Friday, September 26, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 9

5 Perkara Yang Nampak Kecil Tetapi Penting Sebelum Ke China

 Di Lapangan Terbang China, Menunggu Waktu Pulang

  1. Waktu Solat & Arah Kiblat
    Cari di internet waktu solat bagi memudahkan kita merancang waktu memborong dan solat. Di hotel tiada penunjuk arah kiblat seperti di Malaysia. Pastikan telefon bimbit dilengkapi perisian arah kiblat. Sejadah kecil juga berguna bagi memudahkan kita solat di mana sahaja.

  2. Makanan Ringan
    Kebanyakan restoran halal dibuka hanya sekitar 10.00 pagi. Makanan ringan seperti roti, biskut dan air kotak dapat membantu kita mengalas perut. Mee segera juga berguna terutama ketika berada di Lapangan Terbang China sewaktu perjalanan pulang ke Malaysia.

  3. Card Holder
    Memudahkan kita menyimpan business card. Di dalam business card biasanya tercatat QQ ID peniaga. QQ ini seakan-akan aplikasi Whatsapp. Peniaga China jarang mengguna Whatsapp, sebaliknya mereka menggunakan QQ atau WeChat. 

    Biasanya saya akan buka perisian WeChat dan meminta peniaga memasukkan no. telefon mereka. Urus niaga selepas ini boleh dilakukan melalui WeChat sahaja. Setelah pulang dari China, saya telah membuat tempahan Baju Kanak-kanak Frozen dan Cadar Cotton Patchwork melalui WeChat sahaja.

    Business card juga penting sebagai salah satu cara berkomunikasi dengan pemandu teksi. Sekiranya tiada business card, kita juga boleh meminta petugas di kaunter hotel untuk menuliskan nama tempat yang hendak dituju dalam tulisan cina. Kebiasaannya petugas hotel fasih berbahasa inggeris. Semuanya akan menjadi mudah sahaja bila kita sudah tahu caranya, kan ?
  4. Adaptor Plug dan Power Bank
    Di China, plug pengecasan untuk telefon bimbit adalah berbeza. Bawa dari Malaysia bagi memudahkan kita mengecas sebaik tiba di hotel. Sim kad China boleh dibeli di sekitar hotel. Kami tidak roaming memandangkan kemudahan Whatsapp boleh digunakan untuk berhubung dengan keluarga di Malaysia. Power Bank juga perlu kerana sekiranya kita mengikuti trip, kita akan jarang berada di bilik hotel. Sekiranya tiada tidak mengapa, beli sahaja di Digital City nanti.
  5. Pakaian
    Sebelum pergi, semak cuaca di China. Kebiasaannya hujung tahun adalah musim sejuk dan memerlukan pakaian tebal. Semasa kami pergi pada bulan Ogos, cuaca seakan-akan di Malaysia sahaja. Sekiranya ingin memborong pakaian kanak-kanak contohnya, elakkan pergi pada musim sejuk kerana pada waktu ini kedai-kedai hanya menjual pakaian tebal yang tidak sesuai dipakai di Malaysia.
Alhamdulillah, akhirnya 7 persediaan penting sebelum memborong di Guangzhou telah berjaya disiapkan. Terasa nak ke China sekali lagi. Rindu dengan suasana 'rambang mata' di sana.

Selepas ini, saya akan cuba berkongsi pengalaman semasa memborong pula. Saya cuba pecahkan dalam beberapa entri supaya mudah dibaca.

3 Tip Memborong Di Guangzhou Yang Anda Mungkin Ingin Tahu

1. One Or Many-many ?
2. Rambangnya Mata, Nak Beli Semua
3. Tolong, Banyaknya Barang ! Nak Pos Udara Ke Pos Laut ?

Semoga tulisan ini ada manfaatnya. Doakan saya terus rajin menaip ya !

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Thursday, September 11, 2014

Tip Bisnes 3 : Tukar Rakan Menjadi Pelanggan


Di zaman whatsapp ini, ramai yang menggunakan kesempatan mewujudkan group dan memasukkan pelanggan tanpa izin. Ini seolah-olah anda membuat persembahan di pentas tanpa undangan. Penonton nampak ramai tapi hanya lalu-lalang.


Tawarkan iklan buat yang berminat tentang produk anda untuk dimasukkan dalam whatsapp group. Hanya pelanggan yang menghantar whatsapp kepada anda dahulu akan dimasukkan ke group. Ini ibarat peminat yang sanggup membeli tiket dan datang dari jauh untuk ke konsert atau perlawanan bola. 


Pemasaran berizin, menukarkan orang yang dikenali menjadi rakan dan rakan menjadi pelanggan.


Nurul Fauzana

nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Wednesday, September 10, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 8

Betul Ke Murah ?

sumber : Google

Rata-rata bila dengar jom borong ke China membayangkan harga yang sangat murah. Betul memang murah, kebiasaannya harga adalah separuh harga atau 1/3 harga pasaran.

