Monday, July 5, 2021

Qowwiyul Jismi Day 16 : 5 kg

 Alhamdulillah dalam tak diam dah mengharungi suka duka hari ke-16.

I feel good. Antara rutin yang berubah sepanjang 2 minggu ini.

1. Setiap hari Jumaat/Sabtu akan pergi ke merket (orang Jitra panggil pasar beli ikan merket) dan tesko untuk mencari buah, sayur, ayam yang cukup untuk seminggu. Selalunya beli sekadar ayam makan sekali 2, sayur sehari 2. Selebihnya hari-hari kita order saja nasi goreng la, mee bandung la... woho!

Sebab apa? Sebab nak kena pastikan setiap hari makan makanan berkhasiat dan mengurangkan karbo. Protien lebih tak apa. Jadi dah bertekad nak gunakan sepenuhnya air fryer tu untuk masak makanan sihat. Buat sementara ni masak seketul je untuk diri sendiri sebab biasalah tasteless, takut nak boh garam. Setelah sesi coaching kedua, coach sebut garam ok, ambil garam bukit. Banyak vitamin. Yang tak boleh MSG.

Jadi sejak tu berani la letak garam sedikit buat bagi rasa orang kata.

Minggu lepas siap buat sambal jawa cuma tak letak kicap. Tauhu dan tempe goreng guna Air Fryer. Lepas tu baru goreng semua atas kuali. Santan sekotak kecil (Coach kata guna santan segar lagi bagus). Sedap betul rasa dapat makan walaupun fucuk dan suun tak ada. Kicap selalunya yang jadi bahan penyedap rasa pun tak letak. Boleh je pulak kan :P

Iyman pun sibuk nak ikut mamanya diet. Takmau makan pagi. Lepas tu cakap dia takpe ok dia makan tu hanya kurangkan makan macam coklat, kicap dll. Tapi tu la malas nak paksa, nanti kalau mama tak beli semua tu, tak ada lah depa nak makan kan? Macam nugget dll tu penuh fridge konon nak bagi anak tak lapar. Tapi hakikatnya? (sumbat racun dalam badan anak - sebut dalam hati :(  )

2. Senaman 4minit konsisten buat 3x sehari, ada la hari tertinggal tapi ganti balik. Coach kata semua 'cash basis' tak kira kalau dah terlepas, tapi habit ganti balik tu bagus. Antara yang paling seronok sebab tak bazir masa nak bersenam walaupun rindu peluh peluh ketika lepas jogging. Degupan jantung lepas buat 3 set tu rasa laju juga, jadi ala-ala joging la konon. Tak mengkaji lagi sains di balik senaman ni. Tapi follow je la dulu daripada tak ada senaman langsung kan.

Selalu rasa kadang joging paksa diri. Suka tengok view je lebih ambil gambar. Pastu lepas joging rasa berhak makan roti canai, nasi lemak. Mindset tak betul!

3. Paling seronok mestilah berat badan dah turun kan. Setakat hari ini tulis dalam 5 kg alhamdulillah. Tapi seram juga sebab dah rasa selesa, semalam rasa stagnant je berat tu. Biasanya kalau diet 5kg pertama je turun cepat, lepas tu mula give up.

Jadi apa-apapun kepada Allah tempat bergantung. Sebab dok harap cikgu, dok harap kawan bagi semangat, kadang tu rasa tak kuat sebab sandarkan kepada makhluk. Itu yang sekarang cuba belajar ni. Nak khusyuk solat, nak jadi ibu penyayang tak singa singa. Semua kena usaha tu 1, tapi bergantung kepada Allah yang kena paling kuat sebenarnya. La haula wala quwwata illa billah.

Antara rutin yang ditukar selama lebih kurang 2 minggu ini.

a. Amalkan intermittent fasting (18:6) = 18 tutup perut. 6 buka perut. Selalunya buka perut jam 2-8 atau 3-9. Sepatutnya sebelum 7 lagi baik tapi rutin kerja sekarang balik dah maghrib. Jadi bolehlah adjust dulu daripada tak buat apa.

b. No sugar (cake, chocolate milk). Ada Khamis lepas depa buat kek coklat. Aduh depan mata kan. Nak makan ke tak nak makan ke tak. Nak rasa takut hantu gula datang terus rosak. Alhamdulillah akhirnya 3 hari baru kek tu habis dah depa makan dah. So ok dah berjaya tak makan. Nafsu, kau kalah 1-0 :p. Layan craving sebagai ombak yang ada pasang surut dan akhirnya akan pergi (tengok dalam utiub). 

