Wednesday, August 27, 2014

Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 6

Duit Oh Duit, Dari RM ke RMB


Sumber : Google
1. Nak Tukar Duit Di Mana ?

Duit Ringgit Malaysia (RM) boleh ditukar ke Renminbi (RMB) di mana-mana Pengurup Wang Berlesen atau lebih dikenali sebagai  ' Licensed Money Changer'. Di China, mereka menyebut RMB sebagai Yuan. Mengikut pengalaman, kadar tukaran di Pengurup Wang Berlesen lebih tinggi berbanding di bank. Kadar di setiap tempat juga berbeza-beza. Anda boleh cuba telefon dan tanya kadar sebelum menukar wang.  Biasanya tukar di Malaysia lebih menguntungkan berbanding tukar di China, melainkan anda bawa duit USD ke China.

Kami mendapat tips tempat tukar wang yang agak tinggi berbanding tempat lain daripada seorang kawan yang juga seorang peniaga dan biasa ke China. Setelah suami cuba telefon beberapa tempat, ternyata memang agak berbeza. Jadi, tipsnya di sini, rajin-rajin berkawan dengan orang yang biasa pergi ke China untuk tips-tips berguna. Untuk semakan umum di internet, boleh lawati Laman Web Bank Negara Malaysia. Cuma kadar ni takkan sama la dengan yang Pengurup Wang Berlesen tawarkan.


Bagi yang tinggal sekitar Pulau Pinang, kami cadangkan boleh tukar di Rashidiya Trading.



2. Berapa Banyak Nak Tukar ?

Jumlah nak tukar tu, bergantung la berapa banyak nak diborong. Kalau nak ikutkan hati, sentiasa tak cukup kan.  Semuanya nak diborong.

Cikgu Kursus Borong Ke China kami maklumkan seorang boleh bawa RM30 000. Kalau lebih, kemungkinan ditahan tinggi. Oleh kerana kami pun tak pernah bawa lebih RM30 000 seorang, jadi tak pastilah betul atau tidak teori tersebut.

Google punya google, di Laman Web BNM, ada info yang kita perlu isytihar jika bawa duit asing lebih  USD10 000, jadi lebih kurang RM31 000. Jadi sahlah tak boleh lebih RM30 000 seorang, kalau nak lebih kena aktifkan kad bank. 
Bab aktifkan kad bank saya akan kongsikan dalam siri berikutnya.



Boleh didenda tidak melebihi RM 1 juta atau dipenjarakan tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya

3. Tips Tukar Duit

a) Kebiasaannya, pekerja di Pengurup Wang Berlesen akan sebut kadar tukaran 1.9 iaitu 1 titik perpuluhan sahaja. Minta kadar tukaran sampai 3 titik perpuluhan supaya kadar tukaran lebih tinggi. Cuba tengok beza seperti di bawah. Bagi setiap RM1,000 tukar, dah beza RMB 22. 




RMB 22 dah boleh dapat sepinggan mee tarik di Guangzhou

b) Sekiranya tiba di China dan terpaksa tukar duit, pastikan jangan tukar di peniaga jalanan. Biasanya akan diselit dengan duit palsu. Biasanya peniaga di China akan berhati-hati dan boleh cam dengan senang duit palsu. Rugi besar jawabnya. 

Dah tak sabar nak ke Guangzhou ? Berjumpa lagi di Kisah Memborong Di Guangzhou Siri 7.


Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com


2 comments:

  1. Slm mcamana nk ke plaza tudung apa stn yg terdekat ?

    ReplyDelete
  2. Slm mcamana nk ke plaza tudung apa stn yg terdekat ?

    ReplyDelete