Hamzah wasal. Hamzah wasal ini di dalam Rasm Uthmani ditulis dengan huruf alif dan di atasnya ada seperti kepala hurus sad.
Contohnya di dalam Surah Yasin, ayat ke-21 di atas.
Kredit : Jom Tajwid |
Dulu masa sekolah memang ada belajar, jika nak baca, lihat baris huruf ketiga. Seperti ayat di atas, huruf ketiga adalah huruf 'ba' dengan baris bawah.
Formulanya,
Huruf ke-3 baris bawah, dibaca bermula baris bawah.
Huruf ke-3 baris atas, dibaca bermula baris bawah.
Huruf ke-3 baris atas, dibaca bermula baris bawah.
Huruf ke-3 baris depan, dibaca bermula baris hadapan.
Namun jika perkataan tersebut ada Alif Lam, mestilah dibaca baris atas, tanpa melihat baris huruf ketiga.
Ilmu tajwid tahap sekolah berhenti setakat ini. Apabila masuk kelas mengaji online sepanjang Ramadan ini, rupa-rupanya ada pengecualian. Bukan semua ikut formula baris huruf ketiga.
Jadi apa pengecualiannya?
1. Dalam Rasm Uthmani, hanya ada 1 tempat hamzah wasal yang perlu dibimbangkan tersilap sebut. Iaitu pada Surah Al Ahkaf ayat 4. Boleh rujuk di foto, yang ada tulisan bergaris.
Kenapa nak bimbang? Sebab dalam ayat tu ada tanda ( ﺻﻠﮯ ) (sambung lebih baik) tapi boleh berhenti.
Jadi apabila kita sambung, ok sahaja sebutnya samawati' tuni.
Hanya apabila kita berhenti. Bagaimana nak baca pada permulaan perkataan ﭐئتُواني.
I'tuni?
U'tuni?
U'tuni?
Dua dua bukan.
Yang sebenarnya bacaan jadi ii tu ni. ii 2 harkat. Huruf hamzah bertukar jadi ya.
ﭐئتُواني jadi إِيتُواني
2. Merujuk kepada foto yang ada dibulatkan perkataan, ini tidak perlu bimbang jika kita gunakan rasm Uthmani kerana perkataannya bersambung dengan yang sebelumnya.
Jika mengikut rasm Imla'ie, ada ﺻﻠﮯ, maka jika berhenti dan mahu mulakan, perkataan yang betul adalah Ismuhu. Ia termasuk dalam nota yang pernah dikongsikan sebelum ini.
Hamzah Wasol dibariskan dengan TIDAK berpandukan Huruf Ketiga.
[+] 7 kata nama (اسم) yang Hamzah Wasolnya di baris bawah.
> ابْنُ [al-Imran : 45]
> ابْنَتَ [at-Tahrim : 12]
> اثْنَيْنِ [Yaseen : 14]
> اثْنَيْنِ [an-Nisaa : 176]
> اسْمُ [al-Hajj : 40]
> امْرُؤٌا [an-Nisaa :176]
> امْرَأَة [an-Nisaa : 12]
> امْرَأَتُ [Yusof : 30]
> ابْنَتَ [at-Tahrim : 12]
> اثْنَيْنِ [Yaseen : 14]
> اثْنَيْنِ [an-Nisaa : 176]
> اسْمُ [al-Hajj : 40]
> امْرُؤٌا [an-Nisaa :176]
> امْرَأَة [an-Nisaa : 12]
> امْرَأَتُ [Yusof : 30]
[+] Empat kata kerja (فعل) yang Hamzah Wasolnya di baris bawah.
> ابْنُوا [al-Kahf :21]
> اقْضُوا [Yunus : 71]
> َامْضُوا [al-Hijr : 65]
> امْشُوا [Sad : 6]
> اقْضُوا [Yunus : 71]
> َامْضُوا [al-Hijr : 65]
> امْشُوا [Sad : 6]
3. Akhir sekali, bagaimana nak kenal Quran kita guna ni Rasm Uthmani atau Imla'ie?
Mudah sahaja, perhatikan lafzul jalalah, perkataan الله jika ditulis baris biasa, ianya Uthmani. Jika ada alif kecil di atas, ianya Imla'ie (rujuk foto). Macam dulu kita kecil, ada Quran Majid, yang itu Ustazah kata rasm Imla'ie. Cuma perlu ingat masih perlu dibaca dua harakat walaupun tiada tanda alif kecil di atas الله.
Nak tahu lebih lanjut tentang kalimah unik Lafzul Jalalah الله , baca di sini.
Nak tahu lebih lanjut tentang kalimah unik Lafzul Jalalah الله , baca di sini.
Kesimpulannya, jika masih baru belajar, gunakanlah Rasm Uthmani baik di telefon atau Quran fizikal. Di telefon, jika bukan Rasm Uthmani, guna untuk baca surah yang memang kita biasa baca. Atau macam saya guna untuk rujuk makna per kata dan mp3.
Oh ya, untuk bacaan Al Ahkaf ayat 4 di atas boleh rujuk mp3 Qari. Dengar guna Quran Melayu Apps memang sama dengan yang diajarkan Ustazah Khadijah Gani إِيتُواني
Terima kasih Ustazah dan rakan sekelas. Didoakan Allah berikan kesihatan yang baik buat Ustazah sekeluarga atas masa yang diluangkan mengajar kami.
Benarlah, makin banyak belajar, semakin banyak yang tidak tahu. Moga Allah ampunkan dosa kesalahan membaca sebelum ini.
"Ikatlah ilmu dengan menuliskannya."
Nurul Fauzana
Wang Tepus
13 Ramadan 1441H
Wang Tepus
13 Ramadan 1441H
0 comments:
Post a Comment