Showing posts with label Tip Dunia Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Tip Dunia Perniagaan. Show all posts

Wednesday, November 12, 2014

3 Idea Jana Pendapatan Dengan Membuat Poster

Di kala ramai yang dah mula berniaga online, penghasilan poster jualan adalah salah satu peluang buat para graduan IT khususnya yang memang diajar selok-belok menggunakan perisian seperti Adobe Photoshop.

Suatu masa dulu saya pernah lihat perkhidmatan rekaan banner online . Di dalam hati saya terdetik, bagaimana begitu ramai pelanggan sedangkan rekaannya biasa-biasa sahaja. Mungkin di mata saya biasa-biasa sahaja sebab saya biasa lihat yang luar biasa. Tetapi bagi yang langsung tiada masa atau tiada pengalaman melihat hasil rekaan banner online itu luar biasa.

3 Idea Menjana Pendapatan Dengan Membuat Poster 

1. Buka tawaran di FB rekaan poster percuma (hadkan bilangan mengikut kemampuan).
2. Gunakan rekaan poster di langkah 1 sebagai bahan promosi. Tawarkan dengan harga RM10 (hadkan bilangan mengikut kemampuan).
3. Ulang langkah 2 dengan menaikkan harga mengikut kadar yang dirasakan berbaloi dengan masa dan kepakaran yang ada.

Peluang ada di mana-mana, apa yang penting adalah untuk memulakan langkah pertama kerana selagi kita tidak melangkah, selagi itu kita tidak tahu sejauh mana kita mampu pergi.

Nota : Guna PICASA pun boleh.







Nurul Fauzananurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Wednesday, October 29, 2014

3 Idea Jana Pendapatan Dengan Blog

Foto : Blog Amokika

Sejak 2009, saya telah mula menawarkan perkhidmatan buat blog, banner dan banyak lagi. Idea ini tercetus apabila saya lihat ramai yang berminat berniaga online tetapi tidak tahu atau tiada masa membuatnya. Saya juga ada membuat carian dan mendapati ada juga perkhidmatan sebegini ditawarkan dan mendapat sambutan. 

Saya bermula dengan apa yang ada di tangan, iaitu komputer dan internet. Saya mula menawarkan kepada rakan-rakan baik perkhidmatan membuat header, blog, contohnya seperti gambar di atas. Kalau nak tahu satu rahsia, sebenarnya saya bagi percuma header tersebut kepada kawan saya dan minta beliau promosikan perkhidmatan saya tawarkan di blognya. 

Kini setelah lahirnya anak pertama saya pada 2011, saya tiada masa untuk menatap komputer terlalu lama bagi menyiapkan tempahan walaupun masih ada permintaan.

Jadi, timbullah idea ini untuk saya berkongsi bagaimana saya jalankan perkhidmatan dengan apa yang ada di tangan suatu masa dahulu. Saya akan kongsikan secara hands-on, hanya bawa komputer dan 'broadband' sahaja. Sebagai bonus, 5 tip jana pendapatan dengan dropship juga akan saya kongsikan, insya-Allah.


******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Monday, October 27, 2014

3 Langkah Menukarkan Orang Asing Menjadi Kawan Dan Kawan Menjadi Pelanggan


Sebelum ini saya selalu 'membebel' kepada ejen-ejen saya supaya menggunakan teknik pemasaran berizin kepada bakal-bakal pelanggan. Jenuh karangan surat cinta saya titipkan. Rasa dah boleh buat ebook kalau dikumpulkan (otak bisnes). 

Namun, benarlah bebelan itu sungguh tidak Teknik Nabi. Tiada siapa suka dibebel walaupun diri sendiri suka membebel.

Kali ini saya ajak ejen-ejen bersama-sama buat dan tengok sendiri hasilnya. 

1. Buat ayat tawaran seperti di gambar.
Pastikan ada ayat tawaran dan ayat bertindak. 

Contoh : 

a) Mahukah tuan/cikpuan menjadi ejen cadar cotton ? Tinggalkan no. telefon di ruangan komen.

b) Mahukah tuan/cikpuan belajar membina asas blog ? Whatsapp <blog> ke xxxxxx.

c) Mahukah tuan/cikpuan belanja saya makan? Taipkan Ya di ruangan komen.

2. Sekiranya ada jawapan 'Mahu', masukkan nama-nama yang berminat ke suatu ruang khas, contohnya di group whatsapp, di group FB. Di suatu tempat khas yang membolehkan kita menawarkan info lebih terperinci. 

Tip : Walaupun saudara mara, adik beradik, dapatkan keizinan seperti di atas. Jangan sesekali buat anggapan kawan kita minat bisnes, mesti dia suka group XXX dan terus masukkan tanpa izin. 

3. Terus berikan tawaran lanjut kepada yang berminat. Berikan kebebasan untuk terus tinggal di tempat khas tersebut atau bebas meninggalkannya sekiranya tidak sesuai atau tidak berminat. 

