Sunday, January 24, 2016

Nanti You Dapat Pahala


Semalam semasa hendak keluar tempat letak kereta di Pantai Batu Feringgi, ada seorang pemuda berbangsa Cina menegur kami untuk menukarkan duit RM50. Mahu bayar parking katanya.
Saya membuka beg duit, duit pecah pun tak ada, duit seringgit-seringgit adalah. Saya pun hulur 5 ringgit kepada pemuda tersebut.
"Nah ambil je, hadiah", kata saya.
"Eh mana boleh, nanti you dapat pahala", kata beliau agak berat hati menerima.
"Takpelah I dapat pahala", kata saya bersungguh-sungguh memberi setelah terinspirasi membaca cerita-cerita ‪#‎TamakPahala‬ ‪#‎Kindness‬ dan banyak lagi di FB. Peluang ada depan mata, walaupun jelas beliau seorang berduit tapi apa salahnya membantu beliau bayarkan parking.
"Tunggu, tunggu, I bagi you something."
Beliau kembali dan menghulur sebungkus coklat.
"Ini coklat sihat, ada halal boleh makan", jelas beliau prihatin dengan kami yang beragama Islam. Kagum sungguh. Berebut la budak 2 orang dalam kereta tu.
Sambil hendak menutup pintu kereta, beliau pun bertanya kami dari mana.
"Kedah. You dari mana?"
"Kedah juga", jawab beliau.
"Alor Setar ke?", saya meneka.
"Jitra".
"Eh kami pun Jitra"
Sok sek sok sek rupanya keluarga beliau tinggal berhampiran sahaja.
"La jauh-jauh belakang taman, jumpa di Penang".
"Nanti datang la Chinese New Year makan kuih. Mak I jahit baju kurung, selalu kawan dengan orang Melayu. Entah-entah kenal"
"Ok takpe nanti mesejlah nombor rumah, boleh tempah baju kurung", jawab saya sambil menghulurkan kad Tadika ABS Jitra.
Pandang kanan pandang kiri. Terima kasih buat mereka yang selalu berkongsi inspirasi di FB, di Vocket. Teruskan berkongsi supaya lebih banyak dapat membawakan kebaikan.

Nota kaki : Penutup tugasan entry ke-44 Akademi Bekerja Di Rumah

Sunday, September 6, 2015

Bolehkah Anak Kecil Berkongsi Permainan?

Sumber : Google

Kongsi dan 'share'. Dua perkataan yang selalu disebut-sebut terutamanya apabila anak-anak sedang bermain kemudian berlaku perebutan. Ribut jadinya.

Saya biasa gunakan ayat 'share', asal ada kejadian rebut-merebut sahaja, ayat syarahan yang akan keluar pasti terkandung perkataan 'share'. 

Konsep KONGSI dan GILIRAN. Ada beza rupa-rupanya. Pernah baca tetapi kurang diambil peduli.

" I can share a cookie but I can’t share a toy.  I can take a turn with a toy but typically, I don’t take a turn with a cookie"

Bayangkan bagaimana nak kongsi naik basikal kalau basikal hanya ada satu tempat duduk. Jadi sebenarnya konsep yang sesuai adalah minta giliran.

Teringat semasa Bengkel Teknik Nabi tempoh hari, ada peserta bertanya lebih kurang begini kepada Ketua Jurulatih Teknik Nabi, Puan Nurhidayah Jaafar.

"Puan, di taska anak saya, cikgu pesan suruh saya ajar anak berkongsi. Anak saya tunggal, jadi memang dia tidak biasa berkongsi. Bagaimana caranya?"

Puan Nurhidayah berkata lebih kurang begini,

"Pernah tak tengok anak yang pegang tab, tapi dia seorang sahaja yang pegang, yang lain duduk keliling sahaja tengok beramai-ramai?"

Ramai mengangguk-angguk termasuk saya. Teringat bagaimana si kakak Iyman akan pegang telefon yang sekecil alam untuk tengok cerita di YouTube dan si adik Ali akan duduk diam sahaja di belakang tumpang tengok. 

 “When you are finished, would you please let me know so that I can have a turn?
”So you would say to your daughter "When you're done with that, will you give it to Isabella? Great, thanks!"

