Friday, July 23, 2021

DIY Tempe Di Rumah

 

my first tempe, alhamdulillah

Nak dijadikan cerita, belajar buat tempe ni entah berapa lama dulu Tuan Suami yang sibuk nak belajar. Masa tu Embah Wedok (nenek belah emak dekat Johor) masih sihat, masih boleh bercakap-cakap macam biasa. Rasanya masa tu Iyman pun belum lahir. Adalah 10 tahun lepas agaknya.

Siap tulis kat buku lagi dan makcik bawa pergi rumah pengusaha tempe dekat Kg. Parit Tengah.

Masa tu Tuan Suami la yang minat, saya errr minat makan je la.

Tapi sampai sudah dia tak buat. Lepas tu kalau balik raya je, mesti nenek tanya, dah jadi tempenya Amir? Hahaha.

Sekarang nenek masih ada tapi lama dah sejak covid ni setahun tak boleh balik. Dah tak boleh gerak, duduk dekat bilik sahaja makcik cerita. Dah tua sungguh. Memang 2-3 tahun sebelumnya tak berapa ingat dah, diam je. Tak macam dulu-dulu mulutnya ceriwis. Moga Allah berikan kesihatan yang baik buat nenek dan dipermudahkan urusan makcik dan pakcik menjaga nenek dan atok di kampung.

Eh mukadimah panjang sungguh. Biasalah catatan asal-usul kena ingat. 

Nak dijadikan cerita, sejak sebulan yang lalu dok ulang alik market, asyiklah beli tempe. Sejak mula mengubah gaya hidup supaya keluar daripada fasa obesiti, memang dah tekad nak masak sendiri, takmau dah order nasi goreng kedai siam setiap hari.

Jadi, tempe ni antara makanan yang boleh dimakan dengan penuh kenikmatan. Jadi, setelah berjaya membuatnya hari ini, maka ramai juga yang minta cara nak buat. Cikgu pun dah pesan bila dah pandai ajar orang lain pula.

Jom, kita mula.

Bahan-bahannya :

1. Kacang soya (sebenarnya semua jenis kacang boleh kata cikgu, cuma beza waktu memasak).

2. Ragi tempe

Ok, selalu persoalannya, di mana nak cari ragi tempe?

Jawapannya, taraaa.. di shopippipipi :D

Klik sini shopee orang lain

Saya pun ada kedai shopee tau, tapi tak jual la ragi tempe ni, jual buku dan pernainan sahaja dan eh tiba-tiba baru letak asam jawa, asam keping dan belacan. Asal boleh semua nak jual :p

Oh ya, kalau baru nak belajar, rasanya cukuplah beli 100gram repacking ni. Hari tu tamak, beli sepeket beso ni ha, 500 gram. Macam nak buat tempe selori. Walhal gunanya untuk 250gram kacang dalam 1/4 sudu teh ragi. Sudu teh ok. Jadi bayangkan 500 gram ni bila masa nak habis. Oh mungkin boleh repacking dan jual di shopee kan :p (ka-ching)

Jangan lupa beli kacang soya terus kat kedai tu, jadi tak adalah alasan bahan tak cukup.

SIAPA GURU SAYA?

Baca dari komen-komen dan deskripsi, seller offer untuk ajar. Jadi lepas order, kita terus message dan minta nak belajar terus. Sementara semangat kan.

Seller pun terus bagi no, suruh wassap. Lepas tu terus diforwardkan cara-cara membuatnya. Memang tak kedekut ilmu. Moga dikurniakan banyak kebaikan buat guru ku ini.

LANGKAH-LANGKAHNYA

Bismillah. Mulakan dengan nama Allah. Moga menjadi tempe. Tak jadi pun syukur, proses belajar.

1. Rendam kacang selama 12 jam. Ini bergantung kepada jenis kacang, jika jenis keras dan susah unuk buang kulit boleh rendam lama lagi. Tetapi jangan sehingga air berbuih. Jika tidak spora akan lambat membiak dan buat tempe jadi busuk dan berair (ini olahan semula nota cikgu).

2. Selepas 12 jam, kulit kacang mudah terpisah. Ramas-ramas. Part ni sebenarnya yang leceh. Jadi oleh kerana minggu ni cuti sekolah, kita minta la anak-anak buat. Seorang sebekas, lama-lama habislah. Ni pun buat 250gram je dulu. Takut tak jadi. Kang rugi kan.

Cikgu kata selalu industri ada mesin kupas kulit. Jadi takdelah leceh.

Kenapa perlu kupas kulit? Kuli kacang boleh menyebabkan tempe busuk dan tak tahan lama dan susah nak kering (masa sebelum masukkan ragi nanti).

3. Selepas semua dah dikupas kulit, rebus kacang tu sampai 80% masak. Kira dah lembut tapi masih ada rangup (crunchy). Jika terlebih masak akan sebabkan kacang susah kering.

250 gram ni tak lama mana la, agak-agak dah mendidih air tu, rasa macam masih rangup-rangup. Halal je la. Haha! Nama pun percubaan pertama kan.

4. Dah masa, toskan kacang dan kena pastikan kering betul. Letak depan kipas ke. Macam saya masak waktu malam, lepas tos, letak atas pinggan yang dilapik tisu dapur, tutup dengan penapis besar tu dan biar sahaja atas dapur. Esok pagi baru kita meragi.

