Saturday, August 15, 2015

Teknik Meleraikan Pergaduhan Dan Mengelakkan Mama Menjadi Hulk Hogan


Iyman dan Ali, 2 beradik yang tidak dapat dipisahkan. Ada masanya elok sungguh bermain bersama, hatta telefon berskrin kecil pun boleh dikongsinya melihat cerita Upin dan Ipin di Youtube. Ada masanya, terdengar tangisan dan jeritan. Berebut barang dan saling pukul memukul.

Yang magiknya, pandai pula datang kepada mama mengadu. "Ali itu, Ali ini", kata Iyman. Si Ali yang hanya pandai kata "nak ayaq" ni hanya mampu mengeluarkan air mata dan menunjuk jari kepada kakak.

Amalan lazim,

Mama : Ha, siapa mula dulu, pulang balik barang. Minta maaf, peluk.
Tangan di sisi terus disimpan ke belakang gara-gara tidak mahu minta maaf dahulu.

Alternatif amalan lazim,

Mama : Ali, kesian kakak, kena sayang kakak, kakak selalu tolong mama jemur kain, kemas rumah. (Sambil melihat kepada si adik)

Biasanya orang yang dipuji akan mengangguk-angguk tanda setuju dengan apa yang dipuji. Malah siap tambah sendiri kebaikan diri.

Mama : Kakak, kesian adik, adik selalu teman mama dekat rumah, pergi pasar.

Biasanya sesi ini akan berakhir dengan adegan pelukan beramai-ramai tanda damai.

Semua pihak reda, yang lagi penting emosi mama terurus dengan baik dan tidak bertukar hijau menjadi Hulk Hogan.


Nota kaki : Bengkel Mendorong Tingkah Laku Positif Anak-anak pada 21 Ogos 2015 Jumaat di UUM Sintok. Hubungi no. di poster ruangan komen untuk mendaftar.

******************************
Kelas Online Asas Penulisan Blog
Klik http://bit.ly/1Vlpe7J
******************************

Nurul Fauzana
nurulfauzana.com[at]gmail.com

www.nurulfauzana.com

0 comments:

Post a Comment