Showing posts with label MyDIYProject. Show all posts
Showing posts with label MyDIYProject. Show all posts

Monday, September 14, 2020

Buat Sendiri Tiang Gol Futsal Guna Batang Paip PVC

 


Padang bola sudah siap. Tiang gol masih guna selipar. Ini tidak boleh jadi.

Ada yang janji nak buatkan guna besi, tapi tunggulah dia free.

Aduh, perasaan menunggu hari demi hari tanpa dapat berbuat apa-apa sangat menyeksa jiwa.

Maka, berbekalkan semangat waja dan hasil gugel, plan asal adalah untuk mendapatkan :

Untuk 2 tiang gol :

8 18-inch pieces of 3/4-inch PVC pipe
4 30-inch pieces of 3/4-inch PVC pipe
12x PVC elbow joints
netting

Sekali tu sampai kedai hardware, katanya kena potong sendiri ma! Jenuh la kira. 

Tambah punya tambah, perlu 264 inci panjang. 1 batang pvc tu tak sampai ukuran tu jadi kedai cadangkan beli 1 batang setengah. So bawa balik 3 batang yang panjang juga la, dari bonet sampai kena keluar ikut cermin seat penumpang depan!

Oh 3/4 inch tu saiz pvc tu la. Bagitau orang kedai tu dia pun akan carikan. 

1 batang paip tu harga RM9. Jadi 1 batang setengah dalam RM13.50. Elbow join tu dalam 70-80 sen agaknya. Lupa pula minta resit. Kira semua tak sampai RM25 pun.

Balik ke Akademi Kembara Bijak, terus potong agak-agak. Nampak sangat tak Engineer dan tak Arkitek. Haha. Sekali tu agak punya agak, tak cukup dalam sebatang kecil. 

                        
Peneman setia ❤️

Apa lagi, shoot balik ke kedai, tambah lagi setengah batang.

Akhirnya, siaplah 2 set tiang gol futsal.



Siaplah 2 tiang gol yang didambakan, chewah!


Model Tiang Gol

Lepas tu balik rumah, minta ehsan pukat ikan yang ada kat rumah. Lilit lah pakai tali, jadilah tiang gol dengan net. Setiap sambungan pvc tu patut pakai gam, tapi malas nak ke kedai semula, lekat guna clear tape yang hari tu beli konon nak pelekat paip bocor. 



Begitulah kisahnya. 

Semoga petang ini anak-anak Akademi Kembara Bijak dapat bermain bola dengan gembira :D

Nurul Fauzana
15 September 2020
Tg Paug Jitra

Thursday, November 21, 2019

Sabun Basuh Pulak Dah!


Nampak macam cheese tak? Haha!

Sebelum ni pernah cerita tentang sabun Melt & Pour, kali ni kita cerita tentang sabun yang dihasilkan melalui teknik cold process.

Sabun yang dihasilkan melalui cold process ni kalau ikutkan mudah sahaja. Bahan pun ada 3 iaitu minyak, lye dan air. 

Apabila guna minyak masak terpakai, sabun ni cepat jadi 'trace' dan terus masuk dalam acuan. Yang jadi lambat adalah kena tunggu dalam sebulan sebelum boleh digunakan. 

Ha lamanya!

Sebab apa?

Sebab nak tunggu lye hilang. Lye ni sejenis bahan kimia yang tukarkan minyak dan air menjadi sabun. Jadi selepas sebulan, lye tu akan hilang, yang ada hanyalah sabun! Proses ni dipanggil sapofinikasi.

Percaya atau tidak, dulu siapa yang ambil aliran sains, dalam subjek kimia ada proses buat sabun ni masa tingkatan 4 atau 5. Cuma mungkin dulu tak ada letak pewangi, pewarna, bunga-bungaan jadi plain je. Kau pun buat tak kisah, sabun je kot? Haha!

Jadi, apa yang nak sibuk sangat dengan sabun ni sebenarnya?

Buat mak mak yang memasak di dapur, pasti ada minyak masak terpakai. Selalu lepas dah penuh bekas, buang dekat mana minyak tu?

Buang minyak masak ke tanah boleh menyebabkan minyak ni kembali semula ke sungai/laut dan menjadikan air tercemar. Tak kesian ke dekat anak-anak kita nanti, mewarisi alam yang tercemar :(

Dulu pernah juga bijak sangat buang kat longkang. Sudahnya jenuh nak curah air haha! 

Bagaimana kalau minyak masak terpakai tu kita boleh tukarkan jadi sabun? Sabun ni pula jenis yang tak rosakkan kulit tangan, eczema friendly gitu. Sabun ni bukan sahaja boleh jadikan sabun basuh pinggan je, malah boleh buat sental baju berdaki, buat basuh lantai dan basuh baju!

Ha, dapat bayangkan berapa banyak dah jimat setiap bulan apabila tak perlu berpusu-pusu ke pasar raya membeli pelbagai jenis sabun. Tersenyumlah si suami apabila dapat isteri pandai berjimat. Untung-untung dapat emas sekilo dua 😁😁😁

Cuma itulah, kena belajar buat sendiri. Kalau beli daripada orang, akan jadi mahal baliklah. 

Sejak belajar buat sabun yang hot process dan cold process, memang ketagihlah. Seronok eksperimen macam-macam. Campur bunga telang lah, campur minyak kelapa sikitlah, buat bentuk itulah, inilah.

