Sunday, July 13, 2014

Segalanya di hujung jari

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google



sumber imej : google

Internet. Sebuah tempat pelayaran yang sangat luas. Di dalamnya, kita boleh belajar tentang pelbagai perkara. Dari ABC ke XYZ. Segalanya di hujung jari. 


Kalau dahulu mungkin kita perlu duduk di hadapan komputer untuk melayari internet tetapi dengan kecanggihan teknologi mobil pada masa kini, kita boleh melayari internet sambil memasak atau sementara menunggu mata lelap.

Saya juga ketika ini sedang menaip dengan hanya menggunakan telefon pintar sambil menonton Jejak Rasul dan memerhatikan anak-anak bermain. Mudah bukan?

Semua perkara akan menjadi mudah jika kita bersedia untuk mempelajarinya. Insya-Allah.

Internet ini ibarat pisau, jika digunakan dengan betul, banyak manfaat melebihi mudarat. Terpulang kepada kita sebagai tangan yang memegang 'pisau'.

Alamak, nampaknya saya terlupa satu perkara. Saya terlupa memperkenalkan diri saya :)

Nama saya Nurul Fauzana binti Kapi. Saya berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Saya mendapat pendidikan formal di Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia) dari 2000 hingga 2003. 

Di dalam blog ini, saya akan berkongsi pelbagai idea yang boleh dibuat di internet. Percaya atau tidak, terlalu banyak perkara boleh dibuat di internet, daripada mengisi masa lapang sehingga ke menjana pendapatan. Saya akan kongsikan semuanya mengikut kaca mata saya, insya-Allah.

Saya doakan pembaca mendapat manfaat daripada tulisan di blog ini ya!

Jumpa lagi di tulisan akan datang, insya-Allah.

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com







1 comment:

  1. Seronok baca blog anda di zaman study dulu & zaman dh ada anak ni pun.Keep on the good work,kui :) Tqvm for the business tips shared here.

    ReplyDelete