Wednesday, July 23, 2014

Peluang menambah pendapatan dengan program 'dropship'

Teks : Nurul FauzanaFoto : Google


APA ITU DROPSHIP
Mungkin anda selalu mendengar perkataan 'dropship' tetapi masih kurang pasti bagaimanakah konsep sebenar dropship dijalankan. Dropship merupakan salah satu cabang perniagaan internet yang sangat mudah dan ringkas.

Dropship bermakna bahawa syarikat menyediakan untuk anda barang-barang untuk dijual semula. Ini termasuk buat penghantaran terus kepada pelanggan anda. 

TANPA MODAL
Bagi yang baru 'berkenalan' dengan dunia perniagaan, pastinya anda mahu perniagaan yang menggunakan modal yang minimum. Drophip membantu anda mempunyai perniagaan tanpa modal atau dengan membayar sedikit yuran, bergantung kepada terma dan syarat sesebuah syarikat. Ramai yang telah berjaya mendapatkan daripada serendah RM5 hingga ke beribu-ribu ringgit setiap bulan dengan program dropship.

KAEDAH DROPSHIP
Dropship hanya memerlukan anda mempromosikan barang tersebut di laman sosial seperti di Facebook dan Whatsapp. Anda juga boleh menggunakan laman-laman pengiklanan seperti di Mudah.my dan Lelong.my. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok atau menyimpan stok. Anda hanya perlu menyalin gambar produk tersebut, membuat pengiklanan. 

Sekiranya terdapat tempahan, anda hanya perlu hubungi pembekal produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda perlu jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar pembekal tersebut dengan harga ejen. Harga ejen adalah bergantung kepada pembekal. Komisen biasanya bermula serendah RM5 sehingga mencecah RM50 hingga ke RM100. Menarik bukan? 




PEMBEKAL YANG MENAWARKAN DROPSHIP
Antara syarikat yang menawarkan dropship adalah seperti :

1. Cadar 100% Cotton Patchwork : http://dropshipcadarcotton.blogspot.com/
2. Barangan Bayi dan Permainan Kanak-kanak  : https://www.facebook.com/lampinmoden

E-mel saya atau tinggalkan alamat web anda di ruangan komen sekiranya anda juga turut menawarkan program dropship.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com



Sunday, July 20, 2014

Dusun durian di alam maya

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google


sumber : google

Pada kebiasaannya, durian akan berbuah sekitar 4-5 tahun selepas ditanam. Dusun durian perlu dijaga bagi memastikan hasilnya dapat dinikmati. Begitu juga dengan konsep blog. Jika baru hari ini mencipta dan menulis blog, usah diharap esoknya blog kita akan terkenal seantero dunia. Setiap hari blog ini perlu ditabur dengan 'baja' agar hasilnya kelak akan membawa keuntungan berlipat ganda.

Melalui Akademi Bekerja Dari Rumah, anda boleh memilih sama ada ingin membeli e-book sahaja atau boleh terus mengikuti kelas online. Terdapat banyak pakej kelas online yang boleh dipilih. Terdapat guru yang akan membimbing dalam setiap kelas. Masa juga amat fleksibel. Bergantung kepada masa anda. 

Semasa di bangku persekolahan, kita akan menyertai kelab kokurikulum seperti Kelab Fotografi, Kelab Usahawan dan banyak lagi. Kita akan duduk dalam satu kelas dan membuat pelbagai projek bersama-sama. Kita akan saling menolong dan memberikan idea bagi projek yang dijalankan. Begitu juga dengan konsep ABDR. Setiap yang mendaftar akan diletakkan di bawah penyeliaan seorang guru online. Kemungkinan anda pernah mempunyai blog sebelum ini, tetapi setelah beberapa 'entry', blog tersebut dibiarkan sepi tanpa cerita. Berada di dalam ABDR, kita ibarat duduk di dalam satu keluarga. Kita akan berasa 'cemburu' sekiranya ada ahli keluarga yang sering mengemas kini blog mereka dengan pelbagai cerita. Kita akan 'berlumba-lumba' untuk menulis cerita. 