Permainan tidak boleh dipecahkan, maka kena ambil GILIRAN atau TAKE TURN.

Makanan boleh dikongsikan, maka ayatnya adalah KONGSI atau SHARE.

Ayat yang betul ditambah dengan dorongan gaya Nabi. Saya mesti cuba.

Sumber : 
http://www.drbarbarasorrels.com/sharing/
http://www.ahaparenting.com/ask-the-doctor-1/4-year-old-struggles-with-sharing?A=SearchResult&SearchID=9038757&ObjectID=4334314&ObjectType=35
http://www.popsugar.com/moms/Should-You-Teach-Kids-Share-27333250

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************
Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Monday, August 31, 2015

Andai Ku Mampu Ubah Dunia


Kadang-kadang angan-angan memang setinggi langit, kalau boleh hingga langit ke tujuh tingginya.

Hari ini belajar ilmu baru, ilmu pasang khemah. Kelakar juga bila teringat-ingat, tarik tutup besi lepas tu dah tak tahu nak buat apa. Akhirnya minta tolong kepada yang pakar dekat tapak niaga sebelah.

"Cari yang hujung ni letak kat sini. Lepas tu yang tengah ni bla bla bla"

Mudah je rupa-rupanya kalau tahu cara. Kalau ada ilmu semua benda boleh buat dengan cepat. Kalau tak tahu janganlah bersedih sampai banjir satu kampung. Belajar daripada yang pandai. Mana ada orang yang lahir-lahir pandai pasang khemah kan? (ayat cover tak pandai pasang khemah).

Hari ini ‪#‎FreeMarketJitra‬ terlaksana atas kerjasama banyak tangan. Ada yang baru kenal hari ini. Dari Perlis dan Penang. Kagum.

Hari ini juga banyak benda yang boleh diinsafi, rupa-rupanya ramai yang memerlukan. Ada seorang pakcik ni siap ambilkan untuk orang rumah baju dan tudung sepasang. So sweet kata orang putih.

"Besar orang rumah ni pakcik ni, taktaula muat ke tak", kata pakcik.

Saya ambil satu baju dari hanger dan cuba berlagak macam penjual baju.

"Besar juga ni, bolehlah cuba. Kalau tak muat boleh bagi kat jiran", kata saya.

Berulang-ulang pakcik ni mendoakan pemberi-pemberi barangan hari ini. Kami "aminkan" kuat-kuat.

Antara sukarelawan yang bekerjasama hari ini

Yang nyatanya, kita buat hari ini sebenarnya bukan untuk bantu mereka. Sebenarnya mereka yang bantu jiwa-jiwa kami agar mampu merdeka di bumi sendiri.
Ini yang selalu diperjuangkan oleh Tuan Syed Azmi. Enough kesian. Be a doer.
"Aku mungkin tak mampu mengubah dunia, yang pastinya aku mampu ubah diriku sendiri"
-Nurul Fauzana, Jitra
31 Ogos 2015

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************
Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Saturday, August 29, 2015

3 Dalam 1 Aktiviti Hujung Minggu




1. Bawa anak main di taman
2. Basuh toto
3. Buat kerja sendiri
Masa diperlukan 24 minit (basuh) + 24 minit (kering)
Kos 4 toto
+ Basuh dalam mesin 9 kg (1 toto) RM5
+ Basuh dalam mesin 27 kg (3 toto) RM11
+ Kering 2 toto dalam 1 mesin RM4 x 2
Jumlah RM24.
Hantar 4 toto di kedai RM40.
+ Jimat wang RM16
+ Rugi masa menunggu diganti dengan masa bersama anak dan masa rehat sejam di luar rumah.
Jumlah hati bahagia = 3 orang
Priceless.
Bolehlah kan?


******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************
Nurul Fauzana
nurulfauzana[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Eksaited!


Pagi ini baru saya faham kenapa disebut-sebut seperti membaca novel apabila faham al-Quran. Contohnya surah Yasin ayat 5. Sambil menulis setiap patah kata, cari kata dasar dan kemudian tuliskan maknanya di belakang kertas

 Øªَنزِيلَ (Al-Quran) diturunkan oleh

الْعَزِيزِ Allah Yang Maha Perkasa

Apabila menulis Yang Maha Perkasa tiba-tiba rasa takut, perkataan perkasa itu terasa sangat kuat.