Berbalik kepada jenis sabun buku tadi, cara buatnya adalah cold process. Maka bulan lepas dah buat 2 batch, jadi lepas sebulan berlalu, sabun dan keras dan bolehlah mula guna. 

Apabila kau ada sabun buku sebanyak 2 bekas besar baulu, maka kau pun jadi orang kaya yang suka bersedekah 😂😂😂

Nak dijadikan cerita, dapat resipi sabun basuh baju guna sabun buku yang disagat (bukan memasak je tau ada resipi :p)

Maka, dengan pantas pi kedai plastik cara penyagat.

Lepas tu baru tau sagat sabun tu memenatkan haha! Jadi sagatlah besar-besar. Jadilah macam gambar pertama tu, macam cheese nak tabur atas pisang 😂😂😂


Yang atas ni dah potong kecil-kecil, nak hadiahkan dekat kawan ABS minggu depan. Insya-Allah nak ke KL kursus sampai kurus 🤭🤭🤭

Yang cantik ni nak jual, seketul lima ringgit. 

Nampaknya kena cari masa lagi supaya boleh buat sabun ni. Kali ni nak boh beetroot powder, bagi merah sikit. 

Hari tu letak air bunga telang, tapi sebab sikit sangat, memang tak ada perubahanlah pada warna. 

Semoga lebih ramai yang berminat belajar buat sabun sendiri. Kulit sihat, alam selamat dan poket jimat 😁😁😁


Friday, November 1, 2019

Cair Dan Tuang


Sebelum ni dah berangan nak tulis pasal current hobby, soap making. Tapi itulah janji tinggal janji. Kena alih icon Blogger ni ke depan supaya tak lupa (mengaku je la dah tua 🤭)

Ok yang 3 ketul ni namanya Melt & Pour soap. Atau bahasa mudah, cairkan, letak pewarna dan pewangi jika mahu, kemudian tuang dalam acuan. Siap!

Dalam pembuatan sabun ni, secara umumnya ada 3 cara,

1. Melt & Pour
2. Cold Process
3. Hot Process

Cara pertama memang paling mudah, sesuai dengan anak seawal umur ke tadika, 4 tahun. Cuma tak bolehlah biar anak tu buat sendiri hokey!

Boleh bagi task mudah seperti potong soap base, letak pewarna dan pewangi, kacau dan letak dalam acuan. 

Part nak cairkan tu yang paling mudah guna microwave, seminit dua dah cair. Atau yang paling seronok guna konsep double boil. Seronok sebab dapat tengok daripada ketulan jadi cecair. Haa kan dah konsep fizik tu, pepejal menjadi cecair. Hehehe.

Yang panas memanas ni kena la tolong anak. Gituuu. 

Soap base? Apa tu?

Masuk Shopee, taip soap base, keluarlah ia. 

Cuma itulah, setelah bertemu lutut dengan ramai pengajar, ada banyak jenis soap base. Ada yang konfiden kata soap base dia halal (tapi minta senarai bahan, diam sampai sudah), ada yang kata beli dekat founder dia yang itu ini, trusted. Ada yang pesan jangan beli yang murah sangat!

Apa yang penting, cuba chat dengan seller, minta ingredient penuh soap base tu. Ada jenis yang free sls tapi ada sles. Ada yang masih ada sls dan sles. Ada yang ramuan kimia pelik sampai kena gugel. Hehe.

Melalui pengalaman sendiri, buat kajian sikit, lepas tu beli dulu 1 yang diyakini bahan-bahannya, kemudian cuba buat dan pakai. 

Kemudian, upgrade ilmu dengan hadir kursus bersama para guru yang dah biasa buat sabun. 

Ada yang buat konsep sharing, yuran serendah RM30. Malah ada yang sehingga mencecah 1 ribu untuk 4 resipi. Ini guna melt & pour tau, bukan proses 2&3 yang kat atas tu.

Dari situ, kita boleh tambah baik ilmu dan kemudian dapat pilih soap base terbaik sebelum mula dijual kepada orang lain. Kalau bertuah, para guru tu akan kongsi terus nama pembekal soap base yang bagus 🤭🤭🤭

Nampak kan, walaupun benda mudah macam masak maggi 2 minit ni pun boleh jadi kompleks. That's the beauty of it!

Tu belum lagi nak nyatakan perasaan bila pakai sabun yang dibuat oleh jejari gemuk sendiri, yang selalu typo kalau taip laju. 

The feeling is real, lol 😂😂😂 

Untuk proses membuat sabun cara 2&3, fuh, mencabar nak tulis. Mungkin kena buat video atau lukis? 😆😆😆

Sampai bertemu lagi. Ini sabun yang baru buat semalam, sementara Nuh Luqman lena. 

Dari atas, bauan Lemon, Sweet Lime Kafe dan Ylang Ylang (Kenanga). Kali ni cuba campur warna, menjadi juga buat warna biru muda nak ke turqoise, yay! (eh tengok sekali lagi, tang mana turqoisenya, biru je haha!). Ini semua salah kamera.

Ala kulli hal, alhamdulillah. Allah berikan nikmat masa dan ilham. Semuanya kembali kepada Dia yang satu. 

"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."

Nurul Fauzana
Kampung Tok Yom, Wang Tepus
5.24 pagi