Teks : Nurul Fauzana
Foto : Google
sumber : google
Blog dah ada, FB page dah ada, tetapi anda masih tidak pasti apa yang ingin dituliskan. Jangan risau, itu memang masalah biasa. Ikuti 5 tips mudah ini untuk membantu anda meneruskan perjalanan menjaga 'dusun durian' anda.
1. Dapatkan idea daripada pembaca
Anda pastinya biasa membaca status rakan-rakan di Facebook. Tuliskan di blog anda topik yang mampu menyelesaikan masalah rakan-rakan anda. Cara ini akan membantu lebih ramai pembaca di blog anda. Siapa yang tidak mahu masalah mereka selesai kan?
2. Fahami kehendak pembaca
Cuba kongsikan mutiara kata, gambar atau apa-apa yang anda rasakan menarik dan sesuai dijadikan bahan di dalam blog. Sekiranya ramai yang komen dan 'like', ini menunjukkan ramai yang sukakan topik tersebut. Ulas lebih lanjut di blog anda.
3. Tulis untuk diri sendiri dahulu
Apabila kita tidak terlalu memikirkan "ada ke orang nak baca blog ini", "ada ke orang komen nanti", kita akan dapat menulis dengan lebih baik. Idea pun akan datang mencurah-curah kerana kita tulis apa yang ada di hati tanpa mengharapkan 'balasan'. Buat untuk diri sendiri dahulu, insya-Allah setiap hari anda akan tidak sabar-sabar untuk 'publish' tulisan di blog.
4. Sayangi pembaca
Kenali pembaca blog anda iaitu mereka yang selalu meninggalkan komen dan maklum balas. Eratkan silaturrahim dengan melawat kembali blog mereka dan meninggalkan komen. Ini merupakan salah satu teknik meningkatkan trafik blog anda.
5. Konsisten
Tetapkan setiap hari berapa catatan anda perlu tulis. Anda mungkin tidak tahu ramai 'silent reader' dalam blog ada. Mereka menanti-nanti tulisan anda seterusnya. Jangan hampakan mereka.
Nota untuk 'silent reader' saya. Jumpa lagi di tulisan seterusnya ;)
Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com
www.nurulfauzana.com
www.nurulfauzana.com
ok. ini sebagai kunjungan balas ;)
ReplyDeleteJemput 'makan' apa yang ada ya, jangan malu-malu Puan Noli :)
ReplyDelete