Saturday, June 27, 2020

Chef Ana In The House : Nasi Ayam Original Tanpa Kiub Ayam






Tengah sibuk Chef Ana masak, rupa-rupanya si Nuh ni pun memasak juga :)



RESIPI NASI AYAM ORIGINAL

Bahan untuk nasi:

2 cawan beras
1 inci kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 ulas bawang putih dicincang
3 sudu besar mentega
dan sedikit garam

Bahan untuk ayam dan sup:

500g ayam
2 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos cili
1 sudu kecil minyak bijan
20g lobak jeruk
1 inci halia dihiris panjang
1 ulas bawang putih juga dihiris panjang
dan sedikit garam

Bahan-bahan untuk air lada:

6 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
½ cawan air rebusan ayam
1 sudu kecil minyak bijan
1 sudu kecil cuka
2 sudu kecil gula
dan sedikit garam


Akhirnya jumpa resipi tak perlu guna kiub ayam.


Cubaan ke-2

Nampaknya dah cuba kali ke-2, rasa nasi tak berapa umph. Kena gaul dengan sup baru rasa. Lagipun memang rebus sahaja ayam tu, letak garam, rempah lain tak ada. Jika Nasi Qidra ada tomato, rempah 4 sekawan, daun salam, bawang putih selabu semua. 

Mungkin lepas ni kita letak selabu bawang putih baru ada rasa kot hehe.

Tapi ayamnya sedapla bila gaul macam tu, letak madu sikit pun ngam.

Kali kedua buat lada tak ngam pula. Rasanya kurang cili padi. Tak berapa pedas. Ok lepas ni kita kasi ganda hehehe.

Masak kali ni sampai 2 hari baru habis. 500 gram beras, 500 ml air rebusan sup, 500ml air masak. Masak kali kedua guna nasi basmathi, guna teknik masak Nasi Qidra, memang elok kejadiannya. Masa awal dulu pakai beras biasa, sukat air macam dalam video tak jadi, nasi jelantah. 

Kawan pesan masak nasi berperisa, 2 cawan beras, air tu tak boleh 2 cawan juga (macam dalam video), kena 2 setengah.

Begitulah memasak, nak ingat kena tulis, dah tulis kena berlatih.

Lepas ni nak cuba resipi apa pula ek?

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
27 Jun 2020
Wang Tepus


0 comments:

Post a Comment