Sunday, September 6, 2015

Bolehkah Anak Kecil Berkongsi Permainan?

Sumber : Google

Kongsi dan 'share'. Dua perkataan yang selalu disebut-sebut terutamanya apabila anak-anak sedang bermain kemudian berlaku perebutan. Ribut jadinya.

Saya biasa gunakan ayat 'share', asal ada kejadian rebut-merebut sahaja, ayat syarahan yang akan keluar pasti terkandung perkataan 'share'. 

Konsep KONGSI dan GILIRAN. Ada beza rupa-rupanya. Pernah baca tetapi kurang diambil peduli.

" I can share a cookie but I can’t share a toy.  I can take a turn with a toy but typically, I don’t take a turn with a cookie"

Bayangkan bagaimana nak kongsi naik basikal kalau basikal hanya ada satu tempat duduk. Jadi sebenarnya konsep yang sesuai adalah minta giliran.

Teringat semasa Bengkel Teknik Nabi tempoh hari, ada peserta bertanya lebih kurang begini kepada Ketua Jurulatih Teknik Nabi, Puan Nurhidayah Jaafar.

"Puan, di taska anak saya, cikgu pesan suruh saya ajar anak berkongsi. Anak saya tunggal, jadi memang dia tidak biasa berkongsi. Bagaimana caranya?"

Puan Nurhidayah berkata lebih kurang begini,

"Pernah tak tengok anak yang pegang tab, tapi dia seorang sahaja yang pegang, yang lain duduk keliling sahaja tengok beramai-ramai?"

Ramai mengangguk-angguk termasuk saya. Teringat bagaimana si kakak Iyman akan pegang telefon yang sekecil alam untuk tengok cerita di YouTube dan si adik Ali akan duduk diam sahaja di belakang tumpang tengok. 

 “When you are finished, would you please let me know so that I can have a turn?
So you would say to your daughter "When you're done with that, will you give it to Isabella? Great, thanks!"

Permainan tidak boleh dipecahkan, maka kena ambil GILIRAN atau TAKE TURN.

Makanan boleh dikongsikan, maka ayatnya adalah KONGSI atau SHARE.

Ayat yang betul ditambah dengan dorongan gaya Nabi. Saya mesti cuba.

Sumber : 
http://www.drbarbarasorrels.com/sharing/
http://www.ahaparenting.com/ask-the-doctor-1/4-year-old-struggles-with-sharing?A=SearchResult&SearchID=9038757&ObjectID=4334314&ObjectType=35
http://www.popsugar.com/moms/Should-You-Teach-Kids-Share-27333250

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************
Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com