Benda boleh biar buat apa kita tunggu? :D

Cikgu kata ini part paling penting, mesti pastikan betul-betul kering. Kalau tengok dalam utiub pun tak semua akan sebut part ni dan tekankan. Apabila tak kering, spora tak tumbuh dan waktu fermentasi kacang jadi busuk.

Cikgu kata biasanya jika dalam 500 gram kacang, untuk betul-betul kering dalam 2 jam. Tekan-tekan dengan tisu untuk cek adakah masih ada air pada kacang.

5. Ini part paling mendebarkan. Meragi.

Sukatan cikgu beri, 500 gram kacang, 1 gram ragi @ setengah sudu TEH. Sudu teh ya.

Jadi oleh kerana buat dalam 250 gram, letak lah ragi 1/4 sudu teh. Memang sikit amat. Lepas tu tabur je atas pinggan yang ada kacang (dah salin pinggan lain, buang dulu tisu dapur tu). Lepas tu gaul-gaul hingga sebati.

Masa ni punya was-was ish cukupkah ragi 1/4 sudu teh tu. 

Cikgu dah pesan, ragi tak boleh banyak, nanti tempe jadi PAHIT, berbau, busuk dan berair. Jadi Bismillah sahajalah.

4. Membalut tempe


Biasalah kita buka pula utiub. Nak membalut boleh guna daun pisang. Skip la video tu tengok tang dia balut je. Biasalah nak hispter kena bentuk pelik sikit. Tempe eksyen katanya. 

Jika guna plastik, kena cucuk-cucuk guna garpu depan belakang. Isi dalam 2/3 penuh. Kalau guna daun tak perlu cucuk.

5. Dah siap balut, simpan dalam tempat yang tak ada orang kacau. Cikgu kata suhu 26-30 darjah celcius. Jika sejuk spora lambat membiak.

Ada tengok dalam utiub orang tu simpan dalam microwave / almari. Jadi saya simpan dalam laci dapur yang jarang anak buka.

Cikgu ada ajar letak selimutkan tempe nak bagi terlindung cahaya. Lepas dah ada putih-putih buka, nanti nampak macam ada wap air. Biarkan putih sepenuhnya dan jangan kena cahaya matahari atau lampu secara terus. Ni ala-ala nak bagi benih bercambah lah, letak tempat gelap.

BERAPA LAMA NAK JADI TEMPE?

Cikgu kata biasanya 2-3 hari, selalunya lepas 24 jam spora dah tumbuh. 

Dalam jam 8 pagi dah siap semua, lepas tu pergi kerja. Balik kerja ingat hari tu 12 jam dah tumbuh, silap tengok nota. Jeling-jeling 1 bekas yang isi dalam kaca (last punya kacang malas nak balut dah). Nampak masih bentuk kacang lagi. Hampa.

So, esoknya lepas pergi merket (pasar pagi) terus ke dapur nak simpan barang. Tengok dah jadi macam ni.

wow gebu kan?

Cikgu kata elok dah ni. Terus gatal tangan buka yang dalam daun pisang.

My first tempe. Alhamdulillah.

Apabila cikgu tulis, boleh makan dah. Terus la gatal pi buka semua tempe. Hehehe.

Terus la potong-potong nak buat Sambal Goreng Jawa kegemaran hatiku.

Tunjuk dekat makcik di kampung, katanya cantik dah ni. Kalau tunggu esok lagi penuh spora tu, lagi elok. Tapi dah terbuka, tiada esok bagimu tempe. Hahaha!

Menu hari ini, sambal goreng jawa tanpa kicap. 

Tadi cari-cari gambar di FB, jumpalah apa yang boleh dibuat dengan tempe ni.

Digoreng dan cicah sambal kicap. Ini sebenarnya kerepek tempe beli siap hehe.



Salad tempe


Oh sambal kicap tu nak buat cara paling mudah.

Sebiji bawang putih, 5 biji cili padi (atau ikut la suka pedas mana)

Tumbuk. Lepas tu letak kicap. Simple.

Selalu dulu letak gula sikit. Tatau kenapa tapi orang ajar letak kita letak la. Tapi tak letak pun tak ada la beza pun.

Tapi sekarang ni tengah berusaha mengubah gaya hidup, kicap dan sos dah lama tak makan secara direct. Tapi tak ada la sampai haramkan kicap. Cuma sebab kicap tu ada MSG dan tak mau badan ketagih. Jadi MSG dan gula tak mau ambil secara sedar sehingga nanti rasa dah boleh kawal. Sekarang ni takut tak boleh kawal, terus elak dulu. Boleh sahaja hidup tanpa gula dan kicap/sos ni. Alhamdulillah, Allah jua yang memudahkan. 

Ok, setelah membaca langkah demi langkah ini, adakah masih mahu buat sendiri atau err beli kat pasar je la hehehehehe.

Moga bermanfaat. Jika dah berjaya, terus sebarkan ilmu kepada orang lain ya.

Selamat mencuba!

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya..."

Nurul Fauzana
Wang Tepus 
13 Zulhijjah 1442 H 






1 comment:

  1. Wow hebat.
    Tercabar Jawa Banting.
    Dulu arwah mak memang buat utk makan dan jual pada jiran2.
    So saya nak teruskan laegasi ni.
    Pn Nurul buat.macam senang je. So Ishould try.
    Thank you for sharing Pn

    ReplyDelete