- Catatan Harian (2)
- Kisah Bisnes Tadika (3)
- Kisah Borong Di China (12)
- Tip Dunia Perniagaan (9)
- Tip Penggunaan Internet (11)
Saya terasa seperti hilang arah tuju kerana dahulu saya sudah terbiasa dengan kesibukan. Bangun pagi perlu bergegas buat pelbagai perkara kerana saya perlu tiba ke mesin perakam waktu sebelum atau tepat jam 8.00 pagi. Paling menyeronokkan apabila tiba di hadapan mesin perakam waktu, jam menunjukkan tepat jam 8.01 pagi. Tahniah, merah lagi.
Sejak 2015, rutin itu tidak lagi perlu dilalui. Mungkin bagi sesetengah orang, itu adalah perkara yang paling diidam-idamkan.
Namun setelah melaluinya lebih 6 bulan, ianya jadi seperti tidak keruan. Hilang arah tuju.
Kalau beginilah ceritanya, memang ada yang tidak kena. Pasti.
Pagi ini saya terasa seperti mendapat satu idea. Saya perlu memulakan semula rutin kesibukan saya. Sibuk seperti orang tidak cukup masa. Itulah yang membuatkan hati gembira, agakan saya. Berlawan dengan waktu. Buat A di masa sedang buat B. Buat C di masa sedang sibuk buat B. Sebab itulah ada yang suka buat kerja 'part time' ketika sudah ada kerja 'full time' yang menjanjikan gaji tetap setiap bulan. Gaji tetap bukan ratusan ringgit, malah ribuan ringgit.
Pagi ini saya terasa seperti mendapat satu idea. Saya perlu mencari 5 perkara yang menggembirakan diri. Saya perlu berlawan dengan masa.
1. Menulis kembali blog yang sudah bersawang ini dan menyiapkan 44 cerita untuk tamat pengajian di Akademi Bekerja Di Rumah
2. Mengaktifkan semula perkhidmatan membuat blog/fb cover page/rekabentuk poster dan seangkatan dengannya IymanCantik Design
3. Mengemaskini secara gigih web http://www.tadikakb.com dan blog http://www.tadikakembarabijak.blogspot.com/
4. Mengulangkaji ilmu pensyarikatan dan SOP kewangan.
5. Menamatkan siri youtube Ustaz Nouman Ali Khan
Istiqamah, disiplan dan seangkatan waktu dengannya. Itulah kelemahan saya.
Sejak di bangku sekolah, saya suka tidur di kelas, lewat ke sekolah. Muka inilah yang sering ditunggu oleh pengawas asrama. Rahimah, Priscilla dan Masitah mesti ingat muka saya. Sinul Mardeela teman seangkatan 'superman' dengan saya.
Saya boleh buat kerja dengan cepat 'last minute' dan yang tidak 'disuruh-suruh'. Sekiranya disuruh-suruh, saya masih boleh buat walaupun terpaksa. Itulah saya.
Sudah jumpa apa yang menggembirakan diri anda? Sudi kongsikan?
Nota : 33 'post', lagi 11 'post' menuju angka 44
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
tahniah...dah lama tidak menulis... aku pun masih tak pasti apa yang mengembirakan hati aku. tapi sebenarnya sibuk itu BEST..kita akan buat lebih dari kebiasaan. kalau tak sibuk, suruh bancuh kopi pun mungkin ambil masa setengah jam..heheheh
ReplyDeleteBila lagi kita nak minum kopi sama Puan Naulli?
DeleteArtikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. www.efficient2me.com
ReplyDeleteSaya juga turut mengalami perkara yang sama bila berhenti kerja dulu. Walaupun mengambil masa yang agak lama untuk menyesuaikan diri, Alhamdulillah kini saya lebih tenang dengan rutin ibu bekerja di rumah :)
ReplyDelete