Berikan dan terus memberi. Banjirkan mereka dengan info-info yang berguna berkaitan perkhidmatan, produk. Kongsikan pelbagai tip dan 'trick'. 

Teruskan memberi sehingga mereka banjir dengan informasi dan merayu-rayu mahukan lagi.

Tip : Patah tumbuh hilang berganti. Hilang satu ejen, ulang langkah 1-3 untuk mencari ejen baru. 

3 langkah di atas adalah salah satu strategi pemasaran berizin yang saya gunakan untuk ejen-ejen cadar selepas saya hadiri kursus Business Model Canvas (BMC) anjuran Ainon Business School (ABS).

Indahnya pemasaran berizin, apabila dibuat dengan teknik yang betul, orang asing boleh bertukar menjadi kawan dan kawan menjadi pelanggan.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Thursday, October 23, 2014

3 Perkara Di Sebalik Kisah Borong Di China


Sumber foto : Facebook

Kisah borong di China di www.nurulfauzana.com adalah hasil ilmu curahan Tuan Mohd Faiz semasa Kursus Borong China anjuran ABS Prima (Tuan Muhammad Idzwan Othman). Berkawan-kawanlah dengan tuan muda berjiwa besar ini sekiranya ingin memborong dari China atau Vietnam.

Perkara 1 : Berkawan-kawan dengan bisnes yang hampir sama untuk tahu 'trick'.


Fasa huru-hara kami dah hampir berlalu setelah memborong dari China. Dalam masa seminggu cadar habis diborong ejen. Masa senggang dapat ditumpukan dengan kerja-kerja di Tadika ABS Kembara Bijak Jitra.

Perkara 2 : Fasa huru-hara pasti ada, teruskan berfikir dan teruskan perjalanan.


Bisnes cadar inilah yang menjadi punca modal pembukaan tadika.
Perkara 3 : Cari modal untuk buka bisnes seterusnya.


Saya akan kongsikan lebih lanjut di dalam Kelas Asas Bina Blog dan Kelas Asas 'Online Business' di Tadika ABS Kembara Jitra bulan November ini. Ikuti jadual kelas di http://www.facebook.com/TadikaKB.


Nota : Buat ejen-ejen Iyman.my, nantikan minggu hadapan cadar sampai ke Kg. Seberang.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Thursday, October 2, 2014

5 Langkah Mudah Bisnes Dropship Yang Anda Mungkin Ingin Tahu

Teks : Nurul Fauzana
Gambar : Nurul Fauzana

Contoh Poster Dengan Skrip Menarik Perhatian Pelanggan

1. Dapatkan syarat-syarat dropship daripada pembekal. Ada yang mengenakan yuran, ada yang meletakkan minimum pembelian untuk pertama kali, ada yang percuma. 

2. Dapatkan katalog, harga ejen dan harga jual. 

3. Dapatkan info cara pengeposan bagi Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Labuan. Semak sama ada harga ejen adalah termasuk harga pos atau perlu ditanggung pembeli. 

4. Mulakan perancangan dengan membuat poster informasi. 

5. Kongsikan poster informasi di FB Pages, Blog, Whatsapp. Hanya letakkan poster 1-2 poster informasi dengan copywriting menarik. Tawarkan info lanjut bagi yang berminat secara PM atau whatsapp. Ini dapat mengelakkan FB Peribadi anda kelihatan berserabut dengan pelbagai iklan. Lakukan dengan Pemasaran Berizin. Cara pemasaran yang murah dan berkesan bagi yang baru hendak memulakan perniagaan.


Contoh Poster Informasi

Ingin belajar bisnes dropship atau membina blog tetapi tidak tahu ingin mulakan di mana ? E-mel atau whatsapp 'BLOG' ke 0177784681 dan saya akan tunjukkan caranya.

Salam hormat,

Nurul Fauzana

nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com



Thursday, September 11, 2014

Tip Bisnes 3 : Tukar Rakan Menjadi Pelanggan


Di zaman whatsapp ini, ramai yang menggunakan kesempatan mewujudkan group dan memasukkan pelanggan tanpa izin. Ini seolah-olah anda membuat persembahan di pentas tanpa undangan. Penonton nampak ramai tapi hanya lalu-lalang.


Tawarkan iklan buat yang berminat tentang produk anda untuk dimasukkan dalam whatsapp group. Hanya pelanggan yang menghantar whatsapp kepada anda dahulu akan dimasukkan ke group. Ini ibarat peminat yang sanggup membeli tiket dan datang dari jauh untuk ke konsert atau perlawanan bola. 


Pemasaran berizin, menukarkan orang yang dikenali menjadi rakan dan rakan menjadi pelanggan.


Nurul Fauzana

nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Tuesday, September 9, 2014

Tip Bisnes 2 : Jual Kepada Orang Kaya


Pagi tadi saya terbaca posting Puan Ainon Mohd, pengasas Ainon Business School (ABS). Saya suka membaca tip bisnes dari ABS, ringkas, padat dan praktikal.