Salah seorang ilmuan perniagaan, Puan Ainon Mohd kerap menerangkan apa itu konsep berlumba-lumba. 
"Bersaing adalah : Menang dengan cara mengalahkan dan menjatuhkan orang lain.
Berlumba-lumba adalah : Besama-sama menang dengan jalan saling bantu-membantu."
Saya juga baru sahaja mengikuti kelas ABDR melalui pakej RM300. Pakej ini membolehkan saya menerima :

(Kelas Asas Blog Penulisan dan Kelas Asas Blog Bisnes)

Bonus : 5 eBook
eBook Belajar Asas Blog
eBook Super WAHM Super MOM
eBook Panduan Mula Bisnes Butik
eBook 101 Idea Home Based Bisness
eBook Bisnes Gaya Siti Khadijah

dan Iklan di Soho Directory selama 2 tahun

Untuk lain-lain pakej kelas online yang ditawarkan, boleh lihat di sini.

Setiap peserta akan diberikan 8 soalan ringkas dan seterusnya guru akan membuat analisa apakah topik utama penulisan di blog yang sesuai dengan latar belakang peserta. Saya juga sendiri pada mulanya tidak tahu apakah konsep atau tema utama blog saya. Kadang-kadang kita terasa semua benda kita 'tahu' dan semua benda kita nak 'kongsikan'. Setelah dibuat analisa, guru online mencadangkan saya menulis topik berkaitan domain dan hosting dan beberapa topik sampingan. Di dalam blog ini, saya mulakan dengan tulisan pertama saya iaitu Segalanya di hujung jari. Dengan adanya topik atau tema pilihan, blog akan lebih tersusun dari segi jalan cerita dan info-info di dalamnya. Jadi, setiap hari, otak akan ligat berfikir, apa lagi yang hendak dikongsikan. Mudah-mudahan setiap patah perkataan yang ditaip menjadi ilmu yang bermanfaat.

Ini pula antara buku-buku yang diperolehi dalam pakej. Anda boleh mendapatkan e-book ini sahaja atau boleh sertai pakej kelas online untuk menyertai kelas penulisan dan banyak lagi kelas yang ditawarkan.

RM 50

ulasan buku di sini



RM 25
ulasan buku di sini

RM 50
ulasan buku di sini


Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama. Tidak kira bagaimana kita bermula, yang penting bagaimana kita berakhir.

Jumpa lagi di lain tulisan, insya-Allah.



Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Tambahkan pendapatan melalui Facebook Fan Page

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google

sumber : google

Saban tahun harga barang semakin naik. Pendapatan pula masih di takuk lama.  Adakah anda merasai perkara yang sama ?

Antara tips yang sering diberikan oleh pakar-pakar kewangan adalah :

1. Kurangkan kos
2. Tambahkan pendapatan

Sekiranya diberi 2 pilihan di atas, pilihan yang mana satukah anda akan pilih ? Kurangkan kos atau tambahkan pendapatan ?

Bagi saya, adalah lebih mudah untuk memilih pilihan ke-2, iaitu menambahkan pendapatan berbanding mengurangkan kos. 

Kali ini saya akan kongsikan perkara asas yang anda perlu ada untuk memulakan kedai maya pertama anda.

1. Cipta Fan Page di Facebook
2. Cipta Blog 

Buat dua perkara asas ini dahulu, insya-Allah anda akan nampak peluang-peluang menambah pendapatan. Contoh fan page perniagaan adalah seperti : http://www.fb.com/iyman.my (produk umum, pelbagai produk dalam 1 page) & http://www.fb.com/lampinmoden (produk khusus, mempromosikan lampin moden / cloth diapers).

Mahukah anda membaca E-book Asas Pengurusan Fan Page, 100% percuma ? Tinggalkan e-mel anda di ruangan komen atau hantarkan e-mel kepada saya di nurulfauzana.com[at]gmail.com.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Tuesday, July 15, 2014

5 tips memilih 'domain name'

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google

sumber : google

Anda ingin memulakan perniagaan tetapi masih keliru bagaimana ingin memilih nama untuk laman web ada ? Ikuti 5 tips berikut :

1. Pilih nama yang ringkas dan mudah diingat oleh bakal pelanggan anda. Contohnya ikankeli.com.

2. Elakkan menggunakan simbol dan nombor. Bayangkan anda ingin memberitahu pelanggan melalui telefon alamat laman web seperti "kuih-bangkit-4u.com".

