Thursday, June 18, 2020

Chef Ana In The House : The Perfect Agar-agar Gula Merah



Agar-agar Santan Gula Merah. Yang ini masa guna 6 cawan air. Yang perfect tak dan ambil gambar, masuk ke mulut semua orang dengan perfectnya. Hehehe.

Kisahnya bermula di sini.

Entah dah berapa peket agar-agar dibeli sejak PKP. Akhirnya, mendapat resipi sempurna agar-agar merah. Sempurna di mata dan tekak sendiri :D

Dah jadi macam eksperimen. Selagi tak dapat output yang memuaskan hati. Nampak sangat masa dulu tak banyak memasak kan, dia jadi ciwi (jakun) semacam.

Jadi, setelah berjaya mendapatkan resipi sempurna, kita tulislah ilmunya di sini, agar lepas ni dah tak buang masa mencuba-cuba.



20 gram agar-agar tali (sentiasa tengok di paket agar-agar, ada 30 gram, 10 gram).
7 cawan air (tak termasuk sukatan santan 200 ml). 

Secara ringkasnya resipinya begini :

Agar-agar tali 1 pek 20 gram (perhatikan agar-agar kita beli, ada jenis 10 gram/20 gram/30 gram)
Air 5 cawan untuk cairkan agar-agar. 2 cawan untuk cairkan gula merah. Jumlah 7 cawan. Saiz cawan rujuk gambar di atas.
Gula merah 1 cawan (manis buah), 1 cawan setengah, just nice di lidah orang kuat makan gula ni. + 2 sudu gula putih.
1 cawan santan segar atau santan kotak 200 ml (saya guna santan kotak sahaja) 
 Garam 1 sudu (mungkin kena cuba kurangkan lepas ni, hari tu ikut sahaja resipi).


Cara semua ada dekat sini.

Oh ya, ada kawan cuba lapisan lemak santan dan agar-agar macam tak naik tinggi. Tengok ada satu video tu, caranya masa akhir sekali sebelum tutup api, guna api kuat dalam 2 minit, sampai buih naik ke atas periuk, tapi janganlah sampai melimpah.

Agar-agar Bunga Telang. Cantik wajahnya, malang sekali rasanya ke laut dalam. Hahaha! Mungkin banyak sangat letak bunga nak bagi warna pekat. Jadi rasa daun. Gula pula tak letak banyak. Santan pun habis. Pendek kata serba tak kena. Pertama kali agar-agar masuk dalam tong bokashi.

Kenapa siap ada gambar cawan dan timbangannya? Awal dulu masa tengok youtube Puan Pavi, beliau guna sukatan cawan. Cawannya lebih kurang cawan di gambar ni lah. Macam cawan ikea tu, tapi yang ini bukan ikealah, acme, beli kedai plastik.

Lepas tu video kedua, beliau tak guna cawan dah plak. Guna sukatan kat paket. Jammed!

Jadi kita ambillah gambar sukatan air dengan cawan tu, supaya para pembaca yang nak mencuba resipi ni dapat anggar cawan yang ada di rumah dengan cawan yang diperkatakan di dalam post ini. Jadi tak perlulah cuba sampai berkali-kali macam Chef Ana ni haaaa.

Guna resipi Puan Pavi, agar-agar jadi jenis kenyal, Boleh pegang dengan tangan tanpa ragu. Anak kecil pegang pun tak hancur. Beliau guna 4 cawan air, 20 gram agar-agar tali. Ok je tekstur begini bagi yang suka.

Tapi tekak ni nak yang lembut sikit, rasa lebih nyaman gitu. Sebelum ni dah cuba 6 cawan, masih kenyal-kenyal. Lepas tu untuk agar-agar bunga telang tu, cuba lah 8 cawan. 

Lepas dah cuba 8 cawan, fuh jadi terlebih lembik pula. Makan tu boleh elok, cuma bila simpan dalam peti ais dia jadi berair. I don't like. Dah la dengan 20 gram ni boleh dapat dalam 3 pinggan kecil. Jadi 3 hari la juga baru boleh habis. Jadi berair dalam peti ais tu tak syok.

Berbekalkan stok agar-agar terakhir, kita cuba 7 cawan pula.

Fuh, akhirnya, the perfect agar-agar Gula Merah :D (di mata dan tekakku). Cuba masuk dekat peti ais, ada la sikitttt sahaja air bertakung. Tak macam yang sebelum ni guna 8 cawan, banjir!

Begitulah kisah Chef Ana dan agar-agarnya. Bismillah, banyakkan berzikir. Bak kata Puan Roza, masakan yang dimasak dengan memperbanyakkan zikir tak akan tersalah resipi, insya-Allah.

Selamat mencuba!

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana 
19 Jun 2020
Wang Tepus


0 comments:

Post a Comment