Saya mengambil contoh perang harga di kalangan peniaga cadar cotton patchwork. Bermula daripada harga RM180 hingga sekarang ada yang menjual dengan harga RM100. Ramai ejen mula rasa tercabar dengan harga-harga yang semakin murah. Ramai pelanggan lari katanya. Murah memang antara faktor pelanggan ramai namun bukan faktor utama. 

Jual barang kepada orang kaya dah berduit kerana matlamat berniaga adalah untuk mendapat keutungan. Apabila banyak untungnya, pasti banyak zakatnya.

Sekiranya kita sebagai ejen dropship dan kita tidak dapat menurunkan harga, cuba kita tawarkan nilai istimewa produk kita. Contohnya mungkin harga kita sedikit tinggi, tetapi cadar kita pelbagai warna dan corak . Kebiasaannya penjual yang menjual dengan harga murah akan hanya tinggal iklan sahaja dan produk mereka cepat kehabisan stok.  

Tawarkan nilai-nilai baik produk kita tanpa perlu memburuk-burukkan produk orang lain. Peniaga beretika tinggi adalah lebih tinggi nilainya di mata pelanggan. Apabila pelanggan mempercayai kita, kitalah orang pertama dicari sekiranya mereka memerlukan sebarang produk. Cari kepercayaan, duit akan datang kemudian, insya-Allah.

Semoga tulisan ini ada manfaatnya.

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


Sunday, September 7, 2014

Tip Bisnes 1 : Margin vs Volume




Sebenarnya banyak lagi cerita nak dikarang berkaitan Kisah Memborong Di Guangzhou. Tarik nafas sebentar, kita selit tip bisnes memandangkan 16 guni cadar cotton patchwork yang diborong semasa di Guangzhou telah selamat tiba.

Jadi sambil-sambil bercerita dengan ejen-ejen cadar di whatsapp group, saya selitkan tip bisnes untuk mereka yang penuh semangat dan gigih berusaha memberi nilai tambah dalam hidup masing-masing. Alang-alang dah ada bahan, saya kongsikan pula dalam blog ini di bawah satu kategori baru, Tip Dunia Perniagaan dengan harapan 'kerja rumah' Akademi Bekerja Dari Rumah (ABDR) dapat disiapkan dengan kadar segera. 

Buat pembaca yang masih tercari-cari sesuatu untuk melangkah ke alam bisnes, bolehla rujuk tulisan berkaitan Dropship ya!


Bertemu lagi di lain tulisan. 

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com




Wednesday, July 23, 2014

Peluang menambah pendapatan dengan program 'dropship'

Teks : Nurul FauzanaFoto : Google


APA ITU DROPSHIP
Mungkin anda selalu mendengar perkataan 'dropship' tetapi masih kurang pasti bagaimanakah konsep sebenar dropship dijalankan. Dropship merupakan salah satu cabang perniagaan internet yang sangat mudah dan ringkas.

Dropship bermakna bahawa syarikat menyediakan untuk anda barang-barang untuk dijual semula. Ini termasuk buat penghantaran terus kepada pelanggan anda. 

TANPA MODAL
Bagi yang baru 'berkenalan' dengan dunia perniagaan, pastinya anda mahu perniagaan yang menggunakan modal yang minimum. Drophip membantu anda mempunyai perniagaan tanpa modal atau dengan membayar sedikit yuran, bergantung kepada terma dan syarat sesebuah syarikat. Ramai yang telah berjaya mendapatkan daripada serendah RM5 hingga ke beribu-ribu ringgit setiap bulan dengan program dropship.

KAEDAH DROPSHIP
Dropship hanya memerlukan anda mempromosikan barang tersebut di laman sosial seperti di Facebook dan Whatsapp. Anda juga boleh menggunakan laman-laman pengiklanan seperti di Mudah.my dan Lelong.my. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok atau menyimpan stok. Anda hanya perlu menyalin gambar produk tersebut, membuat pengiklanan. 

Sekiranya terdapat tempahan, anda hanya perlu hubungi pembekal produk tersebut dan pembekal itu sendiri yang akan menghantarkan untuk anda. Sebut pula pasal harga, anda perlu jual produk tersebut dengan harga pasaran dan anda bayar pembekal tersebut dengan harga ejen. Harga ejen adalah bergantung kepada pembekal. Komisen biasanya bermula serendah RM5 sehingga mencecah RM50 hingga ke RM100. Menarik bukan? 




PEMBEKAL YANG MENAWARKAN DROPSHIP
Antara syarikat yang menawarkan dropship adalah seperti :

1. Cadar 100% Cotton Patchwork : http://dropshipcadarcotton.blogspot.com/
2. Barangan Bayi dan Permainan Kanak-kanak  : https://www.facebook.com/lampinmoden

E-mel saya atau tinggalkan alamat web anda di ruangan komen sekiranya anda juga turut menawarkan program dropship.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com