Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Saya Tidak Boleh Jadi Seperti Pelakon Maero Attack

Sumber : Google


Semasa di sekolah menengah saya sering kecewa apabila diajak bermain bola tampar kerana tangan saya sering sakit dan saya tiada kemahiran melentikkan tangan ketika menyambut bola ala-ala Chun dalam cerita Maero Attack. 

Walaupun merupakan peminat no. 1 drama bersiri Jepun itu, sekolah rendah saya pada masa tersebut tidak mengajarkan bola tampar sebagai salah satu aktiviti di dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Saya hanya mahir bermain bola jaring, bola baling, lompat jauh, lontar peluru dan sukan balapan. Walaupun hanya sekadar mewakili sekolah, sekurang-kurangnya saya mempunyai kemahiran asas dalam sukan-sukan tersebut berbanding tidak langsung didedahkan secara praktikal kemahiran bola tampar.

Kesannya, saya tidak berupaya melentikkan tangan dan memukul bola tampar
dengan penuh kelembutan ketika cuba-cuba bermain bola tampar semasa di bangku sekolah menengah dan setelah berada di alam pekerjaan. Ini berbeza dengan sukan bola jaring yang saya telah kuasai kemahiran asasnya semasa di darjah 1 lagi. Sehingga menerjah ke alam pekerjaan, saya masih boleh bergiat aktif di dalam sukan bola jaring.

Saya percaya semasa kita kecil, kita lebih mudah untuk diajar dan didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan kemahiran itu akan kekal  sehingga kita meningkat dewasa. Bukannya tidak boleh belajar ketika telah dewasa, namun lebih mudah sekiranya diajar sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebenarnya saya teringat semasa Orientasi Pengusaha Baru Tadika ABS iaitu semasa sesi mencari Unique Selling Point (USP) ke-4 Tadika Kembara Bijak Jitra selain 3 USP utama kesemua Rangkaian Tadika ABS iaitu Kelab Usahawan, Teknik Nabi dan Budaya Melayu Tinggi. Ada tadika yang mencadangkan Seni Kulinari, Smart Hadith, Bakat Terpendam, Menjahit, Keep Fit, Public Speaking, Smart Dhuha, Hafazan, Bijak IT, Agro dan cadangan paling luar biasa, Solat Jenazah. Insaf !

Adakah tuan/puan mempunyai pengalaman ala-ala Maero Attack saya ?

Nota : Kelas Agro macam menarik, boleh minta Puan Faradila Ghazali datang mengajar.

Nurul Fauzana

nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

2 comments:

  1. terima kasih gambar ni. bagi saya idea utk bertanam atas puncak mahligai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menariknya menanam atas puncak mahligai. Saya suka konsep itu.

      Delete