Thursday, August 21, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1


Alhamdulillah, dengan izin-Nya, pada 14 Ogos 2014 hingga 19 Ogos 2014, saya sekeluarga telah ke Guangzhou untuk memborong sambil melancong. Saya ingin mencatatkan kisah perjalanan tersebut dalam pelbagai sudut pandangan saya sendiri seperti persediaan, tips memborong dan pengalaman. Saya cuba catatkan seringkas mungkin supaya sedikit sebanyak kisah ini dapat memberi gambaran awal kepada yang berhajat ke Ghuangzhou. Impian dan realiti sebenarnya tidak sejauh yang disangka, asalkan kita berusaha ke arahnya.

Dalam 5 hari, antara tempat yang berjaya dilawati adalah :

$ New Asia International Electronic & Digital City (Powerbank, Monopod, Aksesori Telefon)
$ Onelink International Plaza (Cadar Cotton Patchwork, Hiasan Rumah)
$ KidsCity (Pakaian Kanak-kanak)
$ Plaza Borong Permainan (Permainan Kanak-kanak, Kolam Mandi)
$ Beijing Lu (Barangan Berjenama, Kota Lama China)
$ Masjid Saad bin Abi Waqas

Setiap tempat terdapat banyak kedai. Kalau yang dah biasa ke GM Klang atau Kenanga Wholesale, bayangkan di setiap tempat di atas, ibarat 1 GM Klang. 

Oleh kerana blog  www.nurulfauzana.com yang sepatutnya diisi dengan 44 entri setiap hari telah lama ditinggalkan, saya bercadang untuk mengisi Kisah Memborong Di Ghuangzhou secara bersiri. Boleh ya Cikgu Anys Idayu Zakaria ? 

Peluang dah depan mata, platform Akademi Bekerja Di Rumah (ABDR) dah disertai, tinggal rajin tak rajin sahaja. Kadang-kadang kita nampak orang buat macam senang, kita pun nak ikut jejak langkah mereka. Bila dah diberi peluang, kadang-kadang kita yang sia-siakan peluang tu. Mungkin dalam fikiran kita nak yang 'senang' sahaja, bila rasa 'susah', kita cuba cari peluang lain yang 'senang'. 'Kita' dalam tulisan ini adalah saya.

Saya teringat dulu masa tingkatan 3, ada sertai Kem Motivasi PMR. Macam biasa, duduk dalam kumpulan. Semua meluahkan hala tuju selepas PMR. Saya teringin sangat nak masuk Kolej Islam Klang (KIK), sebab masa tu persepsi berjaya adalah dari Sekolah Maahad akan ke KIK. Saya mengadu penat berjalan di dalam kem motivasi tu, jauh dan sakit kaki. Fasilitator berkata lebih kurang begini kepada saya, memang awal-awal rasa penat, lama-lama senang la, kena sabar sikit, sama juga macam belajar nak dapat 9A, nak masuk KIK. Saya pula kata waktu tu, naik bukit tu lain, belajar lain, ni kaki sakit.

Sekarang, setelah hampir 20 tahun, saya faham apa fasilitator tu cuba sampaikan.




Electronic & Digital City, powerbank pelbagai jenis ada di sini



Di Onelink, Iyman dan rambang mata nak mana satu 


KidsCity, tempat baju kanak-kanak


Salah satu kedai di Beijing Lu

Setakat ini dahulu, berjumpa lagi di Kisah Memborong Di Ghuangzhou Siri 2 pula ya.

0 comments:

Post a Comment