Showing posts with label Kisah Bisnes Tadika. Show all posts
Showing posts with label Kisah Bisnes Tadika. Show all posts

Thursday, October 23, 2014

3 Perkara Di Sebalik Kisah Borong Di China


Sumber foto : Facebook

Kisah borong di China di www.nurulfauzana.com adalah hasil ilmu curahan Tuan Mohd Faiz semasa Kursus Borong China anjuran ABS Prima (Tuan Muhammad Idzwan Othman). Berkawan-kawanlah dengan tuan muda berjiwa besar ini sekiranya ingin memborong dari China atau Vietnam.

Perkara 1 : Berkawan-kawan dengan bisnes yang hampir sama untuk tahu 'trick'.


Fasa huru-hara kami dah hampir berlalu setelah memborong dari China. Dalam masa seminggu cadar habis diborong ejen. Masa senggang dapat ditumpukan dengan kerja-kerja di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra.

Perkara 2 : Fasa huru-hara pasti ada, teruskan berfikir dan teruskan perjalanan.


Bisnes cadar inilah yang menjadi punca modal pembukaan tadika.
Perkara 3 : Cari modal untuk buka bisnes seterusnya.


Saya akan kongsikan lebih lanjut di dalam Kelas Asas Bina Blog dan Kelas Asas 'Online Business' di Tadika ABS Kembara Jitra bulan November ini. Ikuti jadual kelas di http://www.facebook.com/TadikaKB.


Nota : Buat ejen-ejen Iyman.my, nantikan minggu hadapan cadar sampai ke Kg. Seberang.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Tuesday, October 14, 2014

Kenapa Saya Tidak Boleh Jadi Seperti Pelakon Maero Attack

Sumber : Google


Semasa di sekolah menengah saya sering kecewa apabila diajak bermain bola tampar kerana tangan saya sering sakit dan saya tiada kemahiran melentikkan tangan ketika menyambut bola ala-ala Chun dalam cerita Maero Attack. 

Walaupun merupakan peminat no. 1 drama bersiri Jepun itu, sekolah rendah saya pada masa tersebut tidak mengajarkan bola tampar sebagai salah satu aktiviti di dalam mata pelajaran pendidikan jasmani. Saya hanya mahir bermain bola jaring, bola baling, lompat jauh, lontar peluru dan sukan balapan. Walaupun hanya sekadar mewakili sekolah, sekurang-kurangnya saya mempunyai kemahiran asas dalam sukan-sukan tersebut berbanding tidak langsung didedahkan secara praktikal kemahiran bola tampar.

Kesannya, saya tidak berupaya melentikkan tangan dan memukul bola tampar
dengan penuh kelembutan ketika cuba-cuba bermain bola tampar semasa di bangku sekolah menengah dan setelah berada di alam pekerjaan. Ini berbeza dengan sukan bola jaring yang saya telah kuasai kemahiran asasnya semasa di darjah 1 lagi. Sehingga menerjah ke alam pekerjaan, saya masih boleh bergiat aktif di dalam sukan bola jaring.

Saya percaya semasa kita kecil, kita lebih mudah untuk diajar dan didedahkan dengan pelbagai kemahiran dan kemahiran itu akan kekal  sehingga kita meningkat dewasa. Bukannya tidak boleh belajar ketika telah dewasa, namun lebih mudah sekiranya diajar sejak kecil lagi. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sebenarnya saya teringat semasa Orientasi Pengusaha Baru Tadika ABS iaitu semasa sesi mencari Unique Selling Point (USP) ke-4 Tadika Kembara Bijak Jitra selain 3 USP utama kesemua Rangkaian Tadika ABS iaitu Kelab Usahawan, Teknik Nabi dan Budaya Melayu Tinggi. Ada tadika yang mencadangkan Seni Kulinari, Smart Hadith, Bakat Terpendam, Menjahit, Keep Fit, Public Speaking, Smart Dhuha, Hafazan, Bijak IT, Agro dan cadangan paling luar biasa, Solat Jenazah. Insaf !

Adakah tuan/puan mempunyai pengalaman ala-ala Maero Attack saya ?

Nota : Kelas Agro macam menarik, boleh minta Puan Faradila Ghazali datang mengajar.

Nurul Fauzana

nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Dunia Berubah Apabila Saya Menukar Cermin Mata

Saya sangat terkesan membaca tulisan Prof. Kamil. Satu demi satu entri di blog saya baca dan juga buku-bukunya. Prof selalu menekankan supaya kejar saf paling hadapan di masjid semasa berada di Madinah kerana di dalam masih banyak yang kosong. Setiap kali apa sahaja ujian melanda, Prof memberikan formula yang sama, sabar dan solat.

Apabila dijemput ke Madinah awal tahun lalu, sebaik saja tiba di Madinah adalah hampir masuk waktu Subuh. Saya bertekad untuk solat di saf wanita paling hadapan sebagaimana yang Prof selalu tuliskan. Alhamdulillah kami (saya dan anak berusia 2 tahun) dapat menunaikan solat Subuh di saf paling hadapan, betul-betul di balik kayu penghadang saf lelaki dan perempuan.

Apabila pulang ke hotel, ustazah bertanya saya solat di mana kerana beliau tidak nampak. Saya beritahu kami solat di hadapan sekali. Ustazah kata kebiasaannya jika membawa anak kecil tidak dibenarkan masuk ke saf hadapan, ada hadnya. 

Betul rupanya, bila tiba waktu solat zuhor, ada  'guard' yang tahan. Alhamdulillah, syukur kepada Pemberi Rezeki, rezeki buat kami.

Berdasarkan kisah ini, saya membuat kesimpulan sendiri, andainya kita hanya fikirkan yang baik-baik dan indah-indah, insya-Allah semuanya akan baik-baik sahaja. Dunia berubah apabila saya ubah cara melihatnya.

Oleh itu, sejak balik daripada Orientasi Pengusaha Baru tempoh hari, saya telah tukar cermin mata dan nampak 45 tuan muda dan cikpuan muda di Tadika Kembara Bijak Jitra yang tidak sabar-sabar mahu 'mengembara' bersama-sama.

Nota : Ada seorang tuan yang membuat permintaan menghantar cikpuan muda seawal Disember. Hati sudah mula berbunga-bunga.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com