Contohnya powerbank sekiranya RM120 di Malaysia, harga di China biasanya adalah RMB120 (Formula 120/1.9 = RM63). Ada juga lebih murah, bergantung kepada barang dan kuantiti yang dibeli.

3 Tip Sebelum Memborong Di Guangzhou

1. Dapatkan pelanggan

Mula kumpulkan kawan-kawan yang berminat dengan borong di China di dalam 1 Whatsapp Group contohnya. Tanya pelanggan apa yang diminati dengan bajet harga. Kumpul info-info tersebut dan lakukan kajian barangan apa yang mendapat permintaan tinggi. Di China, Whatsapp Group sangat berguna kerana kita boleh terus ambil tempahan secara 'live' supaya apabila barang sampai, semua telah terjual. Saya pernah terbaca satu tulisan, "Biar barang tak cukup, jangan sampai barang terlebih-lebih sampai terpaksa sorok bawah katil". Ada betulnya kan ?

2. Kajian pasaran

Kaji dahulu harga barang yang hendak diborong contohnya di Kenanga Wholesale, GM Klang, Mudah.my dan Lelong.my. Nota : Fokus, fokus, fokus. Bimbang rambang mata bila tiba di China, akibatnya bawa balik barang lagi yang harganya lebih mahal berbanding jika dibeli di Malaysia.

3. Anggaran bajet

Pastinya setelah perkara 1 & 2 dibuat, terlalu banyak barang hendak dibeli. Senaraikan anggaran dan had setiap barangan supaya anda senang nak membuat pertukaran wang dari RM ke RMB dan juga tidak perlu mengeluarkan duit melalui ATM di China. Pengalaman suami semasa pergi kali pertama, kawan beri pinjam duit (sebab tak aktifkan kad bank) dan pengalaman kami, terpaksa keluar duit di ATM, rasanya dekat 4 kali. 

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 1

Ok bertemu lagi di kisah seterusnya, semoga tulisan ini ada manfaatnya.

Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


Tuesday, September 9, 2014

Tip Bisnes 2 : Jual Kepada Orang Kaya


Pagi tadi saya terbaca posting Puan Ainon Mohd, pengasas Ainon Business School (ABS). Saya suka membaca tip bisnes dari ABS, ringkas, padat dan praktikal.

Saya mengambil contoh perang harga di kalangan peniaga cadar cotton patchwork. Bermula daripada harga RM180 hingga sekarang ada yang menjual dengan harga RM100. Ramai ejen mula rasa tercabar dengan harga-harga yang semakin murah. Ramai pelanggan lari katanya. Murah memang antara faktor pelanggan ramai namun bukan faktor utama. 

Jual barang kepada orang kaya dah berduit kerana matlamat berniaga adalah untuk mendapat keutungan. Apabila banyak untungnya, pasti banyak zakatnya.

Sekiranya kita sebagai ejen dropship dan kita tidak dapat menurunkan harga, cuba kita tawarkan nilai istimewa produk kita. Contohnya mungkin harga kita sedikit tinggi, tetapi cadar kita pelbagai warna dan corak . Kebiasaannya penjual yang menjual dengan harga murah akan hanya tinggal iklan sahaja dan produk mereka cepat kehabisan stok.  

Tawarkan nilai-nilai baik produk kita tanpa perlu memburuk-burukkan produk orang lain. Peniaga beretika tinggi adalah lebih tinggi nilainya di mata pelanggan. Apabila pelanggan mempercayai kita, kitalah orang pertama dicari sekiranya mereka memerlukan sebarang produk. Cari kepercayaan, duit akan datang kemudian, insya-Allah.

Semoga tulisan ini ada manfaatnya.

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


Sunday, September 7, 2014

Tip Bisnes 1 : Margin vs Volume




Sebenarnya banyak lagi cerita nak dikarang berkaitan Kisah Memborong Di Guangzhou. Tarik nafas sebentar, kita selit tip bisnes memandangkan 16 guni cadar cotton patchwork yang diborong semasa di Guangzhou telah selamat tiba.

Jadi sambil-sambil bercerita dengan ejen-ejen cadar di whatsapp group, saya selitkan tip bisnes untuk mereka yang penuh semangat dan gigih berusaha memberi nilai tambah dalam hidup masing-masing. Alang-alang dah ada bahan, saya kongsikan pula dalam blog ini di bawah satu kategori baru, Tip Dunia Perniagaan dengan harapan 'kerja rumah' Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dapat disiapkan dengan kadar segera. 

Buat pembaca yang masih tercari-cari sesuatu untuk melangkah ke alam bisnes, bolehla rujuk tulisan berkaitan Dropship ya!


Bertemu lagi di lain tulisan. 

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com