Saya teruskan menulis kata berikutnya

الرَّØ­ِيمِ Maha Penyayang

Allahu akbar. Tadi daripada rasa takut tiba-tiba Allah pujuk dengan kata Maha Penyayang.

Sebak.

Puan Dr. Nadiyah Elias pesan semalam, salah satu cara istiqamah adalah dengan mengajarkan kepada orang lain walaupun kita baru belajar satu ayat.

Bak kata saya kepada ramai orang apabila diminta jadi penceramah atau pengajar secara 'live', saya ni 'keyboard warrior', kalau menaip memang laju semacam, sampai orang ingat saya boleh bertutur selancar dan setenang tulisan saya.

Ketahuilah, saya lebih rela menaip 4200 patah kata sejam daripada disuruh bertutur 100 patah kata.

Nota kaki : Eh bukan dulu engkau suka potpetpotpet sampai kawan akan tanya demam ke kalau nampak senyap sahaja?

Nota kaki 2 : Puan Norhaini Sulaiman akan mengajarkan Bengkel Teknik Faham Arab al-Quran Ahad ini di Sungai Petani. ‪#‎FahamArabAlQuran‬


******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

Allahu Ya Rahman, Ya Rahim, Nikmat Manakah Lagi Yang Hendak Didustakan



Sebelum ini saya ada menulis tentang Bengkel Teknik Faham al-Quran yang akan diadakan di Sungai Petani hari Ahad nanti.
Hati meronta-ronta ingin pergi. Berkira-kira mahu korek tabung.

Setelah proses 'gugelan', rupa-rupanya Dr. Nadiyah Elias dari UUM yang berkongsi teknik ini dengan Puan Norhaini Sulaiman tenaga pengajar di Sungai Petani nanti. Dalam hati terlintas, alahai dekat sangat dah UUM dengan Jitra, kenapalah tak pernah terbaca iklan belajar Arab al-Quran sebelum ini.
Tiba-tiba dalam minggu ini saya terbaca di FB Pages Kubang Ilmu akan ada sesi santai bersama Dr. Nadiyah di Tasik Jitra. Percuma!

                               Peneman setia mama. Moga menjadi asbab cintakan ilmu.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com

Sunday, August 23, 2015

Hantarkan Yang Baik-baik Kepadaku Ya Allah

Ramadan yang lepas, guru-guru Tadika ABS Jitra dan Changlun berkumpul untuk sesi khatam al-Quran. Memandangkan ustazah yang dirancangkan untuk mengetuai majlis tidak dapat hadir, maka saya pun bersetuju menjadi bidan terjun untuk membaca doa khatam al-Quran.
Walaupun saya pernah bersekolah aliran agama semasa tingkatan 1 hingga 3, namun saya bukan mahir ditambah dengan kepelatan menyebut huruf R menjadikan saya sukar membaca ala-ala Sharifah Khasif. Begitu juga dengan Bahasa Arab, walaupun mendapat A dalam PMR, namun pembelajaran Bahasa Arab terhenti hanya di situ. Azam hanya tinggal azam, setiap tahun mahu belajar Bahasa Arab, tetapi tiada tindakan diambil. Tujuannya cuma satu, supaya dapat memahami al-Quran.
Berbalik kepada kisah bidan terjun di awal tadi, saya membaca doa khatam al-Quran dalam Bahasa Arab dan kemudian membaca maknanya sekali. Entah bagaimana, sepanjang membaca doa dalam Bahasa Melayu, suara saya hampir tersekat-sekat kerana sebak. Sebak kerana patah kata doa itu sendiri.
Semuanya kerana saya faham apa yang saya ucapkan; terasa Allah begitu dekat.
Apabila dimaklumkan tentang Bengkel Faham al-Quran yang akan diadakan di Sg. Petani, hati meronta-ronta mahu hadir. Sepantas kilat menggunakan kemahiran jari dikurniakan Ilahi, menaip dan meng'google' lalu berjumpa FB Pages dan FB Group berkaitan kursus ini. Ada klip video dan beberapa panduan asas yang dapat difahami. Hati tekad, perlu mengorek tabung untuk ke kursus ini.
Tempat terhad 30 orang.