai tip dan 'trick'. 

Teruskan memberi sehingga mereka banjir dengan informasi dan merayu-rayu mahukan lagi.

Tip : Patah tumbuh hilang berganti. Hilang satu ejen, ulang langkah 1-3 untuk mencari ejen baru. 

3 langkah di atas adalah salah satu strategi pemasaran berizin yang saya gunakan untuk ejen-ejen cadar selepas saya hadiri kursus Business Model Canvas (BMC) anjuran Ainon Business School (ABS).

Indahnya pemasaran berizin, apabila dibuat dengan teknik yang betul, orang asing boleh bertukar menjadi kawan dan kawan menjadi pelanggan.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

0 comments:

Post a Comment