Tambahan lagi, dah layan utiub tentang konspirasi gula, jadi dalam otak tu sedikit ilmu bagaimana gula ni musuh sebenar yang banyak buat badan tak sedar ambil benda terlebih had. Ketagih. Nak hilangkan ketagih tu supaya tahu boleh kawal apabila ambil. Semasa fasa ni tak berani lagi sebab takut tak berjaya kawal diri. Jadi tak ambil langsung adalah terbaik untuk diri sendiri. 

c. No processed food macam pizza dan sebagainya. Mee bihun semua takde. Tapi karbohidrat masih ambil nasi. Mula-mula ambil sesenduk biasa. Kadang-kadang kurangkan. Hari tu siap beli beras merah. Aha tasteless sungguh. Sekali tu je la masak. Ada sekali tu try gantikan kentang sedap betul makan 2-3 biji bakar haha. Sekali tu coach kata kentang tak bagus, baik nasi. Hahahah. Ajaran sesat sungguh.

d. Sayur dan buah setiap hari mesti banyak penuh pinggan. Jadi banyak kenyang makan sayur tu. Ayam pun bakar air fryer je, letak black pepper, garam, bawang putih (sedap tau jadi manis) dan kadang-kadang letak madu juga. Oh telur goreng, separuh masak sedap. Telur bagus. Jadi tak kisah. Memang dari kecik biasa makan nasi + telur + kicap, jadi telur tu kira fevret la. Oh ya dalam 6 jam tu masih makan 2x. Ada la sekali 2 yang makan nasi sekali, lepas tu snacking buah je.

e. No kicap no sos. MSG banyak. Nanti jadi lapar dan craving.

f. Puasa sunat Isnin Khamis. Jadinya sahur hanya minum air sahaja sebab waktu perut dibuka hanya 2-8 atau 3-9. Alhamdulillah setakat ni boleh tahan, awal-awal dulu je ada rasa berat kepala. Lepas tu badan dah boleh bakar lemak-lemak yang ada ini untuk bagi kekal bertenaga. Bak kata coach, enjin lemak berjalan menggantikan enjin gula.

g. Oh ya waktu jika tak puasa, time 18 jam perut tutup tu masih boleh minum air kosong, air lemon kosong, teh kosong dan kopi kosong jika mau. Setakat ni minum air masak dan air lemon kosong je. Coach kata letak garam lagi sedap!

Kita letaklah sebagai kenangan apa yang kita makan selama ni. Sedap sebenarnya. Black pepper paling banyak digunakan haha! Nak kena cari resipi lain plak ni. Cemuih juga orang kata!



Rambang mata nak beli semua

Tempe air fryer. Cendawan sedap!

Akhirnya dapat makan sambal goreng jawa tak ada kicap ok!

Ada orang beri, haih teringin makan. Hmm lepas makan tak kenyang pun! Rugi dapat lemak je huhu

Nasi tadika masak. Layan je la. 

Sedap betul rasa dapat makan telur separuh masak 2 biji + black pepper + secubit garam + kobis bunga. Semua campai air fryer.

Ayam ala kei rogers konon, sedap kalau letak bawang putih manis. Jagung orang bagi sedap betulla hai manisssssssssss!



Ni konon ganti nasi. Salah ajaran. Kentang tak berapa elok. Baik makan nasi kata coach. Ha ha!

Setakat ni makan ayam camni je dah ok.


Petang makan ayam, malam makan telur

Gigih masak sekuali!

Ni awal-awal dulu punya menu

Sedap rupa-rupanya hiris daun kencur ni tabur atas nasi. Tak payah buat pecal iwak lele (ikan keli)

Makan je sebungkus, dah kenyang. Selalu 2 bungkus ok!


Try buat nasi goreng tak boh kicap, tumbuk la ikan bilis, tomato cili padi semua nak bagi rasa. Sedap juga sebenarnya. Selalu malas weh, boh kicap jadi cukup rasa :P

Air masak stanbdy + air lemon. Segar!


Oh ya ini antara video yang memberi inspirasi.



Ni tentang konsep Interminttent Fasting yang sedang cuba dibuat. 

What if I told you that breakfast being the most important meal of the day was wrong.

What if I told you it is more important WHEN you eat that WHAT you eat?


Oleh kerana sekarang dah 5kg turun dan nampak macam dah statik je penurunan tu, kena cari sumber lain untuk meneruskan. Mesej kawan-kawan yang dah berjaya tukar gaya hidup. Dapatkan resipi-resipi.

Jumpa video ni,


1- The new habits you want to create need to be intrinsically enjoyable. Contohnya rutin pergi pasar tu adalah sesuatu yang disukai. Jadikan ia sebagai benda yang bukan terpaksa. Contoh dapat pergi ke pasar segar yang semuanya segar dan (murah) hehe! Rutin senaman cari yang senang dan tak renyah. Coach kata ada yang senama dalam aircond pun boleh, janji bergerak!

2- Cultivate awareness around your thoughts, actions and emotions(buzzword- mindfulness).

3- Develop a growth mindset.

What work,What didn't work,What to do differently to make it work next time. These questions can change your mindset from 'fixed' to 'growth'.

Jadi misi seterusnya adalah bagaimana nak kekal istiqamah menjaga kesihatan. Kena ingat turun berat tu hasilnya jika prosesnya betul. Tapi biasalah kan otak nak benda visual. Nampak.

Akhir kata, kepada Allah tempat bergantung. Moga dipermudahkan proses keluar daripada obesiti dan dapat membantu ramai lagi di luar sana yang masih dalam fasa denial diri obesiti. 

Alhamdulilah. الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ 

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya..."


Nurul Fauzana
Terus berjuang selagi ada umur dipinjamkan oleh Yang Maha Kuasa



0 comments:

Post a Comment