3. Sambungan di hujung domain seperti .com adalah lebih popular berbanding .biz, .info. Sebagai pelanggan, katakan mereka ingin mencari laman web kain pasang, pelanggan kebiasaannya akan menaip "kainpasang.com".

4. Pilih penyedia "domain name" yang bagus dan cepat dalam memberikan sokongan. Faktor murah tidak lagi berguna sekiranya syarikat tersebut tidak memberikan bantuan dengan cepat dan efisyen. Minta pandangan rakan-rakan yang telah mempunyai "domain name".

5. Pastikan anda memilih nama yang bersesuaian untuk jangka masa panjang. Sebagai contoh, laman web seperti amazon.com mempunyai nama umum. Sekiranya anda inginkan jenama yang khusus, pilih nama yang spesifik dan senang dicari oleh pengguna, contohnya lampinmoden.com.

Saya berharap 5 tips ini sedikit sebanyak dapat membantu anda membuat pilihan yang tepat.

Sekiranya masih belum mempunyai bajet, boleh juga gunakan tips-tips di atas semasa memilih nama untuk laman web percuma seperti blogspot. Mulakan dahulu dengan apa yang ada di tangan. Bukan .com atau .my yang menjadi ukuran, apa yang penting kita mulakan satu perjalanan. Perjalanan seribu batu bermula dengan langkah yang pertama!

Berjumpa lagi di lain tulisan, insya-Allah.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
           

Sunday, July 13, 2014

3 sebab mengapa anda perlukan 'web hosting' berbayar

Nama : Nurul Fauzana
Foto : www.zenpipe.com / google




sumber : google

Bagi yang telah membaca tulisan sebelum ini tentang apa itu 'web hosting' dan 'domain name' pasti sedikit sebanyak anda telah mempunyai gambaran tentang adanya 'web hosting' percuma dan berbayar.

Saya senaraikan 3 sebab anda perlukan 'web hosting' berbayar :



1) Tiada risiko kehilangan 'rumah' anda. Suatu masa dulu, syarikat Yahoo menawarkan 'web hosting' percuma iaitu Geocities. Ramai yang telah membuat laman web menggunakan kemudahan tersebut. Suatu hari, Yahoo telah membuat keputusan untuk menutup kemudahan tersebut. Impaknya, semua pengguna akan kehilangan laman web dan perlu membuat semula laman web masing-masing di 'web hosting' yang lain. Masalah ini tidak akan terjadi sekiranya anda menggunakan 'web hosting' berbayar. 

2) Anda boleh mempunyai e-mel peribadi sendiri. Bukan satu, malah banyak akaun. Setelah membeli 'web hosting', anda perlu mempunyai 'domain name'. Contohnya www.nurulfauzana.com. Kemudian, anda boleh mencipta e-mel peribadi ada seperti hai@nurulfauzana.com atau tempahan@nurulfauzana.com. Menarik bukan ? Penjenamaan diri anda di internet kini lebih eksklusif.

3) Kebanyakan 'web hosting' percuma mensyaratkan supaya terdapat iklan yang perlu dipaparkan di laman web anda. Itu adalah salah satu cara syarikat tersebut menjana pendapatan dan dapat terus memberikan tawaran 'web hosting' secara percuma. Anda menjadi duta iklan mereka.

Kini, anda telah nampak gambaran serba sedikit tentang kelebihan 'web hosting' berbayar. Buat masa ini, saya menggunakan perkhidmatan 'web hosting' daripada zenpipe.com. Pakej 'web hosting' yang ditawarkan adalah serendah RM99 setahun. 




Jumpa di tulisan seterusnya, insya-Allah.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com






Analogi mudah apa itu hosting dan domain name

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google

sumber : google

Semua rumah yang dibina memerlukan tanah. Begitu juga dengan tulisan yang anda sedang baca ini memerlukan tanah atau dalam bahasa teknikalnya dipanggil 'web hosting'. Kemudahan 'web hosting' percuma adalah seperti di freehosting.com. Bagi yang berbayar pula, banyak syarikat yang menyediakan kemudahan sewaan 'hosting' contohnya di zenpipe.com.

