Daurah Tafsir al-Quran Pondok Darul Uloom Jertih Maulana Abdul Hadi bin Ya'kob.
Ini nota penaip melalui Kuliah Daurah Tafsir di Telegram 2022. Tujuan utama untuk mengekalkan momentum dan istiqamah. Semoga penulis sendiri mendapat kefahaman dan bermanfaat kepada sesiapa jua yang membacanya.
Maulana sebut, sesiapa sahaja boleh belajar. Tak perlu ada latar belakang. Yang penting, berkehendak. Al-Quran ini mukjizat. Sesiapa sahaja boleh belajar. Allah akan mudahkan. Apa yang penting, jangan sombong semasa belajar. Semoga Allah berikan keberkatan dan rahmat-Nya.
16 Istilah Tafsir. Setiap surah di dalam al-Quran mesti mempunya sekurang-kurangnya 1 Istilah Tafsir ini iaitu istilah 1 - Dakwa (Tema). Surah al-Baqarah mengandungi semua 16 istilah ini.
1. Dakwa (Tema)
2. Dalil
3. Takhwif Ukhrawi (Ancaman)
4. Takhwif Duniawi
5. Tabsyir Ukhrawi (Khabar Gembira)
6. Tabsyir Duniawi
7. Syikayah (Rungutan) / Tasjil (Laporan Allah tentang kaum yang degil)
8. Zajrun (Teguran)
9. Tasliyah (Pujukan)
10. Umur Muslihah
11. Umur Muazhimah
12. Idmaj (Jumlah Mahzufah)
13. Idkhal Ilahi (Pencelahan Ilahi)
14. I'adat (Pengulangan)
15. Khatmul Qalbi (Kunci Hati)
16. Rabtul Qalbi (Teguh Hati)
Nota : Ini adalah tulisan nota penulis semasa mempelajar Kelas Daurah Melalui Rakaman Telegram 2022. Kelas diadakan secara fizikal setiap tahun secara percuma Syaaban hingga Ramadan di Pondok Darul Uloom Jertih oleh Maulana Haji Abdul Hadi bin Hj Ya'akub.
0 comments:
Post a Comment