Di tanah ini, rumah akan dibina. Rumah ini boleh digambarkan sebagai laman web yang terdiri daripada pelbagai media seperti tulisan, gambar, video dan lain-lain.

Katakan rakan-rakan hendak melawat anda sempena Hari Raya yang bakal tiba, pasti mereka memerlukan alamat rumah anda. Di internet, alamat rumah dipanggil 'domain name'. Contoh 'domain name' adalah seperti www.nurulfauzana.blogspot.com atau www.iyman.my. 'Domain name' juga ada kategori percuma dan berbayar. 

Kesimpulannya :

Tanah = 'Web Hosting' 
Rumah = Laman Web/Blog
Alamat rumah = 'Domain name'

'Web hosting' dan 'domain name' percuma vs berbayar. Mahu tahu bezanya? Saya akan kongsikan dalam tulisan seterusnya, insya-Allah.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com









Segalanya di hujung jari

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google



sumber imej : google

Internet. Sebuah tempat pelayaran yang sangat luas. Di dalamnya, kita boleh belajar tentang pelbagai perkara. Dari ABC ke XYZ. Segalanya di hujung jari. 


Kalau dahulu mungkin kita perlu duduk di hadapan komputer untuk melayari internet tetapi dengan kecanggihan teknologi mobil pada masa kini, kita boleh melayari internet sambil memasak atau sementara menunggu mata lelap.

Saya juga ketika ini sedang menaip dengan hanya menggunakan telefon pintar sambil menonton Jejak Rasul dan memerhatikan anak-anak bermain. Mudah bukan?

Semua perkara akan menjadi mudah jika kita bersedia untuk mempelajarinya. Insya-Allah.

Internet ini ibarat pisau, jika digunakan dengan betul, banyak manfaat melebihi mudarat. Terpulang kepada kita sebagai tangan yang memegang 'pisau'.

Alamak, nampaknya saya terlupa satu perkara. Saya terlupa memperkenalkan diri saya :)

Nama saya Nurul Fauzana binti Kapi. Saya berasal dari Batu Pahat, Johor dan kini menetap di Sungai Petani, Kedah. Saya mendapat pendidikan formal di Universiti Malaya dalam bidang Teknologi Maklumat (Multimedia) dari 2000 hingga 2003. 

Di dalam blog ini, saya akan berkongsi pelbagai idea yang boleh dibuat di internet. Percaya atau tidak, terlalu banyak perkara boleh dibuat di internet, daripada mengisi masa lapang sehingga ke menjana pendapatan. Saya akan kongsikan semuanya mengikut kaca mata saya, insya-Allah.

Saya doakan pembaca mendapat manfaat daripada tulisan di blog ini ya!

Jumpa lagi di tulisan akan datang, insya-Allah.

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com







Beranilah bermimpi

Teks : Nurul Fauzana
Foto : Nurul Fauzana




Dalam hidup ini, banyak yang kita rasa kita mahu. Namun, berapa ramai daripada kita yang benar-benar tahu apa yang sebenarnya kita mahu.

# 1. Mahu berhenti kerja makan gaji. 

Kisah ini memang selalu didendangkan. Terutamanya bagi yang dah bekerja lebih 10 tahun dan telah berkeluarga. Rasa letih setiap pagi berlumba-lari mengejar mesin perakam waktu. 8.01 minit. Merah lagi. Balik petang badan dan letih. Nak ajar anak mengaji pun rasa tak larat. Sebelum tidur rasa bersalah sebab marah anak. Kadang-kadang tak sempat rasa bersalah sebab terlalu penat, terus lena dibuai mimpi.

Rasa terperangkap sebab slip gaji belah kanan dah penuh dengan pelbagai cerita.

Beranilah bermimpi. Sebab kita tak tahu sejauh mana mimpi itu boleh bawa ke realiti. Kalau bermimpi yang percuma pun kita masih belum berani, usah didendang kisah #1